Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Jumaat, 26 Julai 2013

aku


 
Selalu tersenyum bukan bermakna hati juga turut tersenyum bahagia. Tapi senyum untuk menutup kedukaan hati. Only Allah know everythings 
Tak susah nak mulakan perubahan yang baik tapi apabila hendak beristiqamah tulah yang memerlukan pengorbanan yang besar. Syurga ganjarannya.
Kalau Mesej boleh dipadam. Gambar pun boleh dipadam. Tapi memori antara kita dgn seseorang yg pernah hadir dlm hidup kita tu mmg susah nak dipadam
Hati perempuan umpama berlian yang berharga dan hanya boleh dimiliki oleh seorang lelaki yang baik,jujur dan sentiasa ada masa untuknya
Kalau aku mampu diputarkan semula perkara menyakitkan, aku berharap ia akan terus berputar ke hadapan, kerana tak sanggup menanggungnya.
Mulut boleh senyum , Hati tetap bersedih , Orang tengok kita happy , Tapi hakikat nya . Hati kita yang menangis :')


Mulut kata benci, mulut kata dah tak sayang, mulut kata nak berpisah, semua apa yg keluar dri mulut tu kena jaga. Jgn sampai menyesal nanti.

Ada prempuan yg suka kat banyak laki...
tapi mesti ada sorang yg dia betul2 suka...
tapi dia cuma suka dan mungkin ada sikit prasaan cinta...
tapi x nak berkapel...
walaupun laki tu tau prempuan tu suka dia...
tapi prempuan tu tetap macam biasa...
suka tapi x nak kapel...
lebih baik berkawan daripada berkapel...

 : prempuan tu adalah aq...itu la diri aq... ^^

Ahad, 21 Julai 2013

kawan makan kawan

Aku tidak menjangka bekas tunang aku menjalinkan hubungan sulit dengan  kawan baik aku sendiri. 
Ini kerana di dalam setiap perhubungan cinta aku, aku sentiasa meletakkan kepercayaan tinggi di dalam hubungan yang dibina demi kebahagiaan kami bersama. 

Namun, Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Berkuasa di atas tiap-tiap satu perkara. Hubungan mereka diketahui sendiri oleh aku kerana perkara itu berlaku di hadapan mata aku sendiri.







Justeru, aku meminta penjelasan dengan nada dan emosi yang cukup terganggu pada masa itu daripada bekas tunang aku dan ternyata mereka memang menjalinkan hubungan sebelum aku bertunang dengannya lagi.


Lantas, perjumpaan di antara keluarga kami diaturkan sendiri oleh aku  dan kami putus tunang secara baik dan beradab, walaupun di hati aku  ini terlalu sedih. 

Tidak dinafikan bahawa aku terlalu kecewa dan terkilan kerana setiap pengorbanan, kasih sayang, kejujuran, keikhlasan dan bimbingan aku hanya sia-sia. 

 hampir seluruh jiwa aku hilang selepas saya gagal dalam pertunangan. Sekarang ini,aku mengalami gangguan psikologi dan emosi yang agak teruk kerana aku pikul ia sendirian. 

aku menangis sendirian apabila aku mengenang saat manis sewaktu bersama si dia. Meskipun ketika itu aku di khalayak ramai, aku tidak segan menangis kerana sangat tertekan. 

Selasa, 16 Julai 2013

cara buat blog baru

Membuat blog cukup mudah sebenarnya.Boleh sambil buat sambil belajar.Yang penting kemahuan mesti ada.Banyak sumber sumber yang kita boleh perolehi untuk mempelajari blog.Untuk mencipta blog anda mestilah mempunyai akaun dengan blogger di www.blogger.com.

Langkah langkahnya:
1.Klik pada sign up jika belum ada akaun gmail
2.Isikan butir butir dalam form  yang disediakan  dan klik pada next step
3.Anda akan dibawa ke langkah ke2 iaitu create your profile dan klik ke next step


4.Langkah ke 3..you all set anda Berjaya membuat akaun blogger.klik back to blogger untuk confirm profile anda.


5.Klik back to blogger
6.Anda dibawa ke dashboard blogger..klik pada new blog



7. Masukkan tajuk blog dan alamat blog anda dan pilih template yang dikehendakki.Kemudian  klik create blog






8.Anda dibawa kembali ke dashboard…klik pada start posting





9.Masukkan tajuk artikel pada title …taipkan artikel pada ruangan yang disediakan dan klik publish untuk memaparkan posting anda.


nota:Bagi anda yang sudah mempunyai akaun gmail,anda boleh sign ke blogger dan anda bermula dengan langkah yang keenam

Ahad, 14 Julai 2013

cinta





Cuba bayang kan , kawan baik kita sendiri cuba nak rampas

 orang tersayang kita secara diam diam . Hmm mesti sedih 

sangat bila dapat tahu. :')

Kalau tak sayang tu JANGAN pernah KOTAKAN cinta kepada

 someone . Manusia bukan patung yang tiada perasaan 

kasih sayang dan sebagainya . Setuju?

Nak cari pengganti orang yang kita sayang memang susah. 

Sekali hati kita dah kecewa, bukan senang nak hilang. Kena 

ambil masa yang lama.

Tolong pesan kat hati kita masing-masing jangan mudah 

menyayangi. Tapi mudahlah untuk disakiti . Trust me kita 

akan dapat kebahgiaan. Bersabarlah.

Kadang- kadang kita sangat kecewa bila kita dah jujur kat 

someone tu bila kita cakap sayang kat dia tapi dia still tak 

percayakan kita.

Jangan sekadar cakap & janji semata mata nk bagi

 seseorang itu happy tapi langsung tak tunaikan. Sedar tak 

sedar, awak dh pn buat seseorang tu berharap.

Orang yang pernah di kecewa dan hati pernah di sakiti itu

 lebih menghargai CINTA. Sebab dia tahu bagaimana sakit

 bila kehilangan seseorang.

Apabila kita redha pada suatu yg mengecewakan hati kita , 

maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu 

dgn sesuatu yg tidak dijangka.

Jumaat, 12 Julai 2013

Tips Move On Putus Cinta

CINTA! 
macamne boleh terpikir nak buat entry ni? 
ah.. ada sorang teman kepada shu ni, yang mengalami putus cinta baru-baru ni.
so, siapa je yang tak pernah alami kan? lagi-lagi zaman sekarang ni, budak sekolah rendah pon dah ada yang putus cinta tau. *amboi amboi* Tips yang shu nak bagi ni, based on experience sendiri dan keadaan sekeliling, maksudnya orang-orang lain la yg berjaya RECOVER dari penyakit ni. 
Putus Cinta, satu perasaan yang sakit , perit, sedih dan sume yang negatif lah. Perasaan Putus Cinta ni pasti ada pada yang ditinggalkan pasangan atau meninggalkan pasangan mereka tetapi ada sebilangan orang yg pandai dan boleh handle perasaan ni dan cepat je move on, kadang-kadang pelik gak kan? mcm diorg ni xda perasaan ker, sekejap je terus lupa pada si kekasih, Cinta punye la bagai nak rak and pastu bertahun-tahun plak. xper la mcmtu, tapi mcmne plak dgn yang susah nak recover ni?yang menangis tiap malam, ada yang sampai nk bunuh diri lagi tu? kalau tak, xkan la boleh ada kes bunuh diri sbb putus cinta kan? 
tapi.. jangan la bunuh diri, jangan jadi bodoh. jangan jadi hamba cinta sampai nak bunuh diri, itu cara SHORTCUT naik FAST TRAIN mcm ERL tu teruk masuk NERAKA! Dosa besar kan. :)

Ah, itu sume sebenarnya, ada dalam diri kita sendiri, NAK atau TAK je ke depan dan melupakan kisah lalu. :) 

TIPS-TIPS MERAWAT PUTUS CINTA
1.  Menagislah sepuas-puas hati - 
menagis la sampai kalau boleh air mata tu dah tak nak kuar, sampai kalau boleh, mata tu bengkak and sepet dah xnampak mcm kasim selamat, EH! jangan la sampai mcm tu.... menagis la utk melepaskan perasaan tu, jangan di simpan, lepaskan perasaan tu. ada orang, sekali menagis, terus OK, itu kental gak kan? tapi kalau mcm yg Nagis tiap malam, ah, mcm shu ler tu, tak ape, nagis aje la. sbb PERCAYA lah, satu masa, tangisan tu berbaloi, sbb kita dah berjaya lupakan si dia. 

oh dan satu lagi, kalau menagis tu menagis la gak,nk duduk dalam bilik berkurung ke ape, tapi jangan la sampai tak makan , nnt kang gastrik dapat, migrain pon dapat (sape yg ada penyakit ni la). 

2. Jangan duduk keseorang : Cari kawan-kawan
duduk berseorangan, buat korang-korang lagi stress tau. so, cari la kawan -kawan utk teman korang, lagi bagus kalau dapat cari kawan baru, sbb sure korg akan terlupa kejap la pasal si dia tu. kalau nak tau, ada satu prinsip bagi shu, "BF, HUSBAND, KEKASIH, Sume tu boleh bertukar ganti. IBUBAPA, ADIK BERADIK & KAWAN tetap akan kekal." kadang-kadang, kita asyik sangat bersama dgn BF kita, sampai lupa kawan, dah asek spent time jer dgn si kekasih kan. So, time-time tengah single ni la, kita luangkan masa  bersama seberapa ramai kawan yang boleh. penuhkan plak dgn aktiviti-aktiviti bersama kawan. 

3. Luangkan masa bersama keluarga dan IBU BAPA
luangkan lah masa bersama IBUBAPA dan keluarga kita, selagi belum berkahwin, better korg luangkan masa bersama dgn family, sbb soon bila da ada keluarga sndri, anak sndri, husband lagi, ah.. masa tu, dah tak ada masa utk dgn family korg dah, dah tak ada masa utk manja-gedik-duduk bwh armpit mak ayah dah. masa tu la menyesal nnt, or rindu dgn suapan mak ker kan.. lagi pon, perasaan dapat menggembirakan keluarga terutama ibu bapa adalah perasaan yang  sangat lain, perasaan puas sbb dpat mengembirakan orang yag dulu bersusah senang utk besarkan kita, dan bila dah besar-besar ni, kita dapat bahagia kan mereka. 

tak kesah la bekerja atau masih lagi belajar, yang bergelar pelajar, boleh menggembirakan ibu bapa dgn keputusan yang membanggakan, membantu mereka dirumah, dan yang bekerja pula, boleh bawa ibu bapa berjalan-jalan, bercuti keliling dunia ker. kan syiok tu.. 

4. Banyakkan berdoa dan Ingat pada ALLAH SWT
ah, ini paling kene amalkan, banyak kan berdoa, dan percaya kepada Allah SWT yang setiap perjalanan dalam hidup yg kita lalui adalah petunjuk dariNYA utk memperbaiki diri kita, dah Allah SWT memberi ujian ini kepada kita kerana mahu bagi yang lebih baik, pasangan baik, masa depan yg lebih baik. Sbb kita time putus cinta ni, nagis-nagis, sampai ada yg kata 'tak leh hidup tanpa si dia', eh eh.. awak tu hidup dengan Oksigen Tau, kalau Oksigen xda, baru awak xleh hidup. ahh.. bukan nye si kekasih tu. 



5. Cari hobi baru - 
cari lah aktiviti-aktiviti yang baru dan boleh di isi setiap masa, iye lah, sbb ayat yang kerap digunakan oleh orang putus cinta 
"camne ni, aku dah biasa buat semua benda dgn dia" 
 "hari-hari aku sms dgn dia,lepas ni nk sms sape plak"
 "setiap malam sebelum ini, aku jmpa dia, dah biasa, bis skrg apa patut aku buat?"
 "apa yang aku buat semua nye aku teringat kat dia"

ye cik adik, sbb tu kene sentiasa lepak dgn kwn-kwn, pastu buat aktiviti yang best-best. g main boling ker, tgk movie, g bercuti jauh-jauh ker, g berenang setiap petang ker, macam-macam lah boleh buat utk gantikan balik dgn masa yg pernah korang pernah guna dulu dgn si dia. 

6. Buang Perasaan dan Move Foward
hakak-hakak, abam-abam, ini paling penting, kalau tak buang perasaan korang pada si dia, and mmg tak set mind yg korang nk move on dari kisah silam tu, mmg TIDAK AKAN JADI! ahh. patut bila time-time ni, kita pikir, mungkin sudah tiada jodoh dgn si dia, dan anggaplah hubungan yg sudah lepas ini sebagai pengajaran utk hubungan akan datang. sbb kalau korang tak buang perasaan tu , cmne nak move on! betul atau tak ??

fistly nak buang perasaan tu, sekrang ni kan ramai jer kita kita ni semua pakai smartphone kan? HP canggih-canggih , memory sampai 5-6 GB, PASTU dgn ipad lah tab lah, dalam tu sure penuh gambar-gambar kita bersama si kekasih kan. delete lah gambar-gambar bersama korg tu.. buang lah sms-sms yg CINTA LOVING tu, supaya kalau tetiba korg buka ke folder-folder dalam phone tu, tak adalah ternampak benda-benda tu. 
kalau nak extreme skit lagi, segala barang yang ada membuat kita teringat pada dia, kita sorok atau buang. lagi-lagi pemberian dari si dia kan? kalau xnak nk buang, beri kan pada org yg memerlukan. mmg la, kadang-kadang rasa mcm teruk plak, buang pemberian orang, tapi ... tak salah. sbb tindakan itu adalah utk diri kita jugak. 

Harap tips-tips ini berkesan dan dapat membantu rakan-rakan readers. ;) 

nah, ada few quotes about breaking up and moving on. so, keep reading! :) 

kadang-kadang dgn baca quotes ini, boleh membantu dan memberi kita semangat utk ke hadapan

  • I believe that everything happen for a reason. People change so that you can learn to let it go. Things go wrong so that you appriciate them when they're right. You believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and somethimes good thing fall apart so better things can fall together - Marilyn Monroe
  • Breaking up is a natual evolution when u try to figure out what u want in life. If you're with an individual who isnot moving in the same direction and at the same rate that you are, it aint going work. - Usher