Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Sabtu, 4 Mei 2013

Dalam Perjalanan Mencari Cinta..


Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu..."

- Pasha feat Adelia -

Dalam perjalanan mencari cinta...
Mungkin saja kita akan diduga...
Adakah kita pencinta yang setia...
Atau pencinta yang hanya bermain dengan kata-kata...

Jika bukan kita yang mendua...
Mungkin si dia yang kurang percaya...
Lantas hati yang satu mula bergelora...
Masih adakah sinar pada bahagia...?
Walau apapun yang datang dalam perjalanan cinta...

Moga disatukan dua jiwa...
Bersama-sama menjalin rasa...
Hingga ke akhir hayat yang ada...
Bercinta sampai syurga...

*****

Buat sahabat-sahabat yang baru sahaja mendirikan masjid...

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair!

Aku Pencinta Yang Gila




Aku pencinta yang gila
Kadang wajah ketara ceria
Kerana hati rasa bahagia
Akan indahnya bila dicinta

Aku pencinta yang gila
Kadang wajah bermuram durja
Kerana hati sedang berduka
Akan rasa dibuang cinta

Aku pencinta yang gila
Satu masa riang ketawa
Sesaat tersenyum kerana cinta
Satu detik menangis meratap hiba

Aku pencinta yang gila
Kadang berteman madah pujangga
Selalu di bibir diiringi doa
Kerana mahu mengecap bahagia

Aku pencinta yang gila
Selalu saja bertukar rupa
Tidak menentu bayang di kepala
Rasa di hati terbawa-bawa

Aku pencinta yang gila
Mungkin sampai bila-bila
Dunia rasa terus diteroka
Kerana aku pencinta gila


P/S: Entah bagaimana puisi ini tercetus, tidak pasti dari mana ilham itu datang, tapi itulah hakikatnya cinta. Cinta membuatkan manusia gila. Kadang menangis, kadang ketawa. Satu saat bagaikan sudah putus asa, satu saat bagaikan menyinar cahaya, penuh harapan mahu mencapai redha. Yang pasti, cinta itu anugerah Allah untuk manusia.

Kenapa Awak Cintakan Saya?


Cinta...

Kenapa kita menyintai? Apa yang menyebabkan kita cinta pada seseorang? Apa yang ada pada orang yang kita cintai hingga kita jatuh cinta?

Sayang...
Kenapa kita menyayangi? Apa yang menyebabkan kita sayang pada seseorang? Apa yang ada pada orang yang kita sayangi hinggi kita jatuh sayang?

Kadang-kadang soalan ini ditanya kepada kita oleh insan-insan tersayang di sekeliling kita. Dan kadang-kadang kita juga mahukan jawapan kepada soalan-soalan ini daripada orang-orang yang mengasihi kita.

"Awak, saya nak awak kawan dengan saya!"

"Kenapa?"

"Sebab saya tahu awak akan jatuh cinta pada saya!"

Cukup sampai situ. Tiada soalan kenapa dia akan jatuh cinta. Dan tiada jawapan kepada kenapa dia akan jatuh cinta. Pernahkah ada satu detik di mana kamu tertanya-tanya, kenapa kamu menyayangi insan-insan di sekeliling kamu dan kamu tidak ketemu jawapan kepada soalan itu? Bersungguh-sungguh kamu mencari jawapan kepada soalan yang bermain-main dalam fikiran kamu, bimbang nanti bila ditanya, kamu tidak punya jawapan yang tepat.

Namun, kosong...

Tiada.

Masih juga tiada kata yang benar-benar boleh menjawab persoalan di kotak fikir.

Cukuplah bertanya kepada diri.

Kerana kadang-kadang, cinta tidak memerlukan sebab...

Cinta Itu Perlu Pada Harapan...


Benarkah pandangan orang bahawa cintailah seseorang tanpa perlu mengharapkan balasan?

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.. [Angah Jiwa]

Pada saya, cinta itu perlu akan harapan untuk dibalas kembali... Kerana kita berbuat baik adalah supaya orang lain berbuat baik pada kita... Kita sedia membantu supaya orang lain juga sedia membantu kita... Kita menyayangi kerana mahu orang lain juga menyayangi kita... Bahkan pula bila mencintai...

Dan kita mencintai Allah kerana mengharapkan Allah mencintai kita dengan segala nikmat dan keredhaanNya...

Tiada yang melakukan semua itu kerana mengharapkan sebaliknya...

Maka tidak salah untuk mencintai kerana mengharap untuk dicintai...

Cumanya... Sebagai manusia kita kena sedar, hakikatnya manusia tidak semuanya adil dengan hukum kasih sayang sesama manusia... Yang nyata Maha Adil itu hanya Allah s.w.t...

Maka serahkan cinta kepada Allah... Dia tidak akan mensia-siakan cinta kita...

Wallahua'lam...

#itulah cinta...kompleks bukan? :)


P/S: Ya, kita kena ikhlas, namun yang Maha Mengetahui akan keikhlasan kita hanyalah Allah s.w.t.

Maafkan Aku Kerana Tidak Boleh Terima Kamu...



Dalam ruang maya yang begitu luas, kita ditakdirkan untuk bertemu dan mengenali. Masa yang merangkak perlahan menyaksikan hati-hati kita semakin mendekat hingga setiap saat mulut aku menyebut namamu di depan teman-teman. Jarak hati yang begitu rapat kadang-kadang menghadirkan satu rasa yang tidak mampu aku gambarkan.

Kerana diri kamu yang begitu peduli dan mengambil berat akan aku, semakin lama aku rasa hidup ini semakin indah dengan adanya kamu. Kamu menjadikan hari-hari yang aku lalui lebih ceria dan bermakna. Dan setiap detik yang aku lalui, seakan-akan tidak boleh untuk aku lupa akan kamu. Bayanganmu sentiasa ada dalam fikiranku dengan setiap perkara yang pernah kita lalui bersama-sama.

Hingga tiba satu saat, aku lihat kamu melayan aku lebih dari teman-teman yang lain di sisimu. Kadang-kadang aku katakan pada diri, itu hanya perasaanku saja, kerana mana mungkin kamu cintai aku yang sudah lama menjadi temanmu. Lalu aku buat seperti biasa dan melayanmu seperti biasa juga sebagaimana teman-teman lain.

Tapi kamu sepertinya lebih kuat berusaha untuk menunjukkan rasa. Lewat malam itu kamu luahkan kisah hati yang telah lama kamu pendamkan. Ya, tentunya aku rasa bahagia kerana kamu menyayangiku. Aku rasa bahagia sekali kerana disayangi oleh kamu yang telah lama aku kenali. Terima kasih kamu kerana buat aku rasa dihargai.

Namun temanku...

Aku terlebih dahulu meminta maaf kepadamu. Hati aku ini telah dimiliki hingga aku tidak mampu lagi untuk menerima kamu. Nyatanya aku sedang belajar untuk setia dan percaya kepada Dia yang memiliki hatiku. Maafkan aku kerana terpaksa aku kembalikan cinta yang kau hulurkan kepadaku. Namun aku pinta kepada kamu agar tidak bersedih dan berputus harap, kerana aku percaya ada yang lebih baik dariku untukmu.

Kerana kamu teman terbaikku, akan aku sentiasa doakan kamu temui kebahagiaan itu...

***

Ok...Ini percubaan buat entri jiwa-jiwa. Takde kaitan dengan Jeneral SSS.com! Gulppp! Macam tak best aje. Sebab takde pengalaman sangattttt. Hahaha! Encik Angah! Jangan gelak ok!

P/S:
 Haishh...susah jugak nak buat entri macam ni ye angah? Patutlah angah amek masa berhari-hari nak buat!

Kamu Yang Aku Tinggalkan...


Wahai kamu...

Aku akui aku tidak pernah mengambil tahu akan perasaan kamu yang semakin menyepi. Kamu yang aku rasakan semakin menjauh pada satu kisah perjalanan yang bernama kehidupan. Entah kenapa aku rasakan kerenggangan itu yang sedang berlaku. Berlaku pada hati-hati kita biarpun kamu dan aku hakikatnya sentiasa dekat.

Hari ini...

Malam ini...

Aku tercuit akan satu rasa yang mahu memanggil kamu kembali kepadaku. Kembali berdiri disampingku dan terus berjalan ke hadapan bersama-sama denganku. Tidak sesekali aku mahu kamu pergi lagi, walau aku keliru akukah yang meninggalkan atau aku yang ditinggalkan. Kerana kadang-kadang kamu datang menghampiriku apabila hatiku diuji Tuhan, dan kamu menghilang setelah aku berhasil kamu bahagiakan.

Kamu...

Kembalilah kepada aku yang memerlukan kamu dalam hidupku. Tanpa kamu, tidak mungkin aku berada di sini hari ini. Tanpa kamu, aku tahu aku tidak mampu bangun kembali bila aku terjatuh dek tersadung batu ujian. Tanpa kamu yang terlalu aku rindui, aku dapat rasakan hidup ini ada lompang yang tidak terisi walaupun hari-hariku penuh dengan gelak tawa dari teman-teman.

Kamu yang aku tinggalkan...

Hari ini aku panggil kamu kembali...

Kembalilah...

Wahai diriku yang dulu...


Tuhan... Kalau Aku Mati...



Tuhan...

Kalau Kau takdirkan aku mati muda...

Janganlah kematianku nanti menimbulkan kesal pada orang-orang yang aku tinggalkan...


dan


Tuhan...

Kalau Kau takdirkan aku mati tua...

Janganlah kematianku nanti menyusahkan orang-orang di sekelilingku...


- kerana mati itu adalah satu peringatan -



Jumaat, 3 Mei 2013

20 Ciri-ciri lelaki idaman WANITA


  1. Bertanggungjawab - Perkara utama yang menjadi keutamaan bagi wanita adalah bertanggungjawab. Ianya menjadi perkara asas dalam hubungan lelaki-wanita yang mampu memikat hati wanita kerana sifat anda itu.
  2. Bersikap terbuka - Bersikap terbuka bukan bererti anda merelakan mereka bergaul bebas dengan lelaki lain tetapi bersikap terbuka dalam menerima pandangannya dan cadangannya menjadi anda bersikap seperti "profesional".
  3. Jangan bersikap terlalu berahsia - Wanita mengharapkan lelaki yang dimilikinya tidak menyimpan terlalu banyak rahsia. Baginya apabila mereka sudah memiliki kamu, maka kamu adalah milik kamu sepenuhnya dan rahsia kamu bukan menjadi rahsia lagi.
  4. Jujur - Sifat biasa yang dikehendaki oleh setiap orang adalah jujur. Jujur pada setiap tindakan dan tingkahlaku walaupun kamu berjauhan darinya.
  5. Baik Hati - Baik hati adalah perkara biasa yang kita dengari dan menjadi syarat kebiasaannya bakal "mak mertua". Sifat baik hati akan menjelaskan segala-galanya tentang diri kamu yang sebenar dan ia menutup sifat hipokrit yang ada pada kamu.
  6. Bukan Seorang yang panas baran - Tentunya lelaki jenis ini amat dibenci oleh wanita kerana mereka perlukan seorang yang mampu membuatnya selamat dan tenang dan bukannya seorang yang paling mengancam nyawanya.
  7. Penyayang - Sifat penyanyang membuatnya mereka selesa ketika bersama kamu dan jaminan kamu akan menyayangi bakal anak-anak kamu. Tetapi awas jangan tunjuk sifat penyayang kamu secara berlebihan kerana ia akan membuatkan kamu dilabel seorang yang gatal!
  8. Prihatin - Memiliki sifat prihatin membuatkan kamu sentiasa mengambil tahu tentang dirinya. Ianya membuat kamu sering memenangi "First Man Win" kerana kamu sentiasa menjadi lelaki pertama yang menghulurkan bantuan kepadanya.
  9. Tidak Sombong/Tidak angkuh - Kelebihan yang ada pada kamu adalah anugerah dan jika kamu sentiasa mengharap pujian sehingga menimbulkan perasaan angkuh dan bongkak menjadikan kamu seorang pantang dipuji. Berhemah dalam menerima pujian pastinya kamu dianggap merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki oleh kamu.
  10. Beriman - Sifat yang paling penting bagi seorang lelaki terutamanya bagi orang muslim adalah beriman. Ciri-ciri ini memuatkan lelaki dipandang tinggi, dihormati dan lelaki soleh paling dikehendaki.
  11. Menghiburkan - Berlawak jenaka dan memiliki sifat melucukan membuat kamu sentiasa membuatnya ketawa. Setiap kali bersama kamu suasana pasti ceria dan ia akan membuatkan kamu sentiasa diingati.
  12. Bukan Mata Keranjang - Lelaki bermata keranjang membuatkan wanita tidak selesa. Kedudukannya terancam walaupun kadangkala bukan niat kamu sebenarnya. Melihat wanita lain membuatkan mereka merasakan mereka bukan pilihan terbaik kamu.
  13. Bukan Playboy - Tentunya ciri-ciri yang dimahukan oleh wanita adalah bukan jenis kasanova dan playboy. . Jika anda mempunyai sifat playboy kamu akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka bakal dimadukan kelak.
  14. Dapat menerima kritikan - Sekiranya kamu membuat kesalahan mereka mengharapkan kamu bersedia menerima teguran dan kritikan untuk kamu membetulkan segala kesalahan kamu. Jangan ego dan angkuh dengan kesilapan kamu.
  15. Terima Pasangan Seadanya - Menerima mereka seadanya walaupun kurang dan lebihnya mereka adalah jalan terakhir untuk kamu dipilih sebagai calon suaminya.
  16. Hormat Ibubapa dan keluarga - Sebelum kamu melamarnya, kamu perlu berjumpa kedua ibubapanya dan disitulah kamu diuji sebelum mereka meluluskan bahawa kamu calon menantu pilihannya. Baginya jika kamu memilikinya maka kamu perlu menerima kehadiran kedua ibubapanya dalam hidup kamu.
  17. Rajin - Sifat yang menambahkan kualiti kamu adalah sifat rajin. Jika kamu jenis yang suka membantu maka sedikit sebanyak kamu akan mendapat kredit daripada orang-orang disekelilingnya. Tentunya reputasi kamu akan meningkat.
  18. Berjiwa Lembut - Berjiwa lembut bukan bermakna anda perlu berpewatakan lembut. Memiliki jiwa yang lembut membuatkan kamu lebih memahami, menyayangi, mengasihi dan sebagainya.
  19. Menjadi pendidik yang bagus - Jika anda mampu membawa perubahan kepadanya kearah yang lebih baik maka anda juga mendapat tempat untuk menjadi suami dihatinya. Baginya suami adalah pendidik, pembimbing kepada isterinya. Apabila mereka mula serius dengan anda, tentunya pilihan No.19 menjadi amat penting.
  20. Tak "Handsome" pun tidak mengapa - Baginya rupa paras bukan menjadi keutamaan sekiranya anda memiliki 19 ciri-ciri diatas anda tetap akan menjadi pilihannya. Bak kata pepatah "Rasa sedap durian bukan dari bentuk kulitnya tetapi isinya yang ranum".

Skodeng2 Tarikh Lahir & Pasangan Mane Yg Sesuai?? Ko Hade??


Acoooo.... Master Chef habis sudeh... ha ha ha "Ko Hade?" kekal di dalam carta... keh keh keh (walaupun aku x le minat kat Si Azwan ni, tapi frankly sebab dia la aku nak tengok rancangan Master Chef) sebab lawak dia buat aku rasa macam nak terjun tiruk dalam lombong ha ha ha... Ni sambil nonton MC sambil tangan merayap-rayap mencari "sesuatu" untuk entri malam ni... 

Finally... TADA!!! I found one. Tapi... ada tapi ye... ini hanyalah kajian... somempercayainya 100% tidak digalakkan... But this is sumthing interesting la jugak kan... ok apa yang korang akan baca di bawah ni, adalah kajian peribadi korang mengikut tarikh lahir (bukan bulan). Dan pasangan yan mana sesuai untuk korang... sesuai ke?? keh keh keh...


Pada yang tak faham meh aku bagi contoh:

Ini Tarikh Lahir PPP: 12.12.1970 - Haku ni bukan cam orang len nak berahsia-rahsia umur bagai kan?? Ha amek ko tarikh penuh aku bagi sekali... ko hade?? Ha ha ah (Kiraan dibuat dari tarikh hari lahir yg bold kat atas tu, bukan bulan ya, tarikh paling depan) so bawah ni keputusan untuk orang yang berada di dalam kategori no 3).

Lahir pada tanggal 03, 12, 21, dan 30 = 03
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no 6 dan 9.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lahir pada tanggal 01, 10, 19, dan 28 = 01
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no 4, 6 dan 8.


Lahir pada tanggal 02, 11, 20, dan 29 = 02
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang. Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no 2, 5 dan 9.

Lahir pada tanggal 03, 12, 21, dan 30 = 03
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no 6 dan 9.


Lahir pada tanggal 04, 13, 22, dan 31 = 04
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no 1 dan 8.

Lahir pada tanggal 05, 14 dan 23 = 05
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no 1 , 2 dan 9.

Lahir pada tanggal 06, 15 dan 24 = 06
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no 1, 3 dan 9.


Lahir pada tanggal 07, 16 dan 25 = 07
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no 2.

Lahir pada tanggal 08, 17 dan 26 = 08

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no 1 dan 4.

Lahir pada tanggal 09, 18 dan 27 = 09
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no 3, 5 dan 6.

kisah seram seorang kaki pancing






Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.
Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.
Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.
tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.
Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.
Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.
Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.
Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.
hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.
Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya…

Selasa, 30 April 2013

Marry me








Boy: Marry me.?.
Girl: Do you have a house.?.
Boy: No...
Girl: Do you have a BMW car.?.
Boy: No...
Girl: How much is your salary.?.
Boy: No salary...but...
Girl: No but...You have nothing...How can I marry you.?.Just leave me, please!!!...
Boy: *talking to himself* I have one VILLA, 3 PROPERTY LANDS, 3 FERRARI, 2 PORSCHE...Why I still need to buy BMW?!.How can I get the salary when actually I'm the BOSS.?.

Kalau bercinta,

 jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas♥

Bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut... exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas ♥

So, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas,.. kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.

nak mudah? tak perlu couple2 ni. kahwin terus je senang. itu lagi baik :)

mencari di mana kesilapan

 

Isnin, 29 April 2013

hari2 yang sedih









aku tak tahu nak buat apa melainkan berdiam diri sahaja.aku tak tahu macam mana nak marah orang kalau aku marah orang teruk jadinya,kalau dah pinjam barang orang pandai lah simpan balik ini x dah buat hilang boleh pulak dia buat tak tahu geram nya aku.aku rasa macam nak berhenti je kolej benci gila kot dapat kawan dengan dia..
aku dah bosan dengan semua ini aku tak tahu kenapa semua orang benci kan aku kenapa semua orang tak suka kan aku apa salah aku kan bagus kalau aku ikut aruah opah aku.tak ada lah aku menyusahkan orang.....
kalau lah dipilihan aku nak pegi untuk selalama-lamanya bukan aku tak bersyukur dengan apa yang ada aku cuma sedih sangat dengan kehidupan aku yang sekarang ini.kenapa aku tak pernah dapat sedikit pun kebahagian macam orang lain.
tak seorang pun yang faham perasan aku.aku benci pada diri aku sendiri kenapa semua orang  jauhkan diri dari aku apa salah aku.sedihnya.
bila susah tahu pulak nak cari aku.aku tahu aku ini bodoh dan tak pandai macam orang lain tapi jangan lah budak aku ini macam patun yang tak bernyawa...
mungkin bagus kalau aku hilang ingat tak,aku boleh lupakan segala masalah yang akan datang



KETAHUI 7 NAFSU GADIS DENGAN MELIHAT CARA BERJALAN!


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.
Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam

Ahad, 28 April 2013

Jiwa jiwa keseorangan


manusia tidak suka keseorangan . walaupun pada akhir usianya , kita pasti akan keseorangan . ya , satu hari nanti . dan tatkala kita yang masih hidup ini dalam komuniti yang penuh ragam , jiwa kita yang meriah pasti akan disampuk dengan keseorangan .


jiwa keseorangan di sini bukanlah mahu kata tidak berteman . tidak berkeluarga . tidak berpunya . tidak beranak . segalanya cukup . tapi , adakalanya situasi-situasi yang tuhan berikan kepada kita , buat kita rasa keseorangan .


ada seorang pelajar yang mendapat gred 'D' , akan rasa malu-malu . merendah diri dalam kelas yang majoritinya bijak-bijak belaka . dan situasi itu buatkan dia betul-betul rasa terpinggir . dialah yang paling berbeza . beza bukan yang mendapat untung . tapi , lebih kepada rugi .


dia keseorangan . bujang yang di tengah-tengah masyarakat yang sudah berkahwin dengan nikmat .

namun , tatkala dia keseorangan . dia yang masih diasak dengan pertanyaan oleh rakan-rakan hebat yang lain , di sudut ruang bilik darjah itu . dia dapat menghidu aura 'keseorangan' . milik lelaki yang songkoknya boleh dibuat boomerang .

dan apabila jiwa keseorangan itu bergabung , dua nasib dapat dikongsi . derita sama dapat dirasa . takdir dapat juga ditelan walaupun pahit . kenapa?

kerna menemui insan yang sama memahami betapa peritnya ujian .

' hang dapat serupa ngan aku ke ? '

' haishh diam-diam sudah . '

*high five .

cerita dua budak laki laki itu riuh kerna isi kelas sudah pun surut . ke kantin rasanya .

sedikit perkongsian yang aku nak cuba coret di sini berkenaan dengan salah satu surah yang buat rambut nabi Muhammad sehingga beruban , iaitu surah Hud .

jadi , duduk . bertenang . sambil lepak-lepak santai itu , moleklah kita sama-sama membuka al-Quran . lebih bagus kita buka yang terjemahan . lihat surah Hud . muka surat yang ke 221 .
 positif .

tika kita mula rasa keseorangan , pasti ada lagi jiwa-jiwa yang menerima nasib sama dengan kita . cuma , belum diketemukan oleh tuhan . apabila bisa diketemukan , pasti kita rasa senang . seperti cerita dua budak laki laki yang berkongsi gred yang sama .

namun jika belum diizinkan diketemukan maka biarlah kita kuatkan keyakinan yang jiwa-jiwa itu juga yakin akan kehadiran kita yang punya nasib yang sama .

jiwa-jiwa yang diuji untuk naik ke satu lagi .

Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.