Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Jumaat, 12 Julai 2013

Tips Move On Putus Cinta

CINTA! 
macamne boleh terpikir nak buat entry ni? 
ah.. ada sorang teman kepada shu ni, yang mengalami putus cinta baru-baru ni.
so, siapa je yang tak pernah alami kan? lagi-lagi zaman sekarang ni, budak sekolah rendah pon dah ada yang putus cinta tau. *amboi amboi* Tips yang shu nak bagi ni, based on experience sendiri dan keadaan sekeliling, maksudnya orang-orang lain la yg berjaya RECOVER dari penyakit ni. 
Putus Cinta, satu perasaan yang sakit , perit, sedih dan sume yang negatif lah. Perasaan Putus Cinta ni pasti ada pada yang ditinggalkan pasangan atau meninggalkan pasangan mereka tetapi ada sebilangan orang yg pandai dan boleh handle perasaan ni dan cepat je move on, kadang-kadang pelik gak kan? mcm diorg ni xda perasaan ker, sekejap je terus lupa pada si kekasih, Cinta punye la bagai nak rak and pastu bertahun-tahun plak. xper la mcmtu, tapi mcmne plak dgn yang susah nak recover ni?yang menangis tiap malam, ada yang sampai nk bunuh diri lagi tu? kalau tak, xkan la boleh ada kes bunuh diri sbb putus cinta kan? 
tapi.. jangan la bunuh diri, jangan jadi bodoh. jangan jadi hamba cinta sampai nak bunuh diri, itu cara SHORTCUT naik FAST TRAIN mcm ERL tu teruk masuk NERAKA! Dosa besar kan. :)

Ah, itu sume sebenarnya, ada dalam diri kita sendiri, NAK atau TAK je ke depan dan melupakan kisah lalu. :) 

TIPS-TIPS MERAWAT PUTUS CINTA
1.  Menagislah sepuas-puas hati - 
menagis la sampai kalau boleh air mata tu dah tak nak kuar, sampai kalau boleh, mata tu bengkak and sepet dah xnampak mcm kasim selamat, EH! jangan la sampai mcm tu.... menagis la utk melepaskan perasaan tu, jangan di simpan, lepaskan perasaan tu. ada orang, sekali menagis, terus OK, itu kental gak kan? tapi kalau mcm yg Nagis tiap malam, ah, mcm shu ler tu, tak ape, nagis aje la. sbb PERCAYA lah, satu masa, tangisan tu berbaloi, sbb kita dah berjaya lupakan si dia. 

oh dan satu lagi, kalau menagis tu menagis la gak,nk duduk dalam bilik berkurung ke ape, tapi jangan la sampai tak makan , nnt kang gastrik dapat, migrain pon dapat (sape yg ada penyakit ni la). 

2. Jangan duduk keseorang : Cari kawan-kawan
duduk berseorangan, buat korang-korang lagi stress tau. so, cari la kawan -kawan utk teman korang, lagi bagus kalau dapat cari kawan baru, sbb sure korg akan terlupa kejap la pasal si dia tu. kalau nak tau, ada satu prinsip bagi shu, "BF, HUSBAND, KEKASIH, Sume tu boleh bertukar ganti. IBUBAPA, ADIK BERADIK & KAWAN tetap akan kekal." kadang-kadang, kita asyik sangat bersama dgn BF kita, sampai lupa kawan, dah asek spent time jer dgn si kekasih kan. So, time-time tengah single ni la, kita luangkan masa  bersama seberapa ramai kawan yang boleh. penuhkan plak dgn aktiviti-aktiviti bersama kawan. 

3. Luangkan masa bersama keluarga dan IBU BAPA
luangkan lah masa bersama IBUBAPA dan keluarga kita, selagi belum berkahwin, better korg luangkan masa bersama dgn family, sbb soon bila da ada keluarga sndri, anak sndri, husband lagi, ah.. masa tu, dah tak ada masa utk dgn family korg dah, dah tak ada masa utk manja-gedik-duduk bwh armpit mak ayah dah. masa tu la menyesal nnt, or rindu dgn suapan mak ker kan.. lagi pon, perasaan dapat menggembirakan keluarga terutama ibu bapa adalah perasaan yang  sangat lain, perasaan puas sbb dpat mengembirakan orang yag dulu bersusah senang utk besarkan kita, dan bila dah besar-besar ni, kita dapat bahagia kan mereka. 

tak kesah la bekerja atau masih lagi belajar, yang bergelar pelajar, boleh menggembirakan ibu bapa dgn keputusan yang membanggakan, membantu mereka dirumah, dan yang bekerja pula, boleh bawa ibu bapa berjalan-jalan, bercuti keliling dunia ker. kan syiok tu.. 

4. Banyakkan berdoa dan Ingat pada ALLAH SWT
ah, ini paling kene amalkan, banyak kan berdoa, dan percaya kepada Allah SWT yang setiap perjalanan dalam hidup yg kita lalui adalah petunjuk dariNYA utk memperbaiki diri kita, dah Allah SWT memberi ujian ini kepada kita kerana mahu bagi yang lebih baik, pasangan baik, masa depan yg lebih baik. Sbb kita time putus cinta ni, nagis-nagis, sampai ada yg kata 'tak leh hidup tanpa si dia', eh eh.. awak tu hidup dengan Oksigen Tau, kalau Oksigen xda, baru awak xleh hidup. ahh.. bukan nye si kekasih tu. 



5. Cari hobi baru - 
cari lah aktiviti-aktiviti yang baru dan boleh di isi setiap masa, iye lah, sbb ayat yang kerap digunakan oleh orang putus cinta 
"camne ni, aku dah biasa buat semua benda dgn dia" 
 "hari-hari aku sms dgn dia,lepas ni nk sms sape plak"
 "setiap malam sebelum ini, aku jmpa dia, dah biasa, bis skrg apa patut aku buat?"
 "apa yang aku buat semua nye aku teringat kat dia"

ye cik adik, sbb tu kene sentiasa lepak dgn kwn-kwn, pastu buat aktiviti yang best-best. g main boling ker, tgk movie, g bercuti jauh-jauh ker, g berenang setiap petang ker, macam-macam lah boleh buat utk gantikan balik dgn masa yg pernah korang pernah guna dulu dgn si dia. 

6. Buang Perasaan dan Move Foward
hakak-hakak, abam-abam, ini paling penting, kalau tak buang perasaan korang pada si dia, and mmg tak set mind yg korang nk move on dari kisah silam tu, mmg TIDAK AKAN JADI! ahh. patut bila time-time ni, kita pikir, mungkin sudah tiada jodoh dgn si dia, dan anggaplah hubungan yg sudah lepas ini sebagai pengajaran utk hubungan akan datang. sbb kalau korang tak buang perasaan tu , cmne nak move on! betul atau tak ??

fistly nak buang perasaan tu, sekrang ni kan ramai jer kita kita ni semua pakai smartphone kan? HP canggih-canggih , memory sampai 5-6 GB, PASTU dgn ipad lah tab lah, dalam tu sure penuh gambar-gambar kita bersama si kekasih kan. delete lah gambar-gambar bersama korg tu.. buang lah sms-sms yg CINTA LOVING tu, supaya kalau tetiba korg buka ke folder-folder dalam phone tu, tak adalah ternampak benda-benda tu. 
kalau nak extreme skit lagi, segala barang yang ada membuat kita teringat pada dia, kita sorok atau buang. lagi-lagi pemberian dari si dia kan? kalau xnak nk buang, beri kan pada org yg memerlukan. mmg la, kadang-kadang rasa mcm teruk plak, buang pemberian orang, tapi ... tak salah. sbb tindakan itu adalah utk diri kita jugak. 

Harap tips-tips ini berkesan dan dapat membantu rakan-rakan readers. ;) 

nah, ada few quotes about breaking up and moving on. so, keep reading! :) 

kadang-kadang dgn baca quotes ini, boleh membantu dan memberi kita semangat utk ke hadapan

  • I believe that everything happen for a reason. People change so that you can learn to let it go. Things go wrong so that you appriciate them when they're right. You believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and somethimes good thing fall apart so better things can fall together - Marilyn Monroe
  • Breaking up is a natual evolution when u try to figure out what u want in life. If you're with an individual who isnot moving in the same direction and at the same rate that you are, it aint going work. - Usher

Jumaat, 5 Julai 2013

aku rindu dia






Dalam kesibukan dan kepeningan aku dengan final exam..pagi ni aku masih rindu dia lagi.

Tapi,aku tak pernah berhajat nak menjadi separuh hati dia macam dulu.Cukup la rasanya aku buat dia sakit.Aku tak nak ambil risiko untuk ulang kesilapan yg sama berulang kali.

Mungkin satu hari nanti,ang terbaca blog aku yang buruk ni..mungkin masa tu aku dah terlalu jauh.Tapi,ingat..yg ang akan selalu dekat dihati aku..sampai bila-bila..

Betul..kalau sayang,kenapa meninggalkan juga.

Tapi,aku yakin..ini adalah ketentuan..hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik dan aku serahkan semuanya kepada Allah untuk menentukannya.

Ya Allah,jagakan dia untuk aku.

Hilangkanlah kedukaan dihatinya..dan berikanlah separuh bahagiaku ini untuk dia..
Temukan dia dengan insan yg lebih ikhlas menyayangi dia..dan luputkanlah ingatan dia tentang aku agar dia kembali tenang.

SEDIH.DAN SEDIH







CINTA ITU ADALAH FITRAH

ALLAHUAKBAR
Pertama kali saya merasai perasaan seperti ini..
menyukai dan menyukai...
saya tahu menyukai seorang syabab adalah satu yang tidak baik bagi seorang pelajar yang beragama...
saya tahu memikir kan manusia itu kadang-kadang boleh menghijabkan diri saya dari mudah segala urusan dan menuntut ilmu agama

tapi fitrah iulah yang ALLAH telah tetap kan kepada semua hambanya
fitrah itulah yang menyatu kan hati-hati manusia ini dalan mengenali yang hak dan yang batil

fitrah mencintai dan di cintai

ALLAHUAKBAR..
saya tidak mampu menidakkan perasaan saya..
saya hanya meluahkan pada yang ESA sahaja..
saya mmg suka pada dia...
ALLAH timbulkan perasaan tu pada saya..

tapi saya selalu menidakkannya supaya diri saya berdiri di tapak yang benar
supaya saya stand dengan prinsip saya untuk menjadi anak yang solehah pada mak dan abah saya..

saya seorang srikandi...saya sendiri malu dengan perasaan saya.
saya tak patut untuk berperasaan seperti itu
sebab saya masih belajar..
sebab saya masih ada ummat yang dipertanggungjawab pada saya
saya masih ada seruan
amar ma'ruf nahi mungkar
saya ada allah

tapi kadang-kagang hati saya terketuk dek perasaan ini
sungguh ini lah ujian untuk saya
memendam perasaan seorang..
mengadu pada yang ESA
menahan kesakitan hati..
sebab itu semua adalah mujahadah untuk srikandi jannah

saya reflect pada diri saya semula..
saya bukan lah manusia yang baik belaka.
saya tak lah hebat seperti dia..
saya malu pada dia andai dia tahu saya bukan lah seperti dia
tidak hebat seperti dirinya

saya lagi sedih bila mengetahui peribadinya
ALLAHUAKBAR
tarikh yang sama
umur yang sama
nama yang sama

saya nampak diri saya bila terlihat dia
saya nampak diri saya selepas saya mengenal dirinya
saya nampak kesalahan saya bila dia juga bersalah seperti saya
saya juga melihat kebolehan diri saya apabila saya melihat dia

seolah-olah ALLAH memberi saya kembar seiras saya
seolah-olah ALLAH menghadiahkan manusia yang buat saya selalu muhasabah
kelemahan nya kelemahan saya
kebolehan nya kebolehan saya
kesempurnaan nya kesempurnaan saya

saya sakit menahan perasaan seperti ini..
hanya dengan menghadirkan CINTA ALLAH saya lega
saya ubati hati saya dengan mengingati janji Nya

apabila saya tahu yang dia punya hati pada yang lain..
saya menyedari itulah hak yang sebenar
lagipun dia tidak layak mengetahui perasaan sebenar saya padanya
kerana dia selayaknnya mendapat yang lebih baik dari saya

saya terpaksa meredhakan diri saya
saya kuat untuk ini,walaupun saya sakit untuk menahannya

saya kene terus kan perjuangan saya menjadi srikandi jannah
saya tidak boleh kalah dengan ujian ini..
saya kene teruskan semua perkara yang saya perlu tunaikan di atas muka bumi ini

saya pernah berjanji pada diri sendiri
utamakan yang utama
jangan utamakan yang tidak utama
yang utama itu adalah yang paling utama

perkara ini saya boleh atasi
saya mesti kuat dalam mumtaz untuk ummah
saya tak kan menoleh pada nya lagi

saya hebat kan diri saya untuk ALLAH
saya kuat kan diri saya untuk ALLAH
saya muslimah kan diri saya untuk ALLAH
saya mumtaz kan diri ini untuk ALLAH
saya buat semua nya kerana ALLAH

DAN KINI SAYA KENAL..
BAHAWA DIRI SAYA TAK SEHEBAT MANUSIA ITU
DAN SEDAR YANG SEPATUTNYA SAYA BUAT ADALAH
MENCARI REDHA ALLAH

PENDAMKANLAH UNTUK ALLAH
ALLAH.RASULULLAH.SAHABAT BAGINDA.MAK ABAH.FAMILY DAN RAKAN

ITULAH TANGUNGJAWAB SAYA YANG SEBENAR
REDHA LAAH

Rabu, 3 Julai 2013

sahabat sejati





..Sahabat yang baik tak kan pernah tinggal kan kawan nya..Tak akan dan tak akan..Susah payah harus sama-sama lah kan..Tapi sekarang yang selalu daku tengok bila senang, ye..memang kawan beratur panjang berebut nak dekat dengan kita,tapi..cuba kita susah..sikit je lah..semua pakat slow-slow hilangkan diri..


Entah lah kan..susah nak cakap pasal kawan ni..Kalau tak cakap pun susah,cakap lagi susah..Aih,,entah lah..hanya mampu senyum dan terus senyum.

Jangan bicara soal persahabatan sejati jika tidak bergaduh, terasa hati, masam muka, dan sebagainya. Jangan fikir persahabatan dipenuhi dengan perkara indah semata mata. Kadangkala, perkara duka itu juga keindahan sebenarnya. :)