Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Sabtu, 22 Disember 2012

cinta dia



♥ Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

♥ Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

♥ Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya

♥ Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu

♥ Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu

♥ Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu

Isnin, 10 Disember 2012

Betul ke lelaki tak berapa suka perempuan macam ni..???


wahhh...pagi2 lagi dah ngadap laptop ye..
takpe2, lepas ni ngadap buku pula ye..sampai la juling anak mata ni..huhuhu..
entri pagi ni tak ada la fakta sangat..cuma pandangan KIC sendiri dan juga dari bahan bacaan..
so saja la nak share dengan korang..

betul ke lelaki tak suka perempuan yang mekap tebal2..
ada tu sampai berinci2 pula tu..
tapi, kan cantik kalau make up ni..tak kan la lelaki tak suka kot..?
ada yang cakap lelaki ni lebih suka yang natural..tak payah tepek bedak dan mekap tebal2..
sampai muka sebenar pun dah jadi lain..semua nak tepek kat muka..
yang ni bukan KIC cakap..tapi orang yang cakap..huhu..

lagi satu betul ke lelaki ni suka perempuan yang berisi dari yang berbadan terlalu langsing..
pelik juga ni..yang perempuan sibuk nak kuruskan badan sampai 
berdiet tahap merbahaya..tiba2 lelaki ni suka perempuan badan yang berisi sikit..
ala......tak jadi la nak diet macam ni..huhu..
yang penting sedap mata memandang kan..

mungkin ni cuma pandangan je..mungkin juga ada betulnya kan..
apa2 pun terpulang pada individu tu sendiri..
lain orang lain citarasa nya..

~ lelaki dah makin pupus...? ~


tiba2 pula nak cerita pasal kaum adam ni..
saja nak kongsi pendapat..
tadi semasa naik bas dari fakulti ke kolej..
ada sorang pelajar lelaki ni tanya pakcik bas..
dia tanya boleh tak buat pengasingan antara pelajar lelaki dengan perempuan dalam bas..?
kiranya tempat duduk tu bagi sama rata la antara lelaki dan perempuan..
wahhh..cadangan yang agak logik..
mungkin sebab kadang2 pelajar lelaki ni tak dapat tempat duduk..
kena bagi pelajar perempuan kot..
bila berebut kat pintu bas pelajar lelaki ni akan bagi peluang kepada pelajar perempuan naik dulu..huhu..
diaorang cakap " ladies first "..
so apa lagi ambil la peluang yang ada.huhuhu...
lagipun pelajar lelaki kat kptm  ni tak la banyak..
kalau dalam kelas pun boleh dikira bilangan pelajar lelaki ni..
apa lagi dalam bas kan..huhuhu
majoriti nya perempuan..
tu yang mungkin pelajar lelaki ni rasa diaorang ni disisihkan kot..huhu..
perasaan diaorang je tu...=p
so sapa cepat dia la yang dapat tempat duduk kan..
pelajar perempuan ni bab berebut naik bas terer jugak kadang2..
ada juga sampai tersepit, kasut terjatuh la..beg tersangkut la..
lagipun tempat duduk dalam bas pun terhad..macam dalam KTM juga la..
so kena la bersaing kalau nak duduk tu..
apa2 pun pelajar lelaki kena la sabar ek..
bagi je peluang kat pelajar perempuan ni..
ok je kan kalau korang kena berdiri dalam bas tu..
huhuh..

Lelaki kuat gosip...???opppsss...betul ke?


waaahhh..betul ke seperti apa yang saya cakap kat tajuk entri tu..
kalau dulu asal gosip je orang kaitkan dengan perempuan..
lagi2 kalau duduk berkumpul ramai2, ada je la cerita yang hangat dibualkan..
senang cerita termasuk dalam kategori mengumpat juga la..huhuhu...
biasa nya perempuan ni suka cerita pasal berita panas, gosip terkini dan tak lepas juga topik2 hal peribadi 
tak pun cerita pasal perbuatan orang lain..

itu semua dulu..sekarang dikatakan lelaki lagi hebat dari perempuan bab2 gosip ni..
lelaki pun rajin juga berkumpul kat kedai mamak tu, tak pun kopitiam ke..
ada je la topik diaorang..
lelaki juga dikatakan suka bercakap mengenai orang lain sampai la ke tahap mengumpat orang..
waaahhh...panas dah ni..
ni bukan saya kata..tapi orang lain yang kata..huhu..
tapi mungkin cara bergosip lelaki ni lain kalau nak dibandingkan dengan perempuan ni..

betul ke kalai lelaki ni bergosip, selalunya kata2 yang keluar lebih pedas dan menyakitkan hati..?
mungkin sebab lelaki ni tak kisah pasal sensitiviti orang lain kot..
diaorang ni pun anggap ia macam gurauan je, tak pun tak beri apa2 kesan..
mungkin kalau yang pedas tu mungkin diaorang tak perasaan..
haaa...saya pun tak tau ni..saja nak tanya pendapat..

luarannya, lelaki ni nampak 'cool' je, macam tak hiraukan perkara sekeliling..
tapi jangan sangka mereka ni tidak pernah bergosip ye..
kalau tanya orang lelaki ni mesti diarang akan cakap buang masa je cerita
pasal orang lain ni ataupun lebih suka diam je..
tapi antara percaya atau tak, berdasarkan pakar psikologi,
manusia ni, tak kira la lelaki ataupun perempuan ada sifat nak bergosip dan cerita pasal orang lain..
memang dah lumrah la senang cerita..

mungkin cara lelaki ni bergosip lain dengan perempuan..
kalau perempuan duk cerita pasal artis dan juga orang yang mereka kenal,
bagi lelaki pula mungkin gosip tentang politik, sukan, dan juga perkara2 yang terjadi kat pejabat..
kadang2 perkataan yang keluar dari mulut diaorang tu agak pedas dan sinis juga..
kadang2 kita sendiri tak leh nak terima dan dengar semua tu..
tak kira la lelaki atau perempuan, apa2 pun korang kena la jaga tutur kata tu..
jangan sampai menyakitkan hati orang lain pula..

Nak lelaki kacak boleh tak???


Sapa yang tak nak lelaki kacak kan..
Kalau boleh semua perempuan nak lelaki yang kacak2..
Wahh..tinggi juga impian tu ye..
Orang cakap jangan tengok luaran je tau..huhu..
Dalaman pun penting juga..
Tapi betul ke lelaki kacak ni playboy???

Opsss...terlebih sudah..huhu..
Ala, Cuma nak tanya pendapat je..tak salah kan..?
Untuk menyedapkan hati, ada je lelaki yang kacak tak termasuk dalam kategori playboy..
So korang mesti suka kan..huhu..
Sapa yang rasa boyfriend, tunang or suami tu kacak jangan risau pula..
Nanti ada pula yang tak senang duduk ni..huhu..
 Tapi saya rasa diaorang bukannya playboy pun..huhu..setuju tak..?
Kalau tak, dah lama dah wife abg ben tu main baling2 lesung tau..huhu
So korang jangan risau ye..boyfriend, tunang dan suami korang yang kacak2 tu setia je..
Apa2 pun bagi kaum wanita yang nak partner kacak2 tu check dulu la ye, 
sama ada mereka ni dah berpunya ke belum.jangan main sambar je.. 
(mentang2 la kacak) huhuhu..

Betul ke wanita ni kaki shopping..???




korang tau tak apa kaki shopping?
bagi saya kaki shooping ni agak subjektif la..
kadang2 ada yang hanya suka jalan2 sambil window shopping, 
ade yang memang pantang nampak benda cantik,terus sambar..
ada yang suka teman kawan dia shopping je..
macam2 kan..
biasa nya kaki shopping ni memang dikaitkan dengan wanita..
tapi jangan la terkejut kalau ada juga lelaki yang kaki shopping ni..
pantang nampak ada sale..cepat2 pergi bank..huhu..

kalau pergi shopping tak sah kalau tangan kiri kanan tak penuh dengan barang..
kadang2 bukan musim sale pun macam tu juga..
pantang nampak "new arrival" mula la rambang mata..
kadang2 yang teman kawan pergi shopping pun terpengaruh juga..
ye la..tengok kawan sibuk cari barang kita pun terikut2 sama..
yang tak ada duit pun boleh jadi ada duit..huhu..

saya bercerita dari pengalaman saya semalam dan 
juga gelagat pembeli belah yang lain..huhu..
semalam shopping sakan juga la..
kawan saya dari hujung rambut sampai la ke hujung kaki beli barang..
maksud saya lengkap la dari selendang sampai la ke kasut..
padahal shopping kat The Mines je kot..huhuhu..
kiri kanan penuh barang..=p
tapi itu la nafsu wanita..
yang lelaki pula kena la faham ye..huhu..
kalau wanita ni pergi shopping tak sah kalau semua kedai dia tak masuk..
ikutkan je la ye..=p