Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Rabu, 8 Disember 2010

kuala kangsar

"Masjid Ubudiah In Kuala Kangsar"
Kuala Kangsar Clock Tower
Istana Kenangan of Kuala Kangsar
jambatan sayong
kolej islam

kuala kangsar

                                                    Singgah di lembah Kuala Kangsar

 bandar diraje
Stesen Bas Kuala Kangsar


sungai perak
 bandar di raje

 sungai perak
Stesen Bas Kuala Kangsar
Pemandangan dari Bukit Chandan - Sungai Perak
Istana Iskandariah


banyak lagi tempat menarik yang ada boleh pergi  dan selamat cuti sekolah

pelangi







cantik nye ciptan allah

Selasa, 7 Disember 2010

beruang panda

kasih sayang ibu terhadap anak walaupun ia nye hanya binatang

lindungi lah anak anda sekuat yang mampu

perniagaan adalah lapangan ekonomi


BIDANG perniagaan adalah lapangan ekonomi yang digalakkan Islam. Sejarah Islam memaparkan Nabi Muhammad terbabit dalam aktiviti perdagangan sebelum Baginda diangkat sebagai Rasul. Ini menunjukkan bidang perniagaan mendatangkan keuntungan.

Bagaimanapun, peniaga mesti melaksanakan urusan niaganya mengikut lunas dibenarkan agama. Namun begitu, ada segelintir peniaga tidak mengambil berat mengenai halal haram dalam perniagaan. Meskipun barangan atau perkhidmatan yang diurusniagakan itu halal, tetapi jika bertentangan etika niaga, peniaga tetap dipersoalkan Allah kelak.
Satu bentuk pelanggaran etika niaga yang sering dilakukan ialah menipu pengguna dengan menutup keburukan sesuatu barangan. Kita sering berdepan situasi begini tatkala membeli buah-buahan yang dijual secara lambak. Buah-buahan itu dicampur antara yang elok dengan rosak. Keadaan ini bertentangan dengan aturan sebenar berniaga dan ditegah Islam.
Bayangkan bagaimana kecewanya pembeli apabila buah dibeli rosak dan tidak sesuai dimakan. Maka pembeli merungut kerana tidak puas hati dengan penjual itu.

Rasulullah bersabda: “ Tidak dibenarkan seseorang Muslim menjual jualan yang mempunyai aib, kecuali ia menjelaskan aibnya.” (Hadis riwayat Imam al-Quzwani).

Oleh itu, sikap menyembunyikan aib sesuatu produk atau perkhidmatan akan menyebabkan timbul kebencian pelanggan dan ini mendatangkan kemurkaan Allah. Sikap buruk begini mesti dihindari peniaga demi mengharapkan reda Allah dalam perniagaan.

Kata Nabi dalam sabdanya yang lain: “Adalah tidak halal seorang Islam menjual barang cacat kepada pengguna dengan tidak menyatakan kecacatan itu.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah).
Kalau cara berniaga sudah haram maka hasil pendapatan yang diperoleh juga haram. Apakah kita suka menggunakan sumber pendapatan haram kemudian hasil itu diberi kepada ahli keluarga? Rangkaian haram itu terus berlarutan bukan setakat dalam urusan niaga yang dilakukan malah perbuatan memberikan nafkah haram itu juga akan memberi kesan buruk kepada seseorang.

Jelas perbuatan menipu keadaan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dijadikan perniagaan adalah haram.

Peniaga mesti menjauhi perbuatan terlarang ini supaya segala usaha niaga yang dilakukan mendapat berkat dan hasil pendapatan diredai Allah. Biarlah keuntungan yang diperoleh itu tidak banyak tetapi penuh berkat berbanding mendapat banyak tetapi dilaknat.

Janganlah kerana terlalu ingin laba berganda atau mengikut perbuatan peniaga lain, maka kita turut sama melakukan penipuan seperti itu. Peniaga yang jujur dalam menjalankan perniagaan pasti akan mendapat keuntungan yang lumayan.

Jika sebelum ini kita pernah melakukan perbuatan itu, segeralah bertaubat dan kembali kepada kaedah berniaga yang jujur. Berniaga secara jujur melambangkan ketakwaan. Elak melakukan penipuan kerana itu melambangkan kurangnya iman.

