Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Ahad, 11 September 2011

menjejak mimpi

Entah kemana pergi jejakmu
yang dulu bertabur di pasiran.
Telah ku susur pantainya,
harap berjumpa kuntuman rindu.


Ingin kukutip semula semuanya,
biarpun kelopak-kelopak yang layu.
Hendak aku sirami kembali,
hendak aku bajai semula.
Mungkin ia bisa kembali mekar,
mungkin ia bisa kembali mewangi.

aku tak perlu kan semua ini

jika meluahkan isi hati itu gila maka gilalah aku,
jika menangis kerana luka itu gila, maka gilalah aku,
jika ketawa kerana bahgia itu gila maka gilalah aku...

kenapakah engkau sangat marahkan tulisan mengenai
perasaanku?
Sedang tulisanku bukan utkmu.
Dan aku tidak harap engkau mengerti dan membalasnya.
Cukup sekadar aku menghantarkannya kepada seseorang,
dan kebetulan ianya adalah kamu.

Yang kamu tidak suka itu
campakkan saja kedalam kantung-kantung sampahmu...
dan aku tidak merasa terluka sedikitpun.
Cuma aku berkira-kira sendirian,
apa yang menjadi lokeknya manusia utk menyatakan simpati,
dan aku memikirkan hidup mereka-mereka yang sangat mementingkan diri sendiri ini.

Kerana tidaklah menjadi luak walau sedikitpun utk
menghulurkan sepatah dua perkataan yang menyenangkan hati mereka yang sedang luka lara...

hidup


hidup ini umpama air yang mengalir,
tidak mungkin ia bisa mudik semula kehulu.
Dan apabila ia terlalu deras,
ia hanya mendatangkan malapetaka,
dan menghanyutkan segala yang dilaluannya,
namun jika ianya terlalu perlahan,
maka dasar dan tebing-tebingnya akan berlumut dan berlumpur pula.
Maka berpada-padalah dalam setiap langkah itu.