Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Rabu, 1 Disember 2010

PERKAKASA



Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian. Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah:
1 Fail pelayan
2 Stesen kerja
3 Kad antara muka
4 Concentrators / Hub
5 Pengulang (repeaters)
6 Jambatan (Bridges)
7 Router

File Server - Pelayan Fail

File server merupakan jantung bagi semua rangkaian. Ia adalah komputer yang laju dan mengandungi jumlah RAM serta ruang menyimpan yang besar disamping kad antaramuka yang laju. Operating system software (perisian sistem pengendalian) tersimpan dalam komputer ini. Disamping itu juga semua perisian aplikasi dan fail data yang dikongsi juga tersimpan di sini.
File server mengawal hubungan maklumat antara nod dalam rangkaian. Sebagai contoh, komputer akan mengawal apabila kita menghantar perisian pemproses kata ke satu setesen kerja lain, menerima fail pangkalan data dari stesen kerja lain dan menyimpan pesanan e-mel dalam masa yang sama. Ini menyebabkan kita memerlukan komputer yang boleh menyimpan maklumat yang banyak dan boleh berkongsi dengan lain dalam tempoh yang singkat.

Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam File server ialah :
  • pemproses mikro yang laju ( contoh: Pentium )
  • cakera keras yang laju sekurang-kurangnya empat gigabytes
  • RAM sekurang-kurangnya 32 MB
  • kad antara muka yang laju
  • slot tambahan yang banyak
  • unit pita sokongan (tape back-up)
  • RAID (Redundant Array of Inexpensive Disks) untuk menjaga data apabila berlaku kerosakan data
Perkakasan Dalam Sistem Rangkaian Komputer

Peralatan atau perkakasan yang diperlukan bagi membina suatu sistem rangkaian terdiri daripada komputer, kad antaramuka dan perkakasan-perkakasan lain yang digunakan bagi tujuan melakukan pemprosesan dan komunikasi data di dalam suatu rangkaian. Berikut adalah beberapa peralatan rangkaian yang utama.

Pelayan Fail

Komputer Pelayan Fail merupakan nadi suatu sistem rangkaian. Ia merupakan suatu komputer berkeupayaan tinggi dengan RAM, ruang penyimpanan atau storan (hard disk) dan kad antaramuka rangkaian yang besar dan laju. Ia juga mengandungi perisian "sistem pengoperasian rangkaian" (network operating system, NOS), perisian aplikasi lain (seperti Microsoft Office) dan fail data yang diperlukan untuk tujuan perkongsian.
Pelayan fail mengawal proses komunikasi maklumat antara nod-nod di dalam suatu sistem rangkaian. Sebagai contoh, komputer pelayan fail mungkin pada suatu masa yang sama diminta untuk menghantar perisian aplikasi pemprosesan perkataan ke sebuah Stesen Kerja, menerima fail pengkalan data dari Stesen Kerja yang lain dan menyimpan mesej daripada perhubungan mel elektronik. Operasi-operasi ini memerlukan komputer yang laju dan mempunyai ruang penyimpanan atau storan yang besar.



Stesen Kerja
Semua komputer yang dihubungkan ke pelayan fail dinamakan Stesen Kerja . Suatu contoh Stesen Kerja yang lengkap terdiri dari sebuah komputer dengan kad antaramuka, perisian rangkaian dan kabel yang bersesuaian. Suatu Stesen Kerja tidak semestinya mempunyai cakera liut atau cakera keras kerana fail data boleh disimpan di dalam komputer pelayan. Hampir semua jenis komputer boleh bertindak sebagai Stesen Kerja di dalam suatu sistem rangkaian.
Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card (NIC)) merupakan sambungan fizikal antara suatu rangkaian dengan komputer Stesen Kerja. Kebanyakan kad ini merupakan kad dalaman, di mana ianya dipasang pada slot yang terdapat di dalam sebuah sistem komputer. Kad ini merupakan perhubungan fizikal antara Stesen Kerja dan rangkaian. Sesetengah komputer seperti komputer Laptop biasanya menggunakan kemudahan sistem kad atau adaptor luaran seperti kad PCMCIA.


Kad Ethernet

Kad Ethernet mengandungi penyambung untuk kabel jenis coaxial atau kabel twisted pair atau kedua-duanya. Jika ianya dibina untuk kabel jenis coaxial, maka penyambungnya ialah jenis BNC. Jika ianya dibina untuk jenis twisted pair pula, ianya akan mempunyai suatu penyambungan jenis RJ-45. Sesetengah kad ethernet juga mempunyai penyambung jenis AUI. Ianya boleh digunakan untuk menghubungkan kabel jenis coaxial, kabel twisted pair, atau kabel fiber optik ke suatu kad Ethernet. Sekiranya kaedah ini digunakan, suatu transceiver luaran yang dipasang pada Stesen Kerja perlu digunakan.

Penyambung Lacal Talk

Local Talk merupakan suatu kaedah yang digunakan bagi merangkaikan komputer jenis Macintosh. Ia menggunakan suatu kotak adaptor khas dan suatu kabel yang dapat dipasang pada liang pencetak (selari) komputer jenis Macintosh. Kelemahan utama penyambung secara Local Talk ini ialah ia sangat perlahan sekiranya dibandingkan dengan sambungan menggunakan Ethernet. Kebanyakan penyambung Ethernet beroperasi dengan kelajuan 10Mbps manakala Local Talk hanya mampu beroperasi pada kadar sekitar 230 Kbps sahaja.

Kad Token Ring

Kad rangkaian Token Ring hampir sama seperti kad Ethernet. Salah satu perbezaan ketaranya ialah jenis penyambung yang terdapat di belakang kad itu. Kad Token Ring secara umumnya hanya mempunyai penyambung 9 pin jenis DIN untuk menyambung kad itu kepada kabel rangkaian.
Concentrator merupakan suatu alat yang menyediakan titik sambungan berpusat untuk Stesen Kerja, komputer pelayan atau peranti lain. Dalam topologi bintang, kabel twisted-pair dipasang dari setiap Stesen Kerja ke concentrator ini. Ia juga menyediakan kemudahan multi-slot yang