Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Jumaat, 11 Januari 2013

tentang perasaan ku

" Nurul.Nah!ada orang bagi nombor" Kawan saya,  amar   hulurkan secebis kertas.
Saya angkat kening. "Siapa?"
Dia angkat bahu "Tak tahu"
Saya pandang je kertas tu.Tak ada hati pun nak ambik.
"Nah la" Kawan saya menggesa lagi.
Saya sambut juga.Pandang sekilas,kemudian campak ke dalam bekas alatan tulisnya.
"Tak naklah aku.Lagipun,aku bukan ada hp pun" Saya meneruskan kerja.
"La..kau ni.Budak kelas XX kot yang bagi.Pandai tu"
Saya senyum,sinis. "Kalau nombor yang aku tak tahu,aku tak nak.Kot2 ada yang nak kenakan aku.Tak naklah!Kau jela ambik.Kacaulah nombor tu" Saya buat muka nakal.

***

Orang bagi nombor telefon.Melalui orang tengah?
Sorry.Saya tak suka dan tak minat langsung,nak ambil tahu.
Budak kelas pandai pulak tu.Nak ke dorang pandang budak kelas bawah ni,orang macam saya pulak tu.
Mimpilah!Saya tak nak ambik pusing pun.Haha.
Saya cuma fikir masa tu,ada orang nak kenakan saya.
Pastu,kawan saya beritahu.Orang yang bagi nombor tu..
Orang yang pernah gaduh ngan saya dan terjadilah sesi luat-meluat.Haha.
Dulu la..dia selalu cari gaduh.Geram.
Tapi,dah dua tahun berpisah kelas.Mungkin.Saya tak ingat.
Dia kata,kawan dia yang bagi.
Sebab tu saya  tak nak.Lagipun,malas nak layan orang yang tak kenal.

Dan beberapa hari kemudian,
Kawan saya cakap.Dia dah tahu siapa punya nombor.
Hm..Rupanya...
Orang yang bagi nombor tu la.Siapa lagi.
Kata kawan yang suruh bagi,tapi rupanya dia.
Perasaan saya masa tu?
Agak terkejut.Tapi,saya tak nampak apa-apa pun.Perasaan?Kosong.Haha.

Saya sebenarnya tak suka letak apa-apa harapan.
Pada sesiapa yang meminta.Lagi-lagi dengan cara begini.
So,saya anggap dia main-main jela.Sekadar gurauan.
Pastu,kawan saya ni selalu usik saya.
Selagi saya tak bulatkan mata,selagi tu,suka sangat...kacau saya.
Selalu pulak tu beritahu kalau dia tu lalu tepi kelas.

 ..saya cuma takut-takut.
Dari tak ada apa-apa perasaan,saya jatuh suka.
Saya tak nak.Serius.
Yang saya perasan,dia selalu pandang saya,kalau duduk kat kantin or saya lalu tepi dia.
Tapi,biasalah saya.Selamba je.
Pandang tak pandang. "Ada aku kisah?" ^^

Sebab tu,saya selalu cakap pada hati.
"Jangan beri sesiapa masuk selagi ALLAH tak beri tandanya.Faham?"
Takut pulak hati saya ni ingkar.Dia selalu tau,degil! :D
Setakat ni,saya dah banyak kali tendang perasaan yang tak diingini keluar dari hati.
Hati saya la ni,sesuka hati izinkan perasaan2 ni masuk.Dah la masuk tak ketuk pintu.Haha.

Sekarang.Hati saya.Cuma ALLAH dan Rasul sebagai yang tertinggi.Cinta saya kepada mereka.Harap hanya ALLAH dan Rasul di hati diikuti dengan cinta kepada mak dan ayah.Yang lain-lain,saya tolak tepi.Tak sesekali buang,cuma tolak tepi seketika.Cuma seketika.

Dalam alam realiti ni.Kita berhadapan dengan kenyataan.
Dan kita tahu,perasaan yang mahu dinyatakan.Hanya melalui pandangan mata.
Aiyy..tapi,setakat ni.Saya memang takde jatuhkan hati saya kat mana-mana.
Saya dah kuncikan dan simpan kuncinya kat satu tempat.
Siapa cepat,dia dapat la ye? XD

Sungguh.Saya memang tak pernah letakkan apa-apa harapan pada sesiapa yang meminta.Sama ada di alam realiti atau maya.

Cakap pasal alam maya.Saya selalu gelak.Gelakkan diri sendiri sebenarnya.
Saya pelik.Kenapa..orang mudah jatuh cinta dengan kata-kata.
Mereka nampak status tu berbunga-bunga,mula jatuh,jatuh dan jatuh.
Kelakar.Cinta apa tanpa kenal siapa di balik 'selendang' itu kan?