Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Ahad, 21 Julai 2013

kawan makan kawan

Aku tidak menjangka bekas tunang aku menjalinkan hubungan sulit dengan  kawan baik aku sendiri. 
Ini kerana di dalam setiap perhubungan cinta aku, aku sentiasa meletakkan kepercayaan tinggi di dalam hubungan yang dibina demi kebahagiaan kami bersama. 

Namun, Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Berkuasa di atas tiap-tiap satu perkara. Hubungan mereka diketahui sendiri oleh aku kerana perkara itu berlaku di hadapan mata aku sendiri.







Justeru, aku meminta penjelasan dengan nada dan emosi yang cukup terganggu pada masa itu daripada bekas tunang aku dan ternyata mereka memang menjalinkan hubungan sebelum aku bertunang dengannya lagi.


Lantas, perjumpaan di antara keluarga kami diaturkan sendiri oleh aku  dan kami putus tunang secara baik dan beradab, walaupun di hati aku  ini terlalu sedih. 

Tidak dinafikan bahawa aku terlalu kecewa dan terkilan kerana setiap pengorbanan, kasih sayang, kejujuran, keikhlasan dan bimbingan aku hanya sia-sia. 

 hampir seluruh jiwa aku hilang selepas saya gagal dalam pertunangan. Sekarang ini,aku mengalami gangguan psikologi dan emosi yang agak teruk kerana aku pikul ia sendirian. 

aku menangis sendirian apabila aku mengenang saat manis sewaktu bersama si dia. Meskipun ketika itu aku di khalayak ramai, aku tidak segan menangis kerana sangat tertekan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan