Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Isnin, 10 Disember 2012

Nak lelaki kacak boleh tak???


Sapa yang tak nak lelaki kacak kan..
Kalau boleh semua perempuan nak lelaki yang kacak2..
Wahh..tinggi juga impian tu ye..
Orang cakap jangan tengok luaran je tau..huhu..
Dalaman pun penting juga..
Tapi betul ke lelaki kacak ni playboy???

Opsss...terlebih sudah..huhu..
Ala, Cuma nak tanya pendapat je..tak salah kan..?
Untuk menyedapkan hati, ada je lelaki yang kacak tak termasuk dalam kategori playboy..
So korang mesti suka kan..huhu..
Sapa yang rasa boyfriend, tunang or suami tu kacak jangan risau pula..
Nanti ada pula yang tak senang duduk ni..huhu..
 Tapi saya rasa diaorang bukannya playboy pun..huhu..setuju tak..?
Kalau tak, dah lama dah wife abg ben tu main baling2 lesung tau..huhu
So korang jangan risau ye..boyfriend, tunang dan suami korang yang kacak2 tu setia je..
Apa2 pun bagi kaum wanita yang nak partner kacak2 tu check dulu la ye, 
sama ada mereka ni dah berpunya ke belum.jangan main sambar je.. 
(mentang2 la kacak) huhuhu..

Betul ke wanita ni kaki shopping..???




korang tau tak apa kaki shopping?
bagi saya kaki shooping ni agak subjektif la..
kadang2 ada yang hanya suka jalan2 sambil window shopping, 
ade yang memang pantang nampak benda cantik,terus sambar..
ada yang suka teman kawan dia shopping je..
macam2 kan..
biasa nya kaki shopping ni memang dikaitkan dengan wanita..
tapi jangan la terkejut kalau ada juga lelaki yang kaki shopping ni..
pantang nampak ada sale..cepat2 pergi bank..huhu..

kalau pergi shopping tak sah kalau tangan kiri kanan tak penuh dengan barang..
kadang2 bukan musim sale pun macam tu juga..
pantang nampak "new arrival" mula la rambang mata..
kadang2 yang teman kawan pergi shopping pun terpengaruh juga..
ye la..tengok kawan sibuk cari barang kita pun terikut2 sama..
yang tak ada duit pun boleh jadi ada duit..huhu..

saya bercerita dari pengalaman saya semalam dan 
juga gelagat pembeli belah yang lain..huhu..
semalam shopping sakan juga la..
kawan saya dari hujung rambut sampai la ke hujung kaki beli barang..
maksud saya lengkap la dari selendang sampai la ke kasut..
padahal shopping kat The Mines je kot..huhuhu..
kiri kanan penuh barang..=p
tapi itu la nafsu wanita..
yang lelaki pula kena la faham ye..huhu..
kalau wanita ni pergi shopping tak sah kalau semua kedai dia tak masuk..
ikutkan je la ye..=p

AKU INI WANITA




Macam wanita yang lain, saya juga inginkan kebahagiaan di dunia dan juga akhirat..
inginkan seorang suami yang dapat membimbing saya ke jalan Allah..
sebab saya ni banyak kekurangan..
di syurga..saya ingin jadi bidadarinya dan dia bidadara saya..

semua orang nak berkahwin..termasukla saya..
umur sy pun makin hari makin meningkat..huhu..(alamak,dah tua ke aku ni?)
orang cakap dah sesuai sangat la untuk berkahwin..
tapi belum ada jodoh..lagipun masih mengejar cita-cita..


tapi bile dengar banyak sangat isu rumah tangga, lagi2 penceraian..
rasa macam fobia pula..takut pun ada..
tapi itulah antara dugaan yang kita kene tempuhi..
yang penting dalami ilmu rumah tangga sebelum kite ambil keputusan untuk ke fasa perkahwinan..


lelaki dan wanita sekarang ni memang agak demand..
yang wanita inginkan lelaki yang ada masa depan..
macam saya juga la..
kalau lelaki pula nak wanita yang serba serbi lengkap..
dari penampilan, pelajaran, keturunan, agama, pandai urus rumah tangga dan sebaik2 wanita la yang ingin dijadikan isteri..
dan ada juga yang nak kan wanita yang pandai memasak..
yang tau duduk dapur la, yang pandai masak apa yang si suami ni suka..
kalau tak pandai masak susah la kan..
hari2 pula kena makan luar..tak pun nasi bungkus je..huhu
bagi saya memang penting pun ciri2 tu..lagipun wanita ni la yang jaga makan minum suami..


tapi kadang2 lelaki ni lupa..yang dia akan jadi ketua keluarga,
yang akan jadi imam kepada isteri dan anak2..semuanya kena seimbang kan..
kalau isteri boleh belajar memasak,
apa salahnya si suami pula belajar untuk jadi imam
dan ketua yang baik dalam sebuah keluarga..
jangan la asyik fikir yang isteri ni kena tau masak, cuci baju, kemas rumah, jaga anak..
semua tu kena sama2 bantu la kan..
lagi2 sekarang ni wanita ramai yang bekerjaya..kena la faham..
ingat la yang wanita ni bukannya kuli tapi insan yang menemani kita seumur hidup..


apa2 pun kita tingkat kan diri kita dulu..jangan asyik nak pasangan yang sempurna..
tapi diri sendiri belum tentu lagi..
Allah itu Maha Adil..
lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik...
InsyaAllah...=)

Kenapa Nak Kahwin Awal?




dapat juga kesempatan untuk update blog..
kali ni aku bukan nak cerita pasal gosip2..
kan dah cakap nak bertukar corak.. huhu
lama dah tak menulis..so agak kekok juga lah..

isu yang aku nak cerita ni agak sensitif juga..
tapi harap2 ia memberi seribu kebaikan kepada semua..
bukan nak berlagak baik pun..
tapi hanya berkongsi apa yang baru aku dapat info..

pernah juga aku mendengar orang mengatakan bahawa 
kahwin awal ni nak menggatal je..
ada juga orang tua2 cakap takut tak bersedia fizikal dan mental..
ada juga mulut2 orang yang cakap kahwin awal ni menyusahkan..
ehhhh....ye ke?
tapi bagi aku tak..
umur bukan penghalangnya..
kalau dah bersedia, lebih baik disegerakan sunnah Rasulullah ni..
benda baik kan..
kadang2 aku pun terfikir juga, bila tiba giliran aku pula ye?
InsyaAllah... Allah lebih mengetahuinya..
hari bahagia aku akan tiba jua nanti.. =)

bagi yang akan mendirikan masjid, 
aku ucapkan semoga berjaya melayari bahtera rumah tangga..
tahniah..... =)

ni nak kongsi sikit kata2 yang baru aku baca tadi.. =)

 " ada ibu bapa pernah mengadu, susah hati sebab anak mereka nak kahwin awal.. jawab IbnuRijal, sepatutnya pakcik n makcik susah hati kalau anak pakcik makcik tak nak kahwin..

-ada pula yang mengadu, tunggulah habis belajar dahulu... jawab IbnuRijal, sampai bila nak habis belajar? proses menuntut ilmu takkan habis sampailah ke liang lahad., habis tu, takkan lepas masuk liang lahad baru nak nikah?

-ada pula yang mengadu, nanti kalau dapat baby, susah.. jawab IbnuRijal.. habis tu kalau dapat baby luar nikah senang ke? lagipun, adakah nikah itu satu jaminan confirm dapat baby? itu semua kerja ALLAH.. lagipun pasangan2 muda ini sudah tentu ada perancangan mereka.. kita yakin, tujuan pernikahan muda adalah untuk menghalalkan urusan keluar belajar bersama2.. membeli belah, bepegangan tangan ke shopping complex, seperti remaja lain juga.. itu saja.. namun, kalaulah dapat baby pun, itu tidak salah, ia halal lagi suci.."

aku benci dia




mungkin dalam kehidupan kita, kita pernah bencikan seseorang..
tak kisah lah sesiapa pun..
mungkin juga ada sebab tertentu kenapa kita benci sangat kat dia..
sampai rasa nak tengok muka pun menyampah..
dengar nama dia pun hati ni panas je..
sifat benci ni adalah penyakit hati yang susah kita nak elakkan..
tapi boleh cuba dihindarkan..

aku memang pernah bencikan seseorang..
memang aku benci dia..
mungkin sampai sekarang pun aku masih tak boleh lupakan apa yang dia buat..
tapi bila kita fikirkan balik..besar sangat ke kesalahan orang tu,
sampai kita benci dan susah nak maafkan orang tu..
hanya kita sahaja yang tahu..

korang mesti pernah dengar kata2 azimat ni kan..?
"sedangkan Nabi ampunkan umatnya, ini kan pula kita yang kerdil lagi hina ini"
tapi ade pula yang menjawab...
" itu Nabi, kita ni hamba biasa je "
kalau korang pegang kata2 kedua ni, 
memang sampai bila pun hati kita susah untuk memaafkan orang..

tapi aku sedar, sebelum ni aku memang mudah memaafkan orang lain..
tapi ada juga yang aku susah nak maafkan..
mungkin Allah belum membuka hati aku ni untuk memaafkan orang tu..
mungkin setiap masa yang dapat mengubah segalanya..
doakan aku semoga hati aku lembut dan akan memaafkan orang itu..

Selasa, 30 Oktober 2012

Andai Ku Bercinta Lagi-MOJO





Kembali melihat diri, dalam kehidupan seharian, kita sering bergantung kepada manusia lain. Iya kan.? Kita nak duit, kita minta pada ayah kita. Kita sedih, kita cari mak kita. Kita putus cinta, kita cari kawan baik kita. Kita happy, kita celebrate dengan pasangan kita.  
Hikmahnya macam tu lah. Bila kita dah biasa berharap pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka dari kita, kita akan rasa “Waaaa.. I dah kehilangan tempat bergantung uols”.

Padahal, Yang Maha Memberi itu adalah Dia. Yang Maha Mendengar itu adalah Dia. Manusia ni sebagai medium je. Kalau betul kita hanya bergantung pada Allah, kita takan sedih bagai nak rak, bertahun-tahun, robek-robek dada bila orang yang kita sayang tu pergi dari kita. Sebab kita ada strong faith yang Allah tetap ada untuk kita. Allah takkan pernah hilang.  Dan tempat bergantung kita takkan pernah kurang.

Bukanlah kata saya kita tiada ruang untuk bersedih saat orang tersayang lenyap dari hidup kita. Ya, kita ada hak untuk bersedih. Rasul kekasih Allah juga bersedih tetapi biarlah kesedihan itu berpada-pada.  Dan pada saya, bila kita selalu mengajar diri untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan seratus peratus pada manusia sekeliling, kesedihan itu tidak akan berpanjangan dan dapat di kawal.

Sementara itu, saya ada lagi satu soalan.

Siapa manusia di dunia ini yang paling kuat hatinya.?

Ya, sudah tentu Rasulullah bukan.? Jom kita perhati kembali kisah-kisah hidup yang berlaku pada baginda yang berkait rapat dengan penulisan saya kali ni.

Ketika baginda dilahirkan, baginda tidak dapat pernah merasa kasih sayang seorang bapa, Abdullah. Pada umur kanak-kanak, baginda kehilangan lagi kasih sayang seorang ibu, Aminah. Nasib baik ada datuk, Abdul Mutalib dan bapa saudara, Abu Talib yang penyayang. Tidak lama selepas itu, datuk kesayangan pula pergi lenyap dari hidup baginda.  Tinggallah baginda bersama-sama bapa saudaranya sehingga ditemukan jodoh oleh Allah dengan seorang perempuan hebat, Khadijah. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila isteri tercinta lebih awal pergi menghadap Ilahi dan sekitar masa yang sama, bapa saudara tersayang juga pergi tanpa pernah mengucapkan syahadah.

Hebat. Sungguh hebat dugaan yang Allah berikan kepada kekasihNya. Untuk apakah dugaan-dugaan sebegini diberikan.? Jelas untuk mengajar baginda supaya tidak meletakkan kebergantungan kepada manusia yang baginda sayangi. Sebab itu orang tersayang baginda diambil Allah silih berganti. Ia mengajar baginda untuk meletakkan pengharapan hanya padaNya. Sebab itu juga, hati baginda menjadi kuat. Menjadi sangat kuat melalui hikmah-hikmah sebegini.

Justeru (justeru gittew :p) untuk menjadi kuat seperti baginda, ayuh kita belajar untuk redha dalam setiap kehilangan dan memandang kepada hikmah dalam setiap dugaan.  Dan sentiasa remind diri, kebergantunganku seratus peratus hanyalah kepada Allah.

Sabtu, 27 Oktober 2012

MELAKA


FAMOSA MELAKA


KAPAL DI BANDAR MELAKA


PEMADANGAN WAKTU MALAM DI MELAKA


MENARA TAMING SARI


BANDAR SEJARAH MELAKA


SELAIAN ITU ANDA JUGA BOLEH NAIK BECA UNTUK BERJALAN2 DI MELKA


masjid yang tercantik di melaka


MELAKA


HANG TUAH  MELAKA


  Melaka



ASAM PEDAS MELAKA TERBAIK