Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Sabtu, 11 Mei 2013

mcm mana saya nk lupa kan dia klau dh 24 jam dia call saya.hmmmmm


Suka ·  · Promosikan · 

Jumaat, 10 Mei 2013

KENAPA ORANG SUKA DAN TAK SUKA KITA?

Assalamualaikum... Di waktu macam ni, aku jadi burung hantu  kejap..

Aku bukan pakar psikologi dan bukan juga Kaunselor... Aku adalah aku..^^
Bila lihat keadaan disekeliling tetiba timbul persoalan ni dalam kepala aku " Kenapa ada orang suka dan ada yang tak suka kita? tak boleh ke kalau semua yang kita kenal tu sukakan kita?"


Pertanyaan: Adakah semua orang disekeliling kamu sukakan kamu?

Kalau jawapan kamu Tidak. Tahukah kenapa ada orang yang tak suka kita sedangkan kita ni  baik je dengan orang.(kita bukan mrjk kpd aku, kita=manusia) Jawapannya sebab manusia tu berbeza dan  mempunyai hati yang berbeza. Misalnya, adik aku suka Nealofa tapi aku tak suka Neolofa tu…contohlah…bukan betul2..nanti tak pasal2 heboh blog aku… Masing2 ada sebab sendiri kenapa tak suka dan kenapa suka…Adik aku suka sebab dia kata nealofa tu peramah, comel dan hebat berlakon manakala aku pulak mengatakan bahawa nealofa tu sombong, tak cantik dan berlakon taklah hebat.. Hah..kenapakah pendapat berbeza sedangkan orang sama? Dalam Teori pembelajaran sosial, manusia tu belajar daripada apa yang diorang lihat, dengar dan baca dari persekitaran mereka… daripada apa yg diorang lihat, dengar , dan baca tu mereka akan membuat kesimpulan sendiri…apa yang lebih tepat disini ialah persepsi masing2…  HATI MASING2..

Kita tengok PM2 kita pon ada yang suka dan ada yang juga yang tak suka mereka sedangkan mereka merupakan pemimpin kita. Ini lagikan pula kita sah2 ada juga yang tak suka kita, Cuma kita ja yang tak tahu sebab kita takleh nak baca fikiran seseorang. Tapi kenapakah orang tak suka kita ?

Pertama manusia tu masing-masing ada kelemahan dan kelebihan, tiada siapa yang perfact. Mungkin kita buat silap tapi kita yang tak tahu atau mungkin kita tahu kita salah tapi ada sebab-sebab yang membuatkan kita menafikan kenyataan bahawa kita salah. Fahamkah apa yang aku kata..? berbelit2.. Macam aku sendiri pon ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri, walaupon kita berusaha berbuat baik kpd orang tak semestinya orang akan suka. Mungkin ada sesetengah sikap yg orang tak suka pada kita tapi diorang tak bagitahu sebab nak jaga hati kita. Ha… ini la masalahnya manusia, nak menjaga hati orang (^^). Mungkin dari segi percakapan kita, sikap kita dan banyak lagi la yg buat org tu tak suka. Tp masalahnya disini kita tak tahu knp org tu tak suka sebab dia tak bagitahu. Kalau bagitahu sekurang2nya kita boleh betulkan apa yg salah..

Kedua, impresi pertama atau omputih sebut  firts impression. Selalunya impresi pertama yang menyebabkan orang lain tak suka kita. Misalnya.. kita bertemu sorang perempuan ni kat bus stop, pastu kita senyum then dia buat dek jer.. Kita ni apa lagi mula lah buat impresi yang perempuan tu seorang yang sombong. Padahal kita tak tahu yang perempuan tadi dalam bad mood ka ataupon dia tak nampak kita. Sebab tu senyuman tak terbalas..mesti kita geram kan bila  kita senyum tp senyum tak dibalasnya. Sebab impresi pertama ni la buat kita salah faham dgn orang tu dan jadi tak suka orang tu.

Hah…kalau korang apa lagi sebabnya..??

Ok, kesimpulannya disini setiap orang tu masing2 ada kelemahan dan kelebihan. Kita sebagai manusia sentiasalah bersangka baik sesama manusia. Sebab  knp org tu bersikap macam tu dan macam ni tu semuanya bersebab… Dan kita kena belajar cara terima sikap seseorang tu dgn seadanya… mungkin kalau kita nak buat kesimpulan org tu macam itu ke, macam ini ke..eloklah kita kenal dengan lebih dekat dulu dgn org tu.. kan pepatah melayu ada mengatakan “ Tak Kenal Maka Tak Cinta, Bila Dah Kenal?? Jgn tergila2…hehe dan ada orang kata apa yang ada dalam minda kita ni akan menarik benda yang sama yg ada dalam fikiran kira.. misalnya, kalau kita tak sukakan seseorang, secara tidak langsung orang lain pon tidak sukakan kita dan sebaliknya… haha..jadi sentiasalah ada benda2 yg baik2 dalam fikiran kita.. hehe.. 

sampai sini sahaja.. kalau nak tahu bagaimana nak buat orang suka pada kita baca entry ni...bagaimana menjadi orang yg disukai.

1 Budak Sunyi & 3 Budak Bodoh


kalau aku jadik publish laa..
still wondering "eee nak tulis ke bende2 camni.. ada org nak baca ke??"




actually dah lebey sebulan aku terjerumus ke lembah blogging ni..
TAPI!!! aku takde sorang pon follower..
(malu nak ngaku sebenarnye.. tp apesal lak nak malu kan, bukan ade follower pon yg bace)
teringin gak nak ade follower..
bila tengok blogger lain ade follower berduyun-duyun,
aku tak dengki (aku bukan jenis yg camtu ok),
tapi aku terpikir "takde org ke nak kwn ngan aku?? aku ni tak cukup bagus ke??"



Takpe la.. sabar je ok, naqib??
Ko enjoy kan blogging ni?? dapat luahkan pebende je yg ko rase nak citer..
tu yg penting sebenarnye..
lagipon ade gak yg sudi baca n komen2, u should be grateful for that tau!!
dah la baru sebulan, takyah nak kecoh sgt la kan???
imagine klu ade pompuan baru sebulan kenal dah over mintak itu ini
kan buat org menyampah tu..


ok, enough merepek-ing.. HIDUP MESTI HAPPY!! YEAH!!


tadi kan, aku baru jek tengok citer 3 Idiots!!
haha kantoi tengok citer hindustan!!
alaaa so what.. bukannye memalukan mcm lupa zip seluar pon..




citer ni memang dah lamer pon..
aku igt lg time citer ni tgh hot, semua yg dah tengok cakap best..
aku pon sepantas The Flash gi copy..
tp aku tak tengok, aku simpan sbb nak tengok ngan Ibu..
(Ibu aku mmg minat citer2 hindustan pon.. ibu korang mcm mana??)


tp bila aku balik cuti, Ibu dah tengok citer ni kat Astro..
so, aku pon hilang semangat nak tengok..
automatically, berzaman la movie ni duduk diam2 dalam  external hard disc.. 


so tadi la baru aku tengok citer ni..
PEHHH.. TERBAEKKK LAA!!! BEST GILER!!!
dah lamer tak tengok mane2 movie yg ada value of friendship, family, dream, love
as strong as yg ada dlm 3 Idiots ni..


sanggup stay hospital walaupon esok exam bila bapak Raju masuk hospital
kalau jd kat kawan kiter punyer parents, sanggupke kiter???

Farhan ni minat wild-life photography, tp amek engineering sbb bapak dier suruh
aku pon kadang2 wonder "betol ke aku nak jadik doktor??"
actually aku minat & sayang sgt kat haiwan, pernah la terfikir nak jd zoologist
tp kat Malaysia ni ade ke peluang dpt kerja??
kang penat2 aku blaja, last2 tanam anggur jek.. sigh...

Rancho secretly posted hasil kerja Farhan kpd photographer yg Farhan adore
& Farhan dapat tawaran kerja dgn photographer tu

(adoiyai.. baiknyer la kawan mcm ni..)


sambut baby lahir!! (time ni banjir, can't reach the hospital)
baby dah selamat keluar, tp tak nangis lak..
normally kan baby nangis time baru lahir (makin saspen time ni)


at last baby tu nangis gak lps ramai2 sebut "all is well"
TIME NI SEBAK GILER, SERIOUSLY!!!
kalau ada siapa2 yg tak sebak, dia bukan manusia!!!


happy sama2, sedey pon sama2...
best kan kalau macam ni???