Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Sabtu, 29 Jun 2013

Pedih Daripada Seorang Perempuan

1) Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.


(2) Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.


(3) Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.


(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.


(5) Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.


(6) Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

(7) Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe


(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.


(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …



Kenapa Saya Menduakan Cinta??

Ketika itu kami di dalam kereta selepas makan malam. Masing-masing membisu seribu bahasa. Ada SMS masuk, kala itu muka cuak tak dapat disorokkan lagi. Lekas-lekas saya baca dan padam. Kekasih saya sedang memandu di sebelah mulai syak sesuatu. Lalu tangannya pantas mencapai telefon bimbit. Alamak! Saya tak sempat pun berbuat apa-apa, sekadar berserah.

“Siapa SMS?”

“Tak ada siapa-siapa,” balas saya buat-buat selamba.

“Cakap betul-betul sebelum I campak telefon ni ke luar,” tangannya sudah berada di luar kereta.

Nak tak nak, terpaksa dibukakan cerita. “Kawan baru. Sama-sama join kelab sukan, dia base kat Sabah. Kawan je.”

Dia mula diam dan saya mula sakit hati. Sudah berkira-kira apa terkandung dalam hati dia. Pasti semuanya salah saya menduakan cintanya. Padahal saya mula membuka hati berkenalan dengan orang lain berpunca dari sikapnya sendiri.

Bukan mudah untuk kita mengakui kelemahan diri. Tetapi setiap berlaku, pasti ada penyebabnya. Bukan mahu mencari alasan memboloskan diri, lepas tangan atau meletakkan kesalahan kepada orang lain. Cuma sekadar berkongsi perasaan sekeping hati yang sanggup menduakan cinta. Kerana kali ini saya berkata-kata bagi pihak yang berlaku curang.

Pernahkah kamu mengalami situasi sama? Mungkin keadaan berbeza tetapi terperangkap dengan pertuduhan-pertuduhan seperti itu. Hinggakan ada yang mula termakan dengan dakwaannya. Diri kamu curang. Memang mudah kalau kita yang menangkap pasangan bermain kayu tiga, tetapi bagaimana pula kalau diri sendiri yang menduakan cinta?

1. Sikap sambil lewa

Memang kamu tidak punya alasan untuk memandang orang lain melainkan dia. Situasinya, kamu masih sayangkan dia tetapi mula sangsi dengan keseriusan sang kekasih. Satu rasa telah muncul. Tiada masa depan untuk hidup bersamanya. Sementelah dia sering bersikap sambil lewa terhadapmu. Segala-galanya di ambil mudah termasuk perihal perasaanmu. Sekiranya kamu merajuk, jangan harap dia akan mengalah. Seandainya seminggu kamu tak hubungi dia, seminggu jugalah dia menyepi.

2. Semuanya penolakan

Apa sahaja kamu sarankan, akan dibangkang. Tiada hak langsung hendak bersuara. Kamu mula merasakan dicucuk hidung seperti lembu. Temu janji selalu di restoran kegemarannya. Pabila kamu suarakan teringin makan sushi misalnya, dia pasti menolak. Kalau pergi pun menyakitkan hati. Mukanya kelat. Makannya sikit tanda protes. Sudahnya selepas itu kamu tidak lagi meminta-minta. Malah beralah kerana menyampah dengan muka kelatnya itu.

3. Impian dia seorang

Jika merancang masa depan pun, keseluruhan impian bukan dibina bersama-sama. Keseluruhan masa depan datangnya dari kaca mata dia. Kahwin konsepnya begini begitu. Bulan madu kat Malaysia saja. Rumah nanti nak macam ni, macam tu. Kalau boleh nak anak dua tak mahu lebih. Semuanya tidak seperti kamu idamkan. Setidak-tidaknya cari satu titik tengah yang memuaskan hati kedua-dua pihak. Bukan sekadar aku, aku, aku…

4. Keluarga tolak tepi

Usia perkenalan sudah tiga tahun, mungkin sudah tiba masanya berkenal-kenalan dengan ibu dan bapa. Dia enggan. Okay, paling tidak, jom, berkenalan dengan kakak sekeluarga. Pun tak mahu. Hati mulai sangsi dengan kesungguhan dia. Apakah dirimu masih belum pilihan mutlaknya? Jadi, tidak salah sekiranya kamu juga punya pilihan-pilihan lain bukan? Bimbang juga jika sudah berumah tangga, keluargamu langsung ditolak tepi. Ciri-ciri sepertinya sudah ada.

5. Membosankan
Rutin kamu berdua jalani sama sahaja tanpa ada peningkatan. Sangat membosankan. Lama-kelamaan kamu sedari, pertemuan kamu sekadar makan malam dan pastinya mengikut jadual dia sahaja. Kamu mula menyarankan itu dan ini. Apa kata kita makan tengah hari di sini? Hujung minggu apa kata kita ke sana? Tetapi semuanya diberikan alasan, sibuk. Memanjanglah dia tak ada masa. Pada suatu masa, kamu telefon dia, boleh pula dia berada di Melaka dengan teman-teman. Sakit hati bukan kepalang kerana dia lebih mementingkan orang lain.

6. Asyik dipersalahkan
Boleh pula dia mendakwa kamu mementingkan diri sendiri. Katanya kamu tak pernah ambil tahu mengenai dirinya dan keluarganya kerana asyik bercerita mengenai diri sendiri. Padahal kamu fikir sudah cukup mengetahui perihal dia. Masih dirasakan ada kurangnya. Kamu sangat keliru. Takkan perlu bertanya, baru hendak buka cerita? Selama berdua-dua atau berjam-jam di telefon, cerita sajalah apa sahaja. Selama ini pun dia kata dia seronok sangat mendengar cerita-cerita kamu. Tak jemu-jemu katanya lagi. Salah siapa? Hmm, masa tu tengah sayang kot.

7. Tiada romantis
Kalau dahulu kamu berdua sangat romantis. Saling meninggalkan lagu cinta di pesanan suara. Kemudian saling meninggalkan 'miss call' kerana itu tandanya rindu-rinduan. Kamu tak lupa bekalkan makanan buatnya dan dia tak lupa hadiahkan patung-patung comel. Namun, sejak akhir-akhir ini semuanya lenyap. 'Miss call' tiada langsung. Apatah lagi pesanan suara dan hadiah. Tiada langsung. Bukankah ini tipikal orang kita hanya romantis dan mahu bermanja-manja pada awal perkenalan sahaja?

8. Teman mesra
Kamu sendiri pernah melihat kelibat si dia dengan perempuan lain. Menyirap darah kamu ketika itu. Kebetulan teman-teman ada di sisi. Malunya seandainya mereka nampak. Sayangnya, salah seorang daripada temanmu sudah menegur. Nasib baik mereka sangat bersimpati malah cepat-cepat mahu mengintip. Kamu perasan, si dia sudah sedar kamu melihat kelibatnya itu. Mereka hilang dalam sekelip mata. Tetapi si dia memberitahumu, mereka cuma teman sahaja dan tidak lebih, tidak kurang.

9. Jiwa kosong
Ketika hati kamu dilanda resah gelisah, datang pula insan lain yang menunjukkan kasih sayang. Semuanya terzahir secara jujur. Semua yang kamu dambakan dari sang kekasih ada pada diri insan ini. Pada mulanya kamu sangat rimas dengan gangguan-gangguan perasaan dialami. Kamu sudah sedaya upaya melawan kehadirannya tetapi kekosongan yang dibiarkan lohong kekasihmu telah membuka pintu-pintu lain untuk didekati.

10. Pudarnya cinta
Kamu kurang pasti apa dirasakan si dia tetapi cinta di dalam hati kamu kian pudar. Setelah apa terjadi, telah dicuba sedaya-upaya untuk setia. Kamu perlukan masa untuk menggali semula perasaan di dalam. Ketika inilah dirasakan lebih baik menerima salam perkenalan daripada orang lain. Bukan mahu membanding-bandingkan mereka tetapi kamu sekadar mahu menguji. Apakah masih ada sisa kasih sayang untuk dipupuk semula?

Selasa, 25 Jun 2013

4 cara mudah nak elak blog daripada kena hack

Isu blog kena hack bukanlah satu isu biasa dan banyak blog yang sudah digodam atas tujuan tertentu. Malaysia antara negara yang ramai pemilik blog yang banyak di hack. So, aku nak share la tips dan cara simple nak elak blog dari kena hack.


1. TUKAR KEPADA STRONG PASSWORD
- pastikan password email korang panjang.
- masukkan sekali huruf besar dan huruf kecik.
- masukkan nombor dan simbol.
- jangan masukkan nama atau maklumat orang mudah nak teka.


  • Contoh password yang lemah : nick1234
  • Contoh password yang kuat : nickbencioranghackedblog2018*9

2. SELALU TUKAR PASSWORD
Walaupun korang dah ubah password tu kepada password yang kuat, tapi ada jugak hacker yang boleh hack blog korang kalau diberikan masa yang cukup. So, selalu la tukar password korang, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.


3. PILIH TWO-STEP VERIFICATION
Two-step verification ni tambahan keselamatan kepada akaun email korang. So, bila korang sign up untuk masukkan email dan password, korang akan dibawa ke satu lagi laman di mana korang kena masukkan kod yang dihantar ke handphone korang. Kalau ada orang nak hack blog korang, hacker tu perlu ada password dengan handphone korang sekali.



4. BUAT BACKUP BLOGSPOT
Kalau boleh buat backup ni setiap minggu, bergantung pada kekerapan korang update blog. Ada 5 cara korang boleh backup blog. Korang boleh guna Feed, Export Blog, Window Live Writer dan Httrack. Tapi yang ni aku nak share pasal backup blog dengan export function je. Sebelum blog korang kena hack, (mintak la dijauhkan) elok la download dan save blog korang dalam bentuk *.xml ke laptop korang sebagai backup. Sebab bila dah dihack, password blog korang akan ditukar dan korang dah tak boleh nak login. Caranya : 

  

P/S : Kalau korang ada cara lain lagi, boleh la tulis kat ruangan komen untuk reupdate :)

Cakra khan - Harus terpisah [lirik]




terkadang masa menikam dan terus berlalu pergi
meninggalkan sisa dan membuka seribu luka di hati
walau ku cuba hindarkan sesal di dada
kesilapan lalu menghantui diriku
segala yang indah sering menemani ruang sepiku
senyum dan tawamu masih jelas terbayang dimataku
kini semuanya menjadi kenangan silam
sesal hati dirundung kecewa
aku tak pernah menduga begini hebatnya
duka lara bila berakhirnya cinta
mengapa sukar untuk ku melupakanmu
namun mudahnya kau membenci diri ini
apa lah gunanya ku terus mencari kesilapan diri
sedang kau tak pernah ingin mengerti perasaan di hati
pernah kah kau rasa hangatnya kenangan 
air mataku yang tak mungkin mengalir
aku tak pernah menduga begini hebatnya
duka lara bila berakhirnya cinta
mengapa sukar untuk ku melupakanmu
namun mudahnya kau membenci diri ini
sungguh aku tak pernah mengerti 
mengapa semua harus begini
seribu luka tersedih hati
aku tak pernah menduga
begini hebatnya duka lara bila berakhirnya cinta
mengaapa sukar untuk ku melupakanmu
namun mudahnya kau membenci diri ini
betapa ku kesal biar ku sendiri


Sabtu, 25 Mei 2013

Menghargai apa yang kita miliki sebelum ianya pergi jauh dari kita .. Kerana itulah yang terbaik

Assalamualaikum semua.

Pernah tak korang rasa dihargai  oleh seseorang ? Tak kisah la orang tu korang baru kenal ke, dah lame kenal ke.. Pernah tak?

Dan pernah tak korang menghargai orang lain? Menghargai apa saja yang dilakukan oleh orang lain..Dan apa cara yang korang buat untuk korang hargai orang tersebut ?


Sebenarnya kan, menghargai seseorang ni bukanlah satu benda yang rumit sangat atau bahasa omputihnya complicated. Tapi , ia bergantung pada individu itu sendiri. Samada lebih suka dihargai atau menghargai. Ada orang suka dihargai dengan cara macam itu ini, malah ada yang tidak.

Menghargai seseorang bukanlah maksudnya anda perlu memuji orang itu setinggi langit . Oh tidak ! Tapi cukup lah tanda anda ingat pada dirinya dan sentiasa ada di sisinya ketika dia memerlukan pertolongan. Baru lah tak timbul isu " Kawan ketika gembira senang dicari, kawan ketika susah, semua LARI "

Ada orang bila dihargai, dia akan kembali hargai orang tersebut.
Tapi ada yang sebaliknya.
Tapi bila kita cuba menghargai seseorang, dan orang itu berbuat seolah-olah kita ini hanya lah insan yang tak pernah membahagiakan dirinya.. Adilkah begitu?
Bukan minta balasan untuk dihargai semula, tapi cukuplah dengan tanda bahawa kau masih kawan aku. Dan kita masih lagi dalam kapal persahabatan.

Em, agak emosional pulak aku di entry kali ini. hem.









" Bila kita nak orang hargai kita , kita kena belajar menghargai orang lain dulu."

Cara Deactivate Twitter

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kali ni nak share cara deactivate akaun twitter merangkap delete akaun twitter.
  • Pastikan dah sign in akaun twitter masing-masing-----> twitter.com untuk deactive atau delete akaun twitter.
  • Kemudian klik kat sini-----> Account Setting. Scroll sampai bawah sekali, klik kat Deactive my account
  • Akan kuar kotak macam bawah ni....

  • Pastu akan kuar kotak ni pulak

  • Okey dah selesai....kalau menyesal, silalah login macam biasa dalam tempoh 30 hari, kalau tak korang buat je la akaun baru. Oke sekian cara deactive atau delete akaun twitter.

************
Tak delete pun akaun twitter aku tu....masih wujud...cuma tak aktif bertweet je... Huhuu. 

Jumaat, 24 Mei 2013

Tiga langkah untuk mencari pasangan hidup yang sesuai ...

Langkah pertama: Buat tiga senarai. Senarai yang pertama adalah senarai ciri-ciri perempuan/lelaki idaman yang MESTI ADA dalam diri bakal ISTERI/SUAMI anda.. (contoh mesti sembahyang)...Senarai yang kedua pula adalah senarai yang anda TAK MAHU ada dalam diri bakal isteri/suami anda..(contoh merokok)... senarai yang ketiga adalah senarai yang anda BOLEH TOLERATE kalau ciri-ciri ini tak berapa ada dalam diri bakal isteri/suami ada (contoh cantik, atau badan gempal, atau tak kisah dari keluarga kaya atau miskin dll)...pikir betul-betul.. ini bukan exam salah betul.. jawapan semuanya betul untuk setiap individu sebab setiap individu itu mempunyai citarasa yang berbeza.

Langkah kedua: Ulang langkah pertama sehingga anda betul-betul puas hati dengan ciri-ciri lelaki atau wanita idaman yang anda tulis dalam ketiga-tiga senarai tersebut.. selagi tak puas hati ulang langkah pertama tu sampai puas hati..

Langkah ketiga: Tengok balik list tu dan sekarang untuk setiap ciri-ciri tersebut, kalau boleh, perincikan lagi.. sebagai contoh kalau cantik.. cantik yang macam mana (kulit putih mulus atau sekadar sedap mata memandang), kalau lemah lembut (untuk calon isteri).. lemah lembut yang macam mana...(lemah lembik sampai pijak semut pon tak mati? cakap suara pon tak dengar sampai kena letak telinga dekat2, atau cukup la sekadar perempuan yang tak menjerit "hoi abang bangun la dah subuh nih' sampai satu kampung dengar?)... err rasanya you guys get the idea now..

Sekarang anda boleh la cari perempuan/lelaki yang menepati ciri-ciri yang ANDA SENDIRI senaraikan dalam list tu...

Ooo tidak.. ini bukan entry main-main. Apa yang saya tulis ini dah terbukti berkesan. Ramai orang yang sebenarnya tak tahu apa yang dia nak.. atau apa yang dia tak nak.... dengan tulis senarai macam tu, kita halusi balik pemikiran kita tentang apa yang kita nak..

Kedua (err pertamanya mana), bila kita buat senarai macam nih, kita akan secara automatiknya menjadi seorang yang praktikal, bukan idealistik..  tak de manusia yang sempurna dalam dunia nih kecuali Nabi Muhamad SAW saja.. dengan senarai tu kita boleh tahu apa yang MESTI ada dalam diri seseorang tu.. dan apa yang kita boleh tolerate kalau tak ada (nih priority yang kurang utama).. dan kita akan jauhkan diri dari mereka yang ada ciri-ciri yang kita TAK NAK.

Ketiga (dan terakhir)... bila kita buat listing ni juga, kita harus menilai balik diri kita juga... ciri-ciri tu mesti praktikal.. kalau kita pon muka tak hensem tapi ciri mesti ada nak perempuan cantik macam maya karin.. err susah juga la kan (kecuali anda seorang yang KAYA RAYA so itu cerita lain).. dan ciri-ciri tu selalunya akan complement diri kita sendiri.. sebagai contoh seorang yang pendiam selalunya dia suka pada pasangan yang kecoh sikit.. atau seorang yang tak suka nak pikir tentang perkara remeh temeh seperti hari nih nak makan apa akan suka kepada pasangan yang very organise (ok bang..nih menu kita setahun ye bang...).. so al-kisah begitu la..

Disclaimer: Saya tidak bertanggungjawab sekiranya tips yang saya berikan ini tak menjadi. Kita mencuba tapi Qada' dan Qadar adalah ketentuan Ilahi..