Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Khamis, 3 Januari 2013

kptm ipoh



Assalammualaikum .

Sekarang aku tengah berada di cafe yang terletak dalam KTM Ipoh. Sedang menanti train aku pukul 7 malam. Sekarang baru pukul 4.30 petang. So kena tunggu lagi 2 jam setengah. Aku nak balik rumah sebab mak aku tak berapa nak sihat. Haih hati anak mana yang tak tenang bila dapat tahu mak kandung kesayangan sedang sakit. 

Mula mula aku ingat nak naik bas Pluslienar dekat bandar U yang dekat Sri Iskandar ni. Tapi kau bayangkan semua bas nak ke KL semua PENUH. pelik betul aku ! Cuti dah habis dah kot, asal ada yang naik balik KL lagi. Ish. Yang ada just pukul 745 malam. So di sebabkan aku nak balik cepat juga, aku terus naik bas General tanpa berfikir panjang dan buang segala sifat penakut dan isikan dengan sifat berani dan bersorak dalam hati macam ini ' AGI IDUP AGI NGELABAN ' ! Ayat tu juga aku guna waktu pra-induksi time part 2 dulu. hehe. Sampai je dekat Medan Kid ( betul ke ejaan ni ? lantak pi lah ) , terus aku tengok banyak gila manusia dari macam macam rupa. Seram juga aku. Aku tengok banyak gila bas sampai taktahu mana satu bas nak ke KL. Bas pula macam dah tua. Takut aku nak naik.Aku terus buat keputusan nak balik naik train ETS. Tiba tiba aku nampak banyak gila teksi beratur. Aku terus pilih teksi paling berkilat sebab nak samakan dengan muka aku yang dah berkilat akibat berminyak dan berpeluh ni -_-" Tapi last last uncle teksi tu suruh aku pergi dekat teksi buruk tu. Dush ! 

Aku : Uncle saya nak ke KTM Ipoh boleh ?
Uncle Teksi : Oh boleh.
Aku : Berapa ringgit eh ?
Uncle Teksi : Rm 10. 
Aku: errr.mahalnya *dalam hati* hurm boleh lah uncle.

Last last aku tengok dekat gila je sebenarnya medan kid tu dengan KTM Ipoh tu. Gila penipu uncle teksi tu nak ambil duit aku banyak banyak ! Geram gila aku ! Rasa macam nak cucuk je tayar kereta teksi tu guna jarum peniti shawl aku ni. Hergh.

Dan sekarang tiba tiba aku menyesal kenapa lah aku tak tunggu je bas dekat bandar U yang pukul 7 tu. sebab train dekat Ipoh ni pun lebih kurang sama je jam dia. Haish ni lah dinamakan sifat terburu buru budak Mira ni ha. Terpaksa lah aku menempek dekat cafe sini sambil minum air neslick yang sumpah tak sedap. Ye lah, aku mana lah tahu air Nestlick tu apa. Aku main order je lah. Alih alih tengok tu air Nescafe + Horlick. Aku dah lah anti gila dengan air Horlick ni. Memang pangkah besar besar aa air horlick ni aku cakap. Bukan taste aku. yucks. haha.