Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Sabtu, 4 Mei 2013

Aku Pencinta Yang Gila




Aku pencinta yang gila
Kadang wajah ketara ceria
Kerana hati rasa bahagia
Akan indahnya bila dicinta

Aku pencinta yang gila
Kadang wajah bermuram durja
Kerana hati sedang berduka
Akan rasa dibuang cinta

Aku pencinta yang gila
Satu masa riang ketawa
Sesaat tersenyum kerana cinta
Satu detik menangis meratap hiba

Aku pencinta yang gila
Kadang berteman madah pujangga
Selalu di bibir diiringi doa
Kerana mahu mengecap bahagia

Aku pencinta yang gila
Selalu saja bertukar rupa
Tidak menentu bayang di kepala
Rasa di hati terbawa-bawa

Aku pencinta yang gila
Mungkin sampai bila-bila
Dunia rasa terus diteroka
Kerana aku pencinta gila


P/S: Entah bagaimana puisi ini tercetus, tidak pasti dari mana ilham itu datang, tapi itulah hakikatnya cinta. Cinta membuatkan manusia gila. Kadang menangis, kadang ketawa. Satu saat bagaikan sudah putus asa, satu saat bagaikan menyinar cahaya, penuh harapan mahu mencapai redha. Yang pasti, cinta itu anugerah Allah untuk manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan