Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Sabtu, 4 Mei 2013

Cinta Itu Perlu Pada Harapan...


Benarkah pandangan orang bahawa cintailah seseorang tanpa perlu mengharapkan balasan?

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.. [Angah Jiwa]

Pada saya, cinta itu perlu akan harapan untuk dibalas kembali... Kerana kita berbuat baik adalah supaya orang lain berbuat baik pada kita... Kita sedia membantu supaya orang lain juga sedia membantu kita... Kita menyayangi kerana mahu orang lain juga menyayangi kita... Bahkan pula bila mencintai...

Dan kita mencintai Allah kerana mengharapkan Allah mencintai kita dengan segala nikmat dan keredhaanNya...

Tiada yang melakukan semua itu kerana mengharapkan sebaliknya...

Maka tidak salah untuk mencintai kerana mengharap untuk dicintai...

Cumanya... Sebagai manusia kita kena sedar, hakikatnya manusia tidak semuanya adil dengan hukum kasih sayang sesama manusia... Yang nyata Maha Adil itu hanya Allah s.w.t...

Maka serahkan cinta kepada Allah... Dia tidak akan mensia-siakan cinta kita...

Wallahua'lam...

#itulah cinta...kompleks bukan? :)


P/S: Ya, kita kena ikhlas, namun yang Maha Mengetahui akan keikhlasan kita hanyalah Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan