Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Sabtu, 4 Mei 2013

Maafkan Aku Kerana Tidak Boleh Terima Kamu...



Dalam ruang maya yang begitu luas, kita ditakdirkan untuk bertemu dan mengenali. Masa yang merangkak perlahan menyaksikan hati-hati kita semakin mendekat hingga setiap saat mulut aku menyebut namamu di depan teman-teman. Jarak hati yang begitu rapat kadang-kadang menghadirkan satu rasa yang tidak mampu aku gambarkan.

Kerana diri kamu yang begitu peduli dan mengambil berat akan aku, semakin lama aku rasa hidup ini semakin indah dengan adanya kamu. Kamu menjadikan hari-hari yang aku lalui lebih ceria dan bermakna. Dan setiap detik yang aku lalui, seakan-akan tidak boleh untuk aku lupa akan kamu. Bayanganmu sentiasa ada dalam fikiranku dengan setiap perkara yang pernah kita lalui bersama-sama.

Hingga tiba satu saat, aku lihat kamu melayan aku lebih dari teman-teman yang lain di sisimu. Kadang-kadang aku katakan pada diri, itu hanya perasaanku saja, kerana mana mungkin kamu cintai aku yang sudah lama menjadi temanmu. Lalu aku buat seperti biasa dan melayanmu seperti biasa juga sebagaimana teman-teman lain.

Tapi kamu sepertinya lebih kuat berusaha untuk menunjukkan rasa. Lewat malam itu kamu luahkan kisah hati yang telah lama kamu pendamkan. Ya, tentunya aku rasa bahagia kerana kamu menyayangiku. Aku rasa bahagia sekali kerana disayangi oleh kamu yang telah lama aku kenali. Terima kasih kamu kerana buat aku rasa dihargai.

Namun temanku...

Aku terlebih dahulu meminta maaf kepadamu. Hati aku ini telah dimiliki hingga aku tidak mampu lagi untuk menerima kamu. Nyatanya aku sedang belajar untuk setia dan percaya kepada Dia yang memiliki hatiku. Maafkan aku kerana terpaksa aku kembalikan cinta yang kau hulurkan kepadaku. Namun aku pinta kepada kamu agar tidak bersedih dan berputus harap, kerana aku percaya ada yang lebih baik dariku untukmu.

Kerana kamu teman terbaikku, akan aku sentiasa doakan kamu temui kebahagiaan itu...

***

Ok...Ini percubaan buat entri jiwa-jiwa. Takde kaitan dengan Jeneral SSS.com! Gulppp! Macam tak best aje. Sebab takde pengalaman sangattttt. Hahaha! Encik Angah! Jangan gelak ok!

P/S:
 Haishh...susah jugak nak buat entri macam ni ye angah? Patutlah angah amek masa berhari-hari nak buat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan