Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Sabtu, 16 Mac 2013

Jika Dia Bukan Jodohku?

Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9,

“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.
 

DILEMA CINTA TERDAHULU

 Dalam merencanakan kehidupan,pastinya kita tidak akan terlepas daripada perasaan cinta
 dan dicintai sesama insan.Secara logika cinta itu memang indah,perasaan gembira sukar digambarkan apabila seseorang itu berjaya memperolehi cintanya

Tetapi,kegembiraan ini tidak lama,pastinya akan berakhir dengan kekecewaan apabila pasangan itu sudah tidak serasi.Maklumlah orang yang bercinta penuh dengan pancaroba.
Perkara ini,pastinya membuatkan  kita dilema dengan takut untuk menerima cinta baru,selalunya kaum wanita yang merasai ketakutan ini,kerana tidak mahu hatinya dilukai lagi.
Memang tidak dinafikan jika melalui peristiwa hitam ini,kita akan menyalahkan diri sendiri kerana mengalami kekecewaan dalam perhubungan.“Kenapa aku tersalah memilih orang?Kalaulah aku tahu nak jadi macam ni,serius aku tak nak bercinta!!Hakikatnya, kecewa itu sebenarnya sesuatu yang perit dan sukar untuk diterima lebih-lebih lagi orang yang kita pernah sayangi itu kini sedang berbahagia dengan cinta barunya.
Jika telalu mengikut perasaan ini,kita hanya merosakkan diri sendiri dan boleh menjadikan diri kita mengalami kemurungan.Sekaligus menolak untuk bercinta lagi kerana takut dikecewakan untuk kali kedua,ketiga atau yang kesepuluh..ahakss .Renungkan kembali,setiap perhubungan itu tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan mencapai bahagia.
Dari pengalaman gua,apabila diri ini dilukai,gua rasa seolah-olah hati gua tertutup rapat untuk menerima cinta baharu.Sebagai seorang yang matang,gua terpaksa menerima hakikat bahawa setiap insan mempunyai naluri untuk berkongsi perasaan sayang.Sampai bila kan,kita nak menipu diri kita.
Sebenarnya mudah sahaja untuk mengatasi perasaan ini,cer..cuba kita buka minda dan terima perhubungan baru sebagai sesuatu pengalaman berbeza dalam kehidupan kita. Berusahalah mencari kebahagiaan yang kita selalu imiginasikan.Asal niat kita baik,pastinya akan dipermudahkan olehNya
Jangan jadikan kekecewaan yang lalu,sebagai alasan untuk menolak orang yang ingin mengisi ruang hati kita,sedarlah bahawa ramai lagi orang lain yang ikhlas untuk terus bercinta dengan kita. Tetapi janganlah menjadi seseorang yang pentingkan diri sendiri dan menolak cinta tersebut
Pujuk hati kita untuk memberikan ruang dan peluang kepada orang baru supaya kita terus dicintai dan mencapai kebahagiaan yang ingin kita kecapi.
Tolonglah jangan kita sesekali mengenang kisah lama dengan si dia yang pernah mencintai kita, tetapi berikan tumpuan sepenuhnya kepada si dia yang baru hadir dalam dunia kita.Ahakss
Apa yang pasti lakukan sebaik yang mungkin dalam menjadikan diri kita terlalu istimewa dari pandangan si dia.
Walaupun kita pernah dikecewakan,disebalik yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri,dan fikirlah semua insan di dunia ini mampu untuk memiliki kehidupan yang bahagia.Semuanya telah diaturkan hanya kita yang perlu berusaha kearah itu.

 

Kamu Tahu Kamu Jatuh Cinta Dalam Diam Bila.



Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila..

Saat kamu terpandang si dia hati kamu rasa tersentuh. Sesuatu yang kamu tak rasa bila pandang orang lain. Mungkin pada wajahnya kamu nampak sesuatu yang kamu cari selama ini. 

Saat kamu memandang si dia kamu rasa sebenarnya tak nak pandang tempat lain dah tapi tak boleh pandang si dia lama-lama takut terkantoi. hiuhiuhiu..

Saat kamu berada dengan dia kamu ada perasaan yang selesa bila si dia ada berdekatan. Rasa macam, please stay, don't go.

Saat dia berada dengan kamu, kamu hargai setiap saat yang dapat kamu luangkan dengan dia walaupun si dia tak tahu dalam diam kamu ada perasaan terhadapnya.

Saat dia memanggil nama kamu, kamu rasa terkedu sebentar.

Saat dia ketawa, kamu tersenyum sendirian betapa kamu suka dengar gelak tawanya.

Saat mendengar suaranya sahaja mampu membuatkan kamu tersenyum. Eleh suka lah tu sebenarnya kan?

Saat kamu melihat wajahnya suram, gusar,risau, kamu rasa macam nak aje pergi padanya tanya dia ok ke tak. Tapi kamu tak mampu. Kamu hanya mampu berharap dia okey.

Saat kamu tidak dapat melihat dia, kamu rasa tak keruan. Rindu semuanya tentang dia.

Saat kamu tahu kamu tidak begitu rapat dengannya tetapi kamu ada perasaan sayang padanya.

Saat kamu ingin mengetahui tentangnya, kamu stalk hampir semua benda yang kamu boleh stalk tentang dia. Kalau boleh semua benda tentang dia kamu nak tahu. Lepas kamu tahu banyak tentang dia, kamu berlagak seperti tidak tahu apa-apa tentang dia padahal kamu mengagumi dirinya.

Saat kamu tertanya-tanya ada sesiapakah dihatinya? Mungkinkah ada ruang dihatinya untukmu? Mungkinkah?

Saat kamu memandangnya kamu melihat dia mempunyai ciri-ciri untuk menjadi isterimu dan ibu kepada bakal anak-anakmu (jika kamu lelaki dan begitulah sebaliknya jika kamu perempuan)

Jika kamu lelaki, barangkali melihat si dia membuatkan kamu rasa mahu melindunginya. (macam Harris dalam Ombak Rindu. Dialog: izinkan abang jadi pelindung Izzah. T__T  aww~ terharu.)Jika kamu perempuan barangkali melihat si dia membuatkan kamu rasa ingin menjaganya. ececececeeee... so sweet~

Kamu selalu teragak-agak untuk meluahkan isi hati kamu. Jika kamu lelaki, mungkin kamu risau jika perasaanmu ditolak. Jika kamu perempuan mungkin kamu malu giler untuk memulakan langkah pertama.Yelah, sebab macam perigi cari timba kan orang kata.

Kamu risau jika kamu tidak layak untuknya. Kamu mahu mendekatinya tetapi kamu seolah kaku apakah terlalu awal untuk memulakan?

Kamu bagitahu semua rakan yang rapat denganmu dan ahli keluarga kamu siapa yang ada dalam hati kamu tetapi kamu tiada keberanian untuk meluahkan isi hati kamu pada si dia.

Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila membaca entri ni, ada seseorang terlintas di fikiran kamu.

x