Jadilah peniaga yang jujur, amanah, menghormati hak pelanggan dan berakhlak. Etika berniaga secara Islam akan mengangkat darjat peniaga sebaris dengan Rasulullah dan orang soleh lain.

Ahad, 5 Disember 2010

Langkah-langkah membuat cara-cara nak format hard disk dan install windows XP


1. Hidupkan komputer anda.
2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
4.  pilih boot sequence.
5. Dalam urutan Boot Sequence,tentukan yang  CD-ROM berada dai bahagian atas sekali,
6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer,
Langkah pertama cara-cara nak buat format hard disk
1.    Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”.Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
2.    Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”.  Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda,
3.    “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
4.    Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2,
5.    “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
6.    Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
7.    Sekiranya hard disk anda:
  • masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
  • tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
8.    Buat satu partition dengan menekan butang C.
9.    Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
10.  Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.
11.  Tekan butang C untuk setuju.
12.  Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
13.  Tekan butang F untuk format Hard Disk.
14.  Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.

 Langkah ke dua install windows XP,
1.Proses install windows XP bermula.Klik pada butang next.
2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network,Klik sahaja pada butang next  sebanyak dua kali .
8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Langkah ke tiga mula menggunakan windows Xp.

1.    Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
2.    “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
3.    Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
4.    Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.
5.    Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
6.    Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
7.    Klik pada butang Finish.
8.    Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.


Pendidikan seks mesti berteraskan agama

PENDIDIKAN adalah elemen penting dalam pembentukan jati diri dan keperibadian orang Islam. Keimanan tinggi terhasil daripada pendidikan bersepadu yang tidak dapat disanggah oleh sebarang anasir luaran.
Jika kita mengamati tempoh dilalui Rasulullah SAW semasa di Makkah, ia tertegak atas dua prinsip pendidikan yang mantap iaitu pendidikan akidah kepada keesaan Allah dan pendidikan ke arah pembersihan jiwa melalui nilai akhlak dan teladan yang tinggi.
Pengaruh akidah dalam pendidikan penting kerana apabila jiwa bersih itu mencapai puncak keimanan, ia akan menjadi kukuh bagai gunung-ganang yang tinggi seperti pendirian Rasulullah SAW sewaktu Baginda dikelilingi anasir jahat yang cuba memusnahkan agama Islam.

Pesanan tegas Rasulullah ini amat mendalam maknanya dan manifestasi kejituan akidah Baginda. Sabda Baginda yang maksudnya: “Demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku, supaya aku meninggalkan agama ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan atau aku binasa tanpanya.”

Pendidikan pada zaman Rasulullah adalah bersepadu, disulam antara perkara duniawi dengan ukhrawi. Ia tidak memisahkan keduanya demi mencapai akidah yang sejahtera. Inilah pendekatan Rasulullah dalam mendidik sahabat Baginda yang kemudiannya membentuk generasi berteraskan al-Quran.

Syor Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan seks di sekolah mendapat reaksi pelbagai, ada yang menyokong dan tidak kurang membantah.
Terbaru, Persatuan Ulama Malaysia meminta diadakan penerangan mengenai sukatan pelajaran pendidikan di sekolah. Hal demikian mungkin terhasil kerana kekurangan maklumat mengenai syor kerajaan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah.

Apatah lagi jika modul pendidikan seks yang diambil itu berdasarkan pendidikan seks di Barat kerana seks di sana sudah menjadi norma masyarakat sedangkan di Malaysia gaya hidup ketimuran masih dipertahankan.

Pendidikan seks yang dicadangkan seharusnya memberi penekanan aspek keagamaan dan ketimuran. Mungkin alternatif lebih baik ialah mentransformasi pendidikan agama di sekolah kepada objektif mengukuhkan akidah pelajar dan pada masa sama menerap nilai murni dan sahsiah diri.

Dengan kemantapan akidah, sudah pasti apapun ujian yang hadir akan dapat ditangkis. Kalimah tauhid yang menjadi pemangkin kepada akhlak mulia mempunyai pengaruh besar kepada keperibadian seseorang.

Berbalik kepada pendidikan seks di sekolah, saya berpandangan penting elemen kerohanian berteraskan agama Islam diberikan penekanan sepenuhnya. Metodologi pendidikan Islam harus ditransformasi bagi memberi peluang guru agama mengajar pendidikan seks mengikut acuan yang disediakan oleh agama.

Mewujudkan sesuatu mata pelajaran baru yang asing daripada subjek lain akan hanya menambah beban kepada guru dan murid.

Manakala memasukkan beberapa tajuk dalam mata pelajaran sedia ada dan memisahkan daripada agama, memberi isyarat kepada pelajar Islam bahawa melakukan seks adalah norma masyarakat Islam dan melakukannya tanpa pernikahan diterima oleh masyarakat.

Islam sudah menggariskan seks dengan terperinci. Pada saat seseorang itu mencapai umur baligh dan ditaklifkan dengan dosa serta pahala sudah diajar cara penyucian diri, kebersihan fizikal dan rohani.

Selain itu, pelajar juga perlu diingatkan mengenai tanggungjawab mereka untuk menggalas dosa dan pahala. Pertimbangan inilah yang perlu disemai kepada yang baru mencapai umur baligh dan menyediakan mereka ke alam kematangan.

Apabila pelajar ini matang, dengan berbekalkan akidah yang mantap, sudah pasti mereka tidak mudah terjebak ke lembah hina untuk melakukan seks di luar nikah ataupun lebih dahsyat lagi, terjerumus ke alam pelacuran.

Dalam apa juga keadaan, agama sama sekali tidak boleh dipinggirkan. Memperkenalkan suatu perkara baru yang begitu asing daripada adat dan susun atur masyarakat perlu dikaji. Agama aspek penting yang membentuk jati diri orang Islam.

Doakan kebaikan orang lain perkukuh ukhuwah, hapus hasad dengki

DOA adalah cabang ibadah yang penting dalam Islam dan melambangkan sikap kehambaan terhadap Allah. Biasanya kita hanya memanjatkan doa memohon sesuatu hajat tatkala berhadapan dengan permasalahan hidup.

Berdoa sebenarnya adalah satu rutin yang seharusnya dijadikan acara wajib dalam diri setiap mukmin. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Doa itu adalah otaknya ibadah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kenyataan Rasulullah SAW ini merujuk hakikat doa sebagai ibadah yang jelas memperlihatkan unsur perhambaan kepada Allah.
Ada satu kehebatan dalam ibadah berdoa itu ialah bagaimana Islam menganjurkan umatnya sentiasa berdoa untuk orang lain. Ini bermakna doa tidak terhad kepada diri sendiri dan ahli keluarga kerana Islam melebarkan anjuran berdoa untuk kebaikan semua.

Apabila kita berdoa untuk orang lain, doa akan diaminkan oleh malaikat dan sangat mustajab dikabulkan seperti doa untuk kedua ibu bapa, teman, guru dan saudara muslim lain yang berada jauh dari kita.

Mereka tidak tahu pun kita mendoakan untuk mereka, namun doa dalam kategori ini sangat mustajab dan cepat dimakbulkan Allah. Contohnya, apabila mendapat tahu ada teman ditimpa kesusahan atau penyakit, maka sangat afdal untuk kita mendoakan teman itu.

Berdoa untuk orang lain melambangkan ikatan silaturahim yang kuat dan mantapnya roh kasih sayang dalam jiwa seseorang mukmin. Bayangkan bagaimana harmoni dan indahnya kehidupan masyarakat dan negara, jika semua mukmin saling berdoa untuk kesejahteraan saudara yang lain.
Ini sekali gus menghakis rasa dengki dan menghidupkan kehidupan ukhuwah. Berdoa untuk insan lain juga satu manifestasi iman dan takwa, lambang keprihatinan dalam hubungan sosial yang perlu ditonjolkan umat Islam.

Umat Islam diingatkan supaya berlumba melakukan kebaikan dan satu cara mudah untuk membuat kebaikan ialah mendoakan orang lain. Doa ada tautan kasih sayang kerana apabila berdoa kita akan terbayang wajah pihak yang didoakan.

Bagaimanapun, janganlah pula mendoakan sesuatu yang buruk terutama apabila berlaku salah faham atau atas dasar kepentingan tertentu kerana bercanggah dengan suruhan Allah.

Jangan kita memperlekehkan kepentingan berdoa dalam usaha meringankan penderitaan orang lain kerana doa adalah senjata ampuh yang bermustajab selain mampu membina nilai kasih sayang sesama mukmin