Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Sabtu, 25 Mei 2013

Menghargai apa yang kita miliki sebelum ianya pergi jauh dari kita .. Kerana itulah yang terbaik

Assalamualaikum semua.

Pernah tak korang rasa dihargai  oleh seseorang ? Tak kisah la orang tu korang baru kenal ke, dah lame kenal ke.. Pernah tak?

Dan pernah tak korang menghargai orang lain? Menghargai apa saja yang dilakukan oleh orang lain..Dan apa cara yang korang buat untuk korang hargai orang tersebut ?


Sebenarnya kan, menghargai seseorang ni bukanlah satu benda yang rumit sangat atau bahasa omputihnya complicated. Tapi , ia bergantung pada individu itu sendiri. Samada lebih suka dihargai atau menghargai. Ada orang suka dihargai dengan cara macam itu ini, malah ada yang tidak.

Menghargai seseorang bukanlah maksudnya anda perlu memuji orang itu setinggi langit . Oh tidak ! Tapi cukup lah tanda anda ingat pada dirinya dan sentiasa ada di sisinya ketika dia memerlukan pertolongan. Baru lah tak timbul isu " Kawan ketika gembira senang dicari, kawan ketika susah, semua LARI "

Ada orang bila dihargai, dia akan kembali hargai orang tersebut.
Tapi ada yang sebaliknya.
Tapi bila kita cuba menghargai seseorang, dan orang itu berbuat seolah-olah kita ini hanya lah insan yang tak pernah membahagiakan dirinya.. Adilkah begitu?
Bukan minta balasan untuk dihargai semula, tapi cukuplah dengan tanda bahawa kau masih kawan aku. Dan kita masih lagi dalam kapal persahabatan.

Em, agak emosional pulak aku di entry kali ini. hem.









" Bila kita nak orang hargai kita , kita kena belajar menghargai orang lain dulu."

Cara Deactivate Twitter

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kali ni nak share cara deactivate akaun twitter merangkap delete akaun twitter.
  • Pastikan dah sign in akaun twitter masing-masing-----> twitter.com untuk deactive atau delete akaun twitter.
  • Kemudian klik kat sini-----> Account Setting. Scroll sampai bawah sekali, klik kat Deactive my account
  • Akan kuar kotak macam bawah ni....

  • Pastu akan kuar kotak ni pulak

  • Okey dah selesai....kalau menyesal, silalah login macam biasa dalam tempoh 30 hari, kalau tak korang buat je la akaun baru. Oke sekian cara deactive atau delete akaun twitter.

************
Tak delete pun akaun twitter aku tu....masih wujud...cuma tak aktif bertweet je... Huhuu. 

Jumaat, 24 Mei 2013

Tiga langkah untuk mencari pasangan hidup yang sesuai ...

Langkah pertama: Buat tiga senarai. Senarai yang pertama adalah senarai ciri-ciri perempuan/lelaki idaman yang MESTI ADA dalam diri bakal ISTERI/SUAMI anda.. (contoh mesti sembahyang)...Senarai yang kedua pula adalah senarai yang anda TAK MAHU ada dalam diri bakal isteri/suami anda..(contoh merokok)... senarai yang ketiga adalah senarai yang anda BOLEH TOLERATE kalau ciri-ciri ini tak berapa ada dalam diri bakal isteri/suami ada (contoh cantik, atau badan gempal, atau tak kisah dari keluarga kaya atau miskin dll)...pikir betul-betul.. ini bukan exam salah betul.. jawapan semuanya betul untuk setiap individu sebab setiap individu itu mempunyai citarasa yang berbeza.

Langkah kedua: Ulang langkah pertama sehingga anda betul-betul puas hati dengan ciri-ciri lelaki atau wanita idaman yang anda tulis dalam ketiga-tiga senarai tersebut.. selagi tak puas hati ulang langkah pertama tu sampai puas hati..

Langkah ketiga: Tengok balik list tu dan sekarang untuk setiap ciri-ciri tersebut, kalau boleh, perincikan lagi.. sebagai contoh kalau cantik.. cantik yang macam mana (kulit putih mulus atau sekadar sedap mata memandang), kalau lemah lembut (untuk calon isteri).. lemah lembut yang macam mana...(lemah lembik sampai pijak semut pon tak mati? cakap suara pon tak dengar sampai kena letak telinga dekat2, atau cukup la sekadar perempuan yang tak menjerit "hoi abang bangun la dah subuh nih' sampai satu kampung dengar?)... err rasanya you guys get the idea now..

Sekarang anda boleh la cari perempuan/lelaki yang menepati ciri-ciri yang ANDA SENDIRI senaraikan dalam list tu...

Ooo tidak.. ini bukan entry main-main. Apa yang saya tulis ini dah terbukti berkesan. Ramai orang yang sebenarnya tak tahu apa yang dia nak.. atau apa yang dia tak nak.... dengan tulis senarai macam tu, kita halusi balik pemikiran kita tentang apa yang kita nak..

Kedua (err pertamanya mana), bila kita buat senarai macam nih, kita akan secara automatiknya menjadi seorang yang praktikal, bukan idealistik..  tak de manusia yang sempurna dalam dunia nih kecuali Nabi Muhamad SAW saja.. dengan senarai tu kita boleh tahu apa yang MESTI ada dalam diri seseorang tu.. dan apa yang kita boleh tolerate kalau tak ada (nih priority yang kurang utama).. dan kita akan jauhkan diri dari mereka yang ada ciri-ciri yang kita TAK NAK.

Ketiga (dan terakhir)... bila kita buat listing ni juga, kita harus menilai balik diri kita juga... ciri-ciri tu mesti praktikal.. kalau kita pon muka tak hensem tapi ciri mesti ada nak perempuan cantik macam maya karin.. err susah juga la kan (kecuali anda seorang yang KAYA RAYA so itu cerita lain).. dan ciri-ciri tu selalunya akan complement diri kita sendiri.. sebagai contoh seorang yang pendiam selalunya dia suka pada pasangan yang kecoh sikit.. atau seorang yang tak suka nak pikir tentang perkara remeh temeh seperti hari nih nak makan apa akan suka kepada pasangan yang very organise (ok bang..nih menu kita setahun ye bang...).. so al-kisah begitu la..

Disclaimer: Saya tidak bertanggungjawab sekiranya tips yang saya berikan ini tak menjadi. Kita mencuba tapi Qada' dan Qadar adalah ketentuan Ilahi..

Tolong..!!! Cikgu ajar saya tak faham, sebab tu saya fail exam...


iasa tak dengar ayat ni? Haha, saya biasa. Ramai pelajar yang cakap macam ni. Cikgu/pensyarah ajar tak faham, sebab tu la tak lulus periksa, atau dapat markah/grade teruk. Tapi boleh pakai ke alasan ni?

Pertama sekali, hentikan la salahkan orang lain atas kegagalan sendiri (Stop blaming others for your own failure). Kamu boleh la salahkan cikgu/pensyarah tu berbakul-bakul, tapi hakikatnya, cikgu/pensyarah tu tak dapat kesan apa-apa pon. Mereka ajar student faham ke, tak faham ke, bulan-bulan dapat gaji juga. Kita juga la sebagai pelajar yang rugi kalau asyik habiskan masa salahkan mereka.

Kedua, bila dah tak faham, apa yang kamu buat? Saya pernah bagi satu ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan di sebuah sekolah di Kluang, satu masa dulu. Salah satu soalan yang diajukan pada saya, pasal ni la "Saya selalu tak faham dengan apa yang diajar cikgu di kelas", lalu saya tanya balik, ok kalau kamu tak faham then kamu buat apa?

"Tak ada apa-apa"... isk.. memang patut ler fail.

Perkara yang sama juga berlaku kepada pelajar saya. Ada yang setiap masa nampak muka kita, asyik cakap tak faham, tak faham. Bila saya tanya part mana yang tak faham.. errr.. dia cakap dia pon tak faham apa yang dia tak faham.. nih memang sah la ada potensi untuk fail.

Ok la pelajar-pelajar, adik-adik akak sekalian.. kita kena terima hakikat yang cikgu/pensyarah ajar kita tak faham dalam kelas tu normal. It happens to everyone! Hatta pelajar yang selalu score A pon, kalau tanya akan ada masa dia pon tak faham apa yang cikgu/pensyarah ajar dalam kelas. Apa yang membezakan pelajar ni (yang dapat A) dengan pelajar lain yang dapat D ialah apa yang dia buat bila dia tak faham.

Lain kali, bila tak faham apa yang cikgu/pensyarah ajar dalam kelas, buat macam ini:

  1. Terus tanya kepada cikgu/pensyarah tentang apa yang kita tak faham tu selepas kelas. Jangan lengah-lengah tak pe la tunggu lusa, tulat, bulan depan tahun depan baru nak tanya, jawabnya kita tak akan tanya, dan perkara yang tak faham tu akan selamanya tak faham.
  2. Tanya dengan kawan-kawan sekelas. Chances are, ada kawan-kawan lain yang faham dengan apa yang cikgu ajar.
  3. Baca buku rujukan tentang perkara yang kita tak faham tu. Kalau kat sekolah ada buku teks, kat universiti ada reference book, so boleh baca. Kalau tak faham juga, cari buku lain, baca dan baca sampai faham.
  4. Kalau dah buat step 1, 2 dan 3 tapi masih tak faham juga, buat appointment dengan cikgu/pensyarah untuk tanya dengan lebih lanjut. Bila seseorang pelajar tu dah buat step 1, 2, dan 3, dan bila dia jumpa cikgu/pensyarah tu later on, saya gerenti dia boleh faham sebab masa tu, pelajar nih dah tahu dah very specific apa perkara/details yang dia tak faham, jadi cikgu/pensyarah tu boleh terus terangkan in details perkara yang specific yang student tu tak faham (err you guys faham kan baca ayat saya nih?).
Tapi hakikatnya masih ramai pelajar yang bila tak faham dalam kelas, the only thing that they do is keep on telling everyone "Eh aku tak faham ler, ko paham tak?', lepas tu masing-masing geleng kepada then ok let's forget about it.

Ada juga pelajar yang take things for granted bila cikgu/pensyarah ajar dalam kelas tak bagi tumpuan, berangan ingat awek, ingat bantal busuk kat rumah, ingat facebook. Lepas tu sibuk cakap tak faham, tak faham, lepas tu tak buat apa, lepas tu bila nak exam baru cari cikgu/lecturer nak minta cikgu/lecturer tu terangkan balik sebijik-sebijik dari A sampai Z tentang topic tu. Masa tu, sorry la ye..

So adik-adik dan pelajar-pelajar, di harap nasihat akak nih dapat membantu la ye.. all the best to you.

Tak boleh jawab soalan exam bukan bermakna tak pandai tapi...



                                                            

minggu lepas ada seorang student datang jumpa saya, minta tolong bagi intensive tutorial sebab exam dah nak dekat, siap sanggup bayar ikut jam lagi. Saya cuma kata saya tak kisah tolong bila-bila saya free tapi saya tak nak terikat masa jadi personal tutor. Saya suruh student tu bawa kertas exam yang lepas-lepas kemudian saya dan dia jawab exam paper tu sama-sama.

Saya perhati cara student tu jawab soalan. Kebanyakan jawapan yang diberi salah tapi apa yang menarik perhatian saya ialah student tu jawab salah bukan sebab dia tak tahu jawapan tapi sebab cara dia tackle soalan tu yang salah, yang akhirnya membuatkan dia jawab salah (ini exam untuk paper programming).

Saya kemudian tunjuk dan ajar kepada student tu untuk setiap soalan yang macam ini, dia kena jawab cara macam ini. Kalau soalan yang macam itu, kena jawab cara macam itu. Lepas tu saya tengok performance student ni improve, sebab apa? Sebab sekarang dia dah tahu cara/teknik/tips/trick untuk jawab soalan exam.

Jadi untuk mereka-mereka yang bakal menduduki peperiksaan (tak kira la level mana, standard apa), saya kira perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan (hasil pengalaman saya dan juga pemerhatian yang saya buat kepada perangai pelajar-pelajar saya sendiri):

  1. Ulangkaji dan cuba soalan-soalan exam yang lepas. Faham dan ingat akan fakta tu adalah satu knowledge. Tahu macam mana nak apply dan guna untuk jawab soalan tu adalah skill. Dua-dua kena ada baru boleh jawab soalan exam dengan baik.
  2. Jangan ambil exam dengan perut kosong. Tak kira la exam tu pagi atau petang (atau malam), kena pastikan perut tak kosong. Susah nak concentrate kalau asyik dengar perut menyanyi. Ada juga antara kita yang kalau perut kosong rasa cepat mengantuk, letih atau pun pening kepala. Jadi jangan lupa makan sikit sebelum ke dewan peperiksaan. (AMARAN: Makan sikit je, jangan sampai kenyang kebontang nanti tidur la plak)
  3. Rehat dan tidur secukupnya malam sebelum exam. Kalau tak cukup tidur atau tak cukup rehat, otak pun penat dan mengantuk, jadi macam mana nak BERFIKIR? Ada student yang pulun study sepanjang malam, bila pagi terus pergi exam, dalam dewan exam baru satu jam dah macam ayam kena sembelih, terlentuk sana, lentuk sini.. lelama zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
  4. Baca soalan berkali-kali sampai faham apa yang soalan tu nak. Pengalaman saya memeriksa jawapan student, banyak student lain yang ditanya, lain yang dijawab... jawapan tak de kena mengena langsung dengan soalan! Kalau dah baca tak faham juga, tanya pengawas peperiksaan, clarify maksud soalan exam tu (clarify soalan je, bukan jawapan tau!).
  5. Pandai bagi masa. Sebelum jawab apa-apa, tengok ada berapa soalan semua sekali, kemudian plan masa. Kalau ada 10 soalan kena jawab dalam masa 2 jam.. 2 jam ada 120 minit. Jadi anggaran satu soalan sepatutnya tak lebih dari 12 minit. Kalau dah 12 minit tak dapat jawab juga move on to the next question. Nanti kalau ada masa boleh cuba balik soalan yang tak dapat jawab tu.
  6. Semak jawapan kalau dah habis jawab semua soalan. Pastikan no jawapan dan no soalan sama (lebih-lebih lagi kalau jawab guna MCQ paper yang jawab A.. B.. C.. D.. E tu)
  7. Jangan sesekali keluar awal!.. ini la yang selalu student saya buat. Orang bagi tiga jam untuk jawab soalan exam tu bermakna kalau bebetul jawab memang akan ambil masa tiga jam la.. Ni dua jam dah keluar.. lepas tu bila tengok kertas jawapan banyak yang lompong-lompong tak jawab. Bila tanya kenapa tak jawab.. tak reti atau tak ingat jawapan.. so balik je la... For muslim, kalau tetiba kena mental block, tak tahu nak jawab atau tetiba terlupa jawapan, tenangkan fikiran, doa banyak2 pada tuhan "Ya Allah, ingatkanlah apa yang aku lupa, berilah aku ilham apa yang aku tak tahu".. InsyaAllah boleh.. (Ini saya selalu buat masa jadik student dulu dan hasilnya menakjubkan).. Kan rugi kalau keluar awal tetiba baru beberapa langkah dari dewan exam.. "ALAMAK.. aku teringat dah jawapan soalan tu.." haru ler ko nak masuk semula dewan exam ambil balik kertas jawapan dah tak boleh.. saper suruh keluar awal?
Ok la adik-adik semua. Dah berjela dah nih.. tapi apape pun kena la study. Kalau tak study then tak dapat jawab memang salah ko ler dik ooii.. :)

Ditinggalkan Kekasih.. Macam mana nak ubat hati luka?

                                               




Jangan musnahkan diri sendiri
Ditinggalkan kekasih is not the end of the world!  Kenapa nak musnahkan hidup atau masa depan untuk orang yang tak tentu lagi jadi laki/bini  kita? Sedangkan yang dah kahwin lagi kan bercerai, inikan pula bagi yang tak ada ikatan apa-apa melainkan janji manis taat setia. Gunakan rasa sedih dan marah tu jadi pemangkin untuk kamu berusaha lebih gigih untuk jadi manusia yang lebih baik dan lebih hebat di masa akan datang (Use that anger and sadness deep within yourself to fuel your determination to become a more successful and better person). Cakap pada diri kita " Fine, kau tinggalkan aku sekarang.. satu hari nanti, kau akan menyesal!". Dalam hidup kita hanya ada dua jenis keadaan: pertama ialah keadaan yang kita boleh kawal (within our control), dan satu lagi ialah keadaan yang kita tak boleh kawal (out of our control). Kita tak boleh nak kawal perasaan orang lain pada kita, tapi kita boleh kawal apa yang kita nak buat dengan hidup kita (You can't control how people feel about you, but you can control how you should live your life!)Take charge...jangan bagi peluang untuk orang lain datang dalam hidup kita dan kucar-kacirkan hidup kita. Kita decide hidup kita sendiri.. Jadi kalau orang tu tak sayang kita lagi..... jangan risau..  God loves you and he knows that you would be better off without that person..

Saya tak dapat lupakan dia sebab saya sayang dia sangat-sangat!
OK kamu sayang dia sangat-sangat... tapi ada ke dia sayang kamu? Kenapa nak sayang orang yang tak sayangkan kita? Kenapa nak buang masa pada orang yang tak tahu hargai kita? Lebih baik cari orang yang sayangkan kita. Kuatkan semangat dan kata pada diri "OK, kau tinggalkan aku, tak pe akan ada orang lain yang akan sayangkan aku". Tell yourself this over and over and over.

Saya sedih sangat sampai tak boleh buat apa-apa.. hopeless
Normal la untuk rasa sedih bila ditinggalkan kekasih. Ada yang sedih tahap gaban, ada pula yang sedih tahap cipan :) Masa ni kalau nak nangis pon, nangis la sepuasnya. Kalau nak jadi bad mood tak nak buat apa-apa, cuma nak tengok je ikan emas dalam aquarium tu berenang-renang sampai ikan emas tu jadi rimas pon tengok la. Kalau nak makan aiskrim berkotak-kotak untuk hilangkan sedih pon, makan la. Kita manusia biasa yang ada perasaan, so kalau rasa sedih... let it be. It is OK to feel sad, but don't linger on that feeling far too long!

Macam mana nih.. sedih tak nak hilang juga
Jangan malu untuk minta bantuan nasihat atau sokongan dari kawan-kawan sekeliling atau kenalan rapat. Jangan merana sorang-sorang (You don't have to go through the experience alone). Kalau malu, cari professional yang boleh dipercayai seperti counselor atau di universiti, kadang-kala ada academic advisor. Yang penting, luahkan apa yang terbuku di hati. Jangan pendam dan buat-buat konon semuanya ok padahal tidak (Don't pretend that everything is OK when it is NOT).

Mungkin ada yang akan berkata "alaa cakap senang la, nak buat belum tentu lagi boleh". Apa yang saya kongsi nih berdasarkan pengalaman saya sendiri. Semasa saya di semester dua pengajian master, seminggu sebelum exam saya putus cinta. Memang sedih tahap gaban, menangis tahap cipan. But I told myself... I will grief later coz I have a battle to win (my exam).  Alhamdullillah, out of 4 subjects, saya score one A- dan three As!! My GPA for that semester is 3.93! Sampai sekarang kalau saya tengok exam transcript, saya teringat waktu sedih tahap gaban tu, dan betapa saya bersyukur kerana saya buat pilihan yang betul. Saya pilih masa depan sebab saya tahu, kalau saya fail pon, bukannya boyfriend saya akan datang balik kepada saya. Dia bahagia dengan orang lain kenapa kita nak hancurkan hidup kita sendiri? Alhamdullillah,  kalau saya boleh buat, anda boleh juga kan?

Macam mana nak kembalikan perasaan cinta







Nak tanya korang mcm mana nak kembalikan semula perasaan cinta yg pernah berputik dan mekar dalam hati seseorang?

Aku tanya ex-fiancee aku nak kahwin, dia tanya dgn siapa aku jawab entah... dengan dia mungkin

aku dah berpisah dengan ex-fiancee lebih setahun lepas... dalam tempoh tu masing2 bercouple dgn org lain.... 2-2 xmenjadi. ex-bf dia lepas aku kantoi curang... (mungkin sbb aku xredha dgn dia senang2 lepaskan aku dan cepat pula jumpa pengganti... sebulan lepas break dgn aku katanya)  time tu dia kecewa sgt .. akulah tempat dia lepaskan perasaan (nangis..pukul2 geram kat aku). 

Aku pulak lepas putus tahun lepasdengan dia .. couple dgn 2 org.. 2-2 xjadi.... sorang meninggal (sebelum dia meninggal aku tangkap dia kantoi bersayang2 dgn org lain dalam FB lepastu aku dingin dengan dia sehingga dia meninggal dunia) ... sorang lagi aku xlayan sgt sbb terlalu manja dan gedik sehingga aku rasa mcm ada kepalsuan .... sampai dia blah (aku saja buat mcm tu sbb hati dah xde utk bercinta.)

antara tempoh masa tu jugak mak aku kenalkan dgn sorang calon... aku hanya msg sehari dua lepas tu... kemudian aku xkontek lagi sbb aku xde perasaan nak bercinta.

Sempena bday aku ex fiancee msg wish aku... dia tanya aku nak hadiah apa (dia xpernah miss wish aku walau da lepas break tahun lepas).. aku lepas seketika aku xtahu nak apa utk hadiah bday... kemudian aku msg dia aku kata aku nak kahwin dgn dia. Sebelum ni ex aku ada ajak aku kahwin.. aku ckap kat dia ckap kat mak dia dlu...sb aku xnak hanya kata kata sahaja... benda kena clear dan jelas. Aku xtanya lagi dia dah ckap ke kat mak dia.

kemudian ex fiancee aku jawab dia boleh nak kahwin dengan aku.. tapi dia xtahu mcm mana nak timbulkan semula perasaan dia pada aku mcm sebelum ni. Aku tahu perasaan tu mcm mana sbb aku pun mengalaminya. Kami dah jarang berkomunikasi mcm dulu... sbb aku rasa xfaedahnya aku terhegeh2 mengejar dia. Time dia perlukan aku baru kami berbalas contact seketika.

Kami dah lama xkeluar bersama
tgk movie sama2
kadang2 je jumpa dalam kereta time amik dia blik kerja
beberapa kali je sejak 1 tahun ni kami makan lepak sama2

so xhairanlah satu sama lain dah dingin2
So mcm mana nak timbulkan semula perasaan itu?
atau adakah selepas berkahwin?