Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Jumaat, 19 April 2013

maafkan aku


ku tahu, 

aku susah nak dicontact, aku paham

aku tahu,

rasanya, aku memang bebankan perasaan kamu, aku paham

aku tahu,

kamu ade sikit...tak sikit pun...ade la...tawar hati dengan saya

ya, berkali-kali saya menangis, diamkan diri

takde sape tahu

ya, saye mengaku, saya menangis je kalau tak tau nak luah kat sape-sape

takkan ade sesape pun tahu,

saya menderita

sebab tak dapat kepercayaan

kita jauh, saya tak nampak kamu, kamu tak nampak saya
saya paham

kenapa ye?
setiap kali saya rasa awak hilang kepercayaan kat saya, saya menangis

setiap kali saya cuba explain keadaan saya kat sini, saya menangis

setiap kali saya dengar suara kamu dalam telefon, hati saya sebak

suara tersekat-sekat
saya rasa yang awak macam malas nak dengar saye punya cerita

jangan cakap saya tak tahu

dari nada suara, saye tahu, kamu risaukan saya

kamu risau saya tak setia

kamu risau saya berubah

kamu risau....
macam-macam risau...

mana aku yang dulu?
ini la aku yang dulu, kini dan selamanya...!!



bila aku tengok langit, hati aku bisik "indahnya ciptaan Allah..."
seolah-olah aku tak sedar selama nie, keindahan yang tercipta, ada kat luar sana
seolah-olah, aku tak menikmati ape yang Allah sediakan untuk aku

siapa cakap aku berubah? siapa?
aku tak berubah apa-apa pun. aku hanya aku. boleh tak kamu percaya dengan kata-kata saya?
boleh tak?
saya taknak menangis lagi sebab hal-hal macam nie...
nanti terasa seolah-olah dunia nak hancur...kamu tau tak?

nak tau kenapa? sebab, kamu bagi harapan kat saya..
saya pegang harapan kamu itu...demi masa depan saya dan kamu..
kamu buatkan saya berjanji...
sampai sekarang
saya masih simpan janji saya untuk kamu

boleh tak kamu bagi saya peluang untuk buktikan kepada kamu..?
saya adalah orang yang sama
yang kamu kenali dulu...

......
sebab, kamu kenal saya pun, bukan ketika kecil...
masa tu, kita sudah agak dewasa
kamu hanya mengenali diriku yang ketika itu
bukan kisah yang ada dibelakang itu...


saya mohon maaf...seandainya penulisan saya kali ini, 
buatkan kamu benci
sebab adakalanya, saya fikir, saya ni beban buat kamu
ya, kamu anak yang soleh
tak dapat diduga....
adakalanya, aku rasa bersalah sebab aku sukakan kamu

aku, hanya insan biasa, ilmu agamanya tak seberapa
jadi, aku mengorak langkah jauh untuk mencari ilmu itu
dan aku tahu
kamu tetap tak sedap hati bila dapat tahu keadaan aku yang jauh disini
aku punyai kawan-kawan yang baru
lain manusia, lain ragam
fitrah la tu...

ya, memang tak dapat dinafikan, aku ramai kawan lelaki
bukan sebab aku tak berkawan dengan perempuan
sebenarnya sama saja jumlahnya
cuma aku lebih rapat dengan yang berlainan jantina

ya, salahkan aku

tapi, ku ingin kau tahu, memang macam ni
inilah aku
tapi, aku masih setia pada yang satu
tapi, aku berfikir.... 'adakah yang satu ini akan terus mencariku satu hari?'
atau penantianku ini sia-sia semata?

*girls out there may think that i'm stupid and fooling me at this moment....

yelakan...mesti diorang cakap
"tu la...sape suruh bercinta!"

tapi, aku tak tahu nak cakap apa....
ini la ujian aku yang aku rasa Allah kasi, kalau aku pilih 'jalan' ni...

tapi, suka duka kita harungi bersama, kan?
kamu tak rasa macam tu?

aku nak buktikan yang kami kuat. kami tahan dugaan ini.

tapi....aku bertanya pada diri sendiri. should i end this?
no way! dah separuh jalan!

yes, i admit. aku sayang dengan hubungan ini....
just aku tak tau..takdirnya macam mana

aku tetap berdoa, agar dia memahami keadaan aku sekarang
no matter what happen, please...
i really don't want this to come to end...

ada orang cakap kat aku, 
"Anise, kalau kau tinggalkan dia sekarang demi Allah, kalau betul dia jodoh kamu, Allah akan datangkan dia balik kepada kamu...itu janji Allah..."

this is what keeps replaying in my mind now...
i couldn't agree now..

wherever you are, whatever you do
i need you
NOW 

If Mimpi Orang yang Sama lebih dari 5 kali


Assalamualaikum...

Agaknya ape pendapat korang kalau mimpikan seseorang tu lebih dari 5 kali, ye?
Aku dah tak tahu berapa kali. yang pasti memang dah lebih daripada 5..


Lagi-lagikan.. Manusia yang ade dalam mimpi tu bukan sama jantina..pastu orang yang kite kenal.
Rasanya agak terganggu tidurnya kat situ. Kepala aku ni selalu tertanya, kenapa la mamat tu asyik muncul dalam mimpi aku ni ekk?? =__='''
Dalam tempoh dekat 2 tahun aku kenal orang tu, makhluk ciptaan tuhan tu muncul dalam mimpi aku lebih dari 5 kali. maybe dah lebih dari 9 pun rasanya.
Ya Allah!!!

Tiap-tiap kali aku bangun dari tidur, mesti aku termenung kejap, pikir balik aku mimpi ape. Pastu situasi dalam mimpi tu pelik2 pulak tu.. Kadang2 aku cuba tidur balik sebab nak tahu sambungan mimpi aku tu. (bajet la kalau nk berjaya pun)

Last-last, sampai la malam tadi... still aku mimpikan hamba Allah yang sorang tu sekali lagi.
Aku fed-up nak cari jawapan. So, aku search kat google:

"Mimpi orang yang sama 3 kali"
"Mimpi orang yang sama 2 kali"

Dalam hati, aku tak heran sebab aku mimpi lagi banyak kali. Fuhhh!!
Bile dah buat macam-macam research, ade la beberapa point yang aku jumpa agak berguna dari certain blog yang aku jumpa...dia pun senasib dengan aku. Ada beberapa sebab kemungkinan kenapa mimpi-mimpi ini berlaku. Tapi tidak semestinya tepat. Kadang-kadang mimpi ini mainan syaitan. Saja depa nih tak boleh tengok kita hidup tenang sebab tu la kot ganggu. (wallahualam)

1) orang tu akan memberi sesuatu kat kita in the future
- nak bagi sesuatu? ape mende sesuatu tu? hadoyai.. menurut blog yang aku baca tu, dia cakap, Travelling speed roh kita lebih laju dari kelajuan masa. Sebab itu kadang-kadang apa yang kita mimpi akan menjadi kenyataan. hmm... what ever~ -__-''

2) ada ikatan yang kuat
- maksud dia kat sini pulak, cakap pasal instinct.
mungkin betul, mungkin tidak. ntah le...

3) mungkin dia jodoh kita
- haaa... ini yang aku tak gemar dengar ni. Kalau lelaki mimpi pasal seseorang perempuan tu, aku caya le perempuan tu barangkali memang jodoh dia. Inikan aku, perempuan. kalau mimpi lelaki tu.. dulu biasa la. penah mimpi bebudak satu kelas!

- masa zaman muda-muda kt sekolah rendah dulu pun, aku ade gak minat tahap gila kat seseorang tu. takde pulak aku nak mimpi pasal dia. even orang yang aku rapat macam gile pun susah aku nak jumpe diorang dalam mimpi aku. haishhh

4) dia pun tengah pikirkan kita
- yang ni.. susah gak aku nak endahkan. yelah, aku jumpe fakta ni (psychology facts)


-Tapi, fakta yang kitorang ni berkawan tu betul la... 
 Tapi sape pulak aku ni dalam hidup dia kalau dia asyik duk pikir pasal aku, sampai dia masuk dalam mimpi aku berkali-kali nih? =__='''
 Mengarut je sume nih!

kadang-kadang pikir balik... Wah! *teruja* betul ke dia tengah pikirkan aku? *blushing gila*

*****

Hmm.. orang cakap mimpi ni ade 2. satu yang bawak berita baik, satu lagi yang bawak berita buruk.
aku doa supaya mimpi aku ni berita baik la (sape yg nk terima berita buruk?)
And mimpi ni jugak kadang-kadang sesuatu yang benar-benar akan berlaku masa depan.
korang penah dengarkan "Deja Vu"? haaa.. tu lah dia.

Tapi, kalau isu yang aku hadap ni, aku betul-betul nak tahu ape sebabnye, and ape kesannye.

Khamis, 18 April 2013

kolej poly tech mara ipoh

Semester ni merupakan semester yang paling sibuk. Bukan 

sahaja sibuk dengan jadual kelas yang pack, assignments, 

sejak aku masuk je poly tecah mara ipoh ini macam-macam 

cabaran yang aku terima.tapi alahamduliah aku dapat 

mengatasinya dengan seorang-seorang. 

presentation yang berlambak dan test2 yang makin 

menghampiri. tapi saya juga semakin sibuk dengan aktiviti

 kokurikulum. sebagai seorang student, masa ni lah kita nak 

aktifkan diri dalam aktiviti di luar kampus. masa diploma haritu 

macam banyak aktif dalam bidang tarian, kesenian, masakan 

atau kecantikan je kan. masuk musim degree ni try ubah 

angin. cuba aktiviti lasak dan bersukan sikit.aku ingat kan bila 

masuk poly ini boleh lah kurus rupa-rupanya makin bertambah

 lagi ada lah.tak apa lepas cuba berusah lagi untu kuruskan 

berat badan tinggal lagi 10 kg je lagi.

Sabtu, 16 Mac 2013

Jika Dia Bukan Jodohku?

Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9,

“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.
 

DILEMA CINTA TERDAHULU

 Dalam merencanakan kehidupan,pastinya kita tidak akan terlepas daripada perasaan cinta
 dan dicintai sesama insan.Secara logika cinta itu memang indah,perasaan gembira sukar digambarkan apabila seseorang itu berjaya memperolehi cintanya

Tetapi,kegembiraan ini tidak lama,pastinya akan berakhir dengan kekecewaan apabila pasangan itu sudah tidak serasi.Maklumlah orang yang bercinta penuh dengan pancaroba.
Perkara ini,pastinya membuatkan  kita dilema dengan takut untuk menerima cinta baru,selalunya kaum wanita yang merasai ketakutan ini,kerana tidak mahu hatinya dilukai lagi.
Memang tidak dinafikan jika melalui peristiwa hitam ini,kita akan menyalahkan diri sendiri kerana mengalami kekecewaan dalam perhubungan.“Kenapa aku tersalah memilih orang?Kalaulah aku tahu nak jadi macam ni,serius aku tak nak bercinta!!Hakikatnya, kecewa itu sebenarnya sesuatu yang perit dan sukar untuk diterima lebih-lebih lagi orang yang kita pernah sayangi itu kini sedang berbahagia dengan cinta barunya.
Jika telalu mengikut perasaan ini,kita hanya merosakkan diri sendiri dan boleh menjadikan diri kita mengalami kemurungan.Sekaligus menolak untuk bercinta lagi kerana takut dikecewakan untuk kali kedua,ketiga atau yang kesepuluh..ahakss .Renungkan kembali,setiap perhubungan itu tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan mencapai bahagia.
Dari pengalaman gua,apabila diri ini dilukai,gua rasa seolah-olah hati gua tertutup rapat untuk menerima cinta baharu.Sebagai seorang yang matang,gua terpaksa menerima hakikat bahawa setiap insan mempunyai naluri untuk berkongsi perasaan sayang.Sampai bila kan,kita nak menipu diri kita.
Sebenarnya mudah sahaja untuk mengatasi perasaan ini,cer..cuba kita buka minda dan terima perhubungan baru sebagai sesuatu pengalaman berbeza dalam kehidupan kita. Berusahalah mencari kebahagiaan yang kita selalu imiginasikan.Asal niat kita baik,pastinya akan dipermudahkan olehNya
Jangan jadikan kekecewaan yang lalu,sebagai alasan untuk menolak orang yang ingin mengisi ruang hati kita,sedarlah bahawa ramai lagi orang lain yang ikhlas untuk terus bercinta dengan kita. Tetapi janganlah menjadi seseorang yang pentingkan diri sendiri dan menolak cinta tersebut
Pujuk hati kita untuk memberikan ruang dan peluang kepada orang baru supaya kita terus dicintai dan mencapai kebahagiaan yang ingin kita kecapi.
Tolonglah jangan kita sesekali mengenang kisah lama dengan si dia yang pernah mencintai kita, tetapi berikan tumpuan sepenuhnya kepada si dia yang baru hadir dalam dunia kita.Ahakss
Apa yang pasti lakukan sebaik yang mungkin dalam menjadikan diri kita terlalu istimewa dari pandangan si dia.
Walaupun kita pernah dikecewakan,disebalik yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri,dan fikirlah semua insan di dunia ini mampu untuk memiliki kehidupan yang bahagia.Semuanya telah diaturkan hanya kita yang perlu berusaha kearah itu.

 

Kamu Tahu Kamu Jatuh Cinta Dalam Diam Bila.



Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila..

Saat kamu terpandang si dia hati kamu rasa tersentuh. Sesuatu yang kamu tak rasa bila pandang orang lain. Mungkin pada wajahnya kamu nampak sesuatu yang kamu cari selama ini. 

Saat kamu memandang si dia kamu rasa sebenarnya tak nak pandang tempat lain dah tapi tak boleh pandang si dia lama-lama takut terkantoi. hiuhiuhiu..

Saat kamu berada dengan dia kamu ada perasaan yang selesa bila si dia ada berdekatan. Rasa macam, please stay, don't go.

Saat dia berada dengan kamu, kamu hargai setiap saat yang dapat kamu luangkan dengan dia walaupun si dia tak tahu dalam diam kamu ada perasaan terhadapnya.

Saat dia memanggil nama kamu, kamu rasa terkedu sebentar.

Saat dia ketawa, kamu tersenyum sendirian betapa kamu suka dengar gelak tawanya.

Saat mendengar suaranya sahaja mampu membuatkan kamu tersenyum. Eleh suka lah tu sebenarnya kan?

Saat kamu melihat wajahnya suram, gusar,risau, kamu rasa macam nak aje pergi padanya tanya dia ok ke tak. Tapi kamu tak mampu. Kamu hanya mampu berharap dia okey.

Saat kamu tidak dapat melihat dia, kamu rasa tak keruan. Rindu semuanya tentang dia.

Saat kamu tahu kamu tidak begitu rapat dengannya tetapi kamu ada perasaan sayang padanya.

Saat kamu ingin mengetahui tentangnya, kamu stalk hampir semua benda yang kamu boleh stalk tentang dia. Kalau boleh semua benda tentang dia kamu nak tahu. Lepas kamu tahu banyak tentang dia, kamu berlagak seperti tidak tahu apa-apa tentang dia padahal kamu mengagumi dirinya.

Saat kamu tertanya-tanya ada sesiapakah dihatinya? Mungkinkah ada ruang dihatinya untukmu? Mungkinkah?

Saat kamu memandangnya kamu melihat dia mempunyai ciri-ciri untuk menjadi isterimu dan ibu kepada bakal anak-anakmu (jika kamu lelaki dan begitulah sebaliknya jika kamu perempuan)

Jika kamu lelaki, barangkali melihat si dia membuatkan kamu rasa mahu melindunginya. (macam Harris dalam Ombak Rindu. Dialog: izinkan abang jadi pelindung Izzah. T__T  aww~ terharu.)Jika kamu perempuan barangkali melihat si dia membuatkan kamu rasa ingin menjaganya. ececececeeee... so sweet~

Kamu selalu teragak-agak untuk meluahkan isi hati kamu. Jika kamu lelaki, mungkin kamu risau jika perasaanmu ditolak. Jika kamu perempuan mungkin kamu malu giler untuk memulakan langkah pertama.Yelah, sebab macam perigi cari timba kan orang kata.

Kamu risau jika kamu tidak layak untuknya. Kamu mahu mendekatinya tetapi kamu seolah kaku apakah terlalu awal untuk memulakan?

Kamu bagitahu semua rakan yang rapat denganmu dan ahli keluarga kamu siapa yang ada dalam hati kamu tetapi kamu tiada keberanian untuk meluahkan isi hati kamu pada si dia.

Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila membaca entri ni, ada seseorang terlintas di fikiran kamu.

x

Jumaat, 11 Januari 2013

tentang perasaan ku

" Nurul.Nah!ada orang bagi nombor" Kawan saya,  amar   hulurkan secebis kertas.
Saya angkat kening. "Siapa?"
Dia angkat bahu "Tak tahu"
Saya pandang je kertas tu.Tak ada hati pun nak ambik.
"Nah la" Kawan saya menggesa lagi.
Saya sambut juga.Pandang sekilas,kemudian campak ke dalam bekas alatan tulisnya.
"Tak naklah aku.Lagipun,aku bukan ada hp pun" Saya meneruskan kerja.
"La..kau ni.Budak kelas XX kot yang bagi.Pandai tu"
Saya senyum,sinis. "Kalau nombor yang aku tak tahu,aku tak nak.Kot2 ada yang nak kenakan aku.Tak naklah!Kau jela ambik.Kacaulah nombor tu" Saya buat muka nakal.

***

Orang bagi nombor telefon.Melalui orang tengah?
Sorry.Saya tak suka dan tak minat langsung,nak ambil tahu.
Budak kelas pandai pulak tu.Nak ke dorang pandang budak kelas bawah ni,orang macam saya pulak tu.
Mimpilah!Saya tak nak ambik pusing pun.Haha.
Saya cuma fikir masa tu,ada orang nak kenakan saya.
Pastu,kawan saya beritahu.Orang yang bagi nombor tu..
Orang yang pernah gaduh ngan saya dan terjadilah sesi luat-meluat.Haha.
Dulu la..dia selalu cari gaduh.Geram.
Tapi,dah dua tahun berpisah kelas.Mungkin.Saya tak ingat.
Dia kata,kawan dia yang bagi.
Sebab tu saya  tak nak.Lagipun,malas nak layan orang yang tak kenal.

Dan beberapa hari kemudian,
Kawan saya cakap.Dia dah tahu siapa punya nombor.
Hm..Rupanya...
Orang yang bagi nombor tu la.Siapa lagi.
Kata kawan yang suruh bagi,tapi rupanya dia.
Perasaan saya masa tu?
Agak terkejut.Tapi,saya tak nampak apa-apa pun.Perasaan?Kosong.Haha.

Saya sebenarnya tak suka letak apa-apa harapan.
Pada sesiapa yang meminta.Lagi-lagi dengan cara begini.
So,saya anggap dia main-main jela.Sekadar gurauan.
Pastu,kawan saya ni selalu usik saya.
Selagi saya tak bulatkan mata,selagi tu,suka sangat...kacau saya.
Selalu pulak tu beritahu kalau dia tu lalu tepi kelas.

 ..saya cuma takut-takut.
Dari tak ada apa-apa perasaan,saya jatuh suka.
Saya tak nak.Serius.
Yang saya perasan,dia selalu pandang saya,kalau duduk kat kantin or saya lalu tepi dia.
Tapi,biasalah saya.Selamba je.
Pandang tak pandang. "Ada aku kisah?" ^^

Sebab tu,saya selalu cakap pada hati.
"Jangan beri sesiapa masuk selagi ALLAH tak beri tandanya.Faham?"
Takut pulak hati saya ni ingkar.Dia selalu tau,degil! :D
Setakat ni,saya dah banyak kali tendang perasaan yang tak diingini keluar dari hati.
Hati saya la ni,sesuka hati izinkan perasaan2 ni masuk.Dah la masuk tak ketuk pintu.Haha.

Sekarang.Hati saya.Cuma ALLAH dan Rasul sebagai yang tertinggi.Cinta saya kepada mereka.Harap hanya ALLAH dan Rasul di hati diikuti dengan cinta kepada mak dan ayah.Yang lain-lain,saya tolak tepi.Tak sesekali buang,cuma tolak tepi seketika.Cuma seketika.

Dalam alam realiti ni.Kita berhadapan dengan kenyataan.
Dan kita tahu,perasaan yang mahu dinyatakan.Hanya melalui pandangan mata.
Aiyy..tapi,setakat ni.Saya memang takde jatuhkan hati saya kat mana-mana.
Saya dah kuncikan dan simpan kuncinya kat satu tempat.
Siapa cepat,dia dapat la ye? XD

Sungguh.Saya memang tak pernah letakkan apa-apa harapan pada sesiapa yang meminta.Sama ada di alam realiti atau maya.

Cakap pasal alam maya.Saya selalu gelak.Gelakkan diri sendiri sebenarnya.
Saya pelik.Kenapa..orang mudah jatuh cinta dengan kata-kata.
Mereka nampak status tu berbunga-bunga,mula jatuh,jatuh dan jatuh.
Kelakar.Cinta apa tanpa kenal siapa di balik 'selendang' itu kan?