Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Sabtu, 17 Ogos 2013

berbaloi ke jatuh cinta dengan awek orang???


Baru je terima SMS dari member lama yang kamcing. Tanya something yang aku sendiri pun tak boleh nak jawab. Katanya "Bro, aku suka kat sorang awek nie..masalahnya dia dah berpunye!". Aku mati akal nak cakap..parah la jatuh cinta dengan kekasih orang. 

Nak luahkan isi hati pada awek orang? Sanggup ke nak runtuhkan hubungan yang telah lama terjalin? Kejam pulak kan. So, aku kata selagi dia tak kahwin, boleh je nak berharap..mana tahu ada jodoh, dia putus dengan kekasih dia..ada peluang..hehehe. Tapi kalau tak dapat,doakan yang terbaik untuk dia. 

Kalau sanggup tunggu..tapi better lupakan..maknanya kita harap dia putus. Lagipun buat sakit jiwa duk pendam perasaan lama-lama..masih ramai lagi yang mungkin lebih baik dari dia. Apa kata anda? Luahkan, tunggu, atau lupakan?

apa perlu buat bila perempuan putus cinta???

Siapa yang tak pernah putus cinta? Angkat tangan ye nak kira. Ada jugak yang tak pernah? Anda memang rugi sebab tak dapat merasai apa yang orang putus cinta rasa..hehehe..Ok, kalau anda nak rasa, selepas baca entri ne, sila mintak putus dengan pasangan anda dan tanya dia apa yang dia akan buat bila putus cinta.

Putus cinta ne dah jadi sebahagian daripada hidup. Orang kata cinta pertama susah nak kekal. Kalau ada pun jarang. Bila berjauhan, mula la cinta tu beralih pada orang lain. Antara lelaki dan perempuan, rasanya perempuan take seriously pasal putus cinta ne. So, bila putus cinta perempuan biasanya akan buat salah satu daripada yang di bawah ne. (hasil daripada aku punye survey)
______________________________

1. Mereka akan mengunci pintu bilik, tutup semua lampu untuk menangis meratap dan meraung sekuat-kuatnya. Alahai, macam tak ada lelaki lain dah kat dunia.

2. Mereka akan koyak gambar, kad birthday, kad hari raya kecuali kad top up dan benda-benda lain yang bila diorang tengok rasa geram, benci dan menyampah.

3. Mereka akan makan banyak-banyak untuk hilangkan kesedihan tu. Sebab tu la, tengok perempuan bila putus cinta badannya akan menjadi chubby.

4. Mereka akan segera tukar sim card lama dengan beli sim card baru.

5. Mereka sanggup campak handphone dekat dinding. Berkecainya handphone tu seperti hancurnya luluh hatinya.

6. Lebih pedih lagi bila terkeluar ayat "ko bengong, bodoh, b*bi" pun keluar sebab marah dan kecewa.

7. SMS kat bekas kekasih guna ayat syahdu "sampai hati awak buat kat saya macam ne". 

8. Hantar lagu cinta tangkap leleh yang pernah menjadi lagu bersama kepada bekas kekasih agar menerimanya kembali.

9. Layan lagu jiwang yang sedih-sedih sambil air mata deras mengalir hingga bengkak mata.

10. Pergi kuliah pun dengan muka seposen. Orang tanya sepatah dia cakap sepatah. Orang tengah bersedih. Kalau pergi exam rasanya boleh repeat paper.

11. Beli tiket balik kampung jumpa mak bapak. Alasan balik cakap rindu pada keluarga padahal bawa diri sebenarnya.

12. Ada jugak yang sedihnya tak sampai 10 minit terus gembira balik macam tak ada pe pun. Biasalah, dah pasang bf lain awal-awal lagi. Cuma cari alasan je nak putus.

Rabu, 14 Ogos 2013

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT


1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

TANDA-TANDA DIA JODOHMU


Ini diambil dari sebuah pengalama, bukan prediksi.
Setelah ikhtiar maksimal berdoa dan shalat, maka tanda itu akan Allah tunjukan :

1. Berupa keyakinan yang besar untuk menuju pernikahan tidak bisa tergoyahkan oleh apapun sekalipun banyak ujian walau tanpa cinta dan hanya ta'aruf sesaat.

2. Merasa nyaman dan cocok dengannya, tidak ada ganjalan berupa rasa tidak cocok dalam hati. sehingga tiada keraguan untuk menikah.

3. Bisa menjadi diri sendiri tanpa adanya kepura-puraan atau tanpa sesuatu yang ditutupi.

4. Ikhlas menerima apa adanya dengan segala kekurangan dan kelebihannya.

5. Allah mudahkan segala urusannya walau harus ada ujian didalamnya.

6. niat yang lurus dari keduanya hanya mengharap ridho Allah.

7. Ada restu dan do'a dari kedua belah orang tua.

8. Sebesar apapun ujian jika berjodoh maka pasti akan bertemu juga dipelaminan