Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Sabtu, 4 Mei 2013

Kamu Yang Aku Tinggalkan...


Wahai kamu...

Aku akui aku tidak pernah mengambil tahu akan perasaan kamu yang semakin menyepi. Kamu yang aku rasakan semakin menjauh pada satu kisah perjalanan yang bernama kehidupan. Entah kenapa aku rasakan kerenggangan itu yang sedang berlaku. Berlaku pada hati-hati kita biarpun kamu dan aku hakikatnya sentiasa dekat.

Hari ini...

Malam ini...

Aku tercuit akan satu rasa yang mahu memanggil kamu kembali kepadaku. Kembali berdiri disampingku dan terus berjalan ke hadapan bersama-sama denganku. Tidak sesekali aku mahu kamu pergi lagi, walau aku keliru akukah yang meninggalkan atau aku yang ditinggalkan. Kerana kadang-kadang kamu datang menghampiriku apabila hatiku diuji Tuhan, dan kamu menghilang setelah aku berhasil kamu bahagiakan.

Kamu...

Kembalilah kepada aku yang memerlukan kamu dalam hidupku. Tanpa kamu, tidak mungkin aku berada di sini hari ini. Tanpa kamu, aku tahu aku tidak mampu bangun kembali bila aku terjatuh dek tersadung batu ujian. Tanpa kamu yang terlalu aku rindui, aku dapat rasakan hidup ini ada lompang yang tidak terisi walaupun hari-hariku penuh dengan gelak tawa dari teman-teman.

Kamu yang aku tinggalkan...

Hari ini aku panggil kamu kembali...

Kembalilah...

Wahai diriku yang dulu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan