Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Jumaat, 26 Julai 2013

aku


 
Selalu tersenyum bukan bermakna hati juga turut tersenyum bahagia. Tapi senyum untuk menutup kedukaan hati. Only Allah know everythings 
Tak susah nak mulakan perubahan yang baik tapi apabila hendak beristiqamah tulah yang memerlukan pengorbanan yang besar. Syurga ganjarannya.
Kalau Mesej boleh dipadam. Gambar pun boleh dipadam. Tapi memori antara kita dgn seseorang yg pernah hadir dlm hidup kita tu mmg susah nak dipadam
Hati perempuan umpama berlian yang berharga dan hanya boleh dimiliki oleh seorang lelaki yang baik,jujur dan sentiasa ada masa untuknya
Kalau aku mampu diputarkan semula perkara menyakitkan, aku berharap ia akan terus berputar ke hadapan, kerana tak sanggup menanggungnya.
Mulut boleh senyum , Hati tetap bersedih , Orang tengok kita happy , Tapi hakikat nya . Hati kita yang menangis :')


Mulut kata benci, mulut kata dah tak sayang, mulut kata nak berpisah, semua apa yg keluar dri mulut tu kena jaga. Jgn sampai menyesal nanti.

Ada prempuan yg suka kat banyak laki...
tapi mesti ada sorang yg dia betul2 suka...
tapi dia cuma suka dan mungkin ada sikit prasaan cinta...
tapi x nak berkapel...
walaupun laki tu tau prempuan tu suka dia...
tapi prempuan tu tetap macam biasa...
suka tapi x nak kapel...
lebih baik berkawan daripada berkapel...

 : prempuan tu adalah aq...itu la diri aq... ^^

Ahad, 21 Julai 2013

kawan makan kawan

Aku tidak menjangka bekas tunang aku menjalinkan hubungan sulit dengan  kawan baik aku sendiri. 
Ini kerana di dalam setiap perhubungan cinta aku, aku sentiasa meletakkan kepercayaan tinggi di dalam hubungan yang dibina demi kebahagiaan kami bersama. 

Namun, Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Berkuasa di atas tiap-tiap satu perkara. Hubungan mereka diketahui sendiri oleh aku kerana perkara itu berlaku di hadapan mata aku sendiri.







Justeru, aku meminta penjelasan dengan nada dan emosi yang cukup terganggu pada masa itu daripada bekas tunang aku dan ternyata mereka memang menjalinkan hubungan sebelum aku bertunang dengannya lagi.


Lantas, perjumpaan di antara keluarga kami diaturkan sendiri oleh aku  dan kami putus tunang secara baik dan beradab, walaupun di hati aku  ini terlalu sedih. 

Tidak dinafikan bahawa aku terlalu kecewa dan terkilan kerana setiap pengorbanan, kasih sayang, kejujuran, keikhlasan dan bimbingan aku hanya sia-sia. 

 hampir seluruh jiwa aku hilang selepas saya gagal dalam pertunangan. Sekarang ini,aku mengalami gangguan psikologi dan emosi yang agak teruk kerana aku pikul ia sendirian. 

aku menangis sendirian apabila aku mengenang saat manis sewaktu bersama si dia. Meskipun ketika itu aku di khalayak ramai, aku tidak segan menangis kerana sangat tertekan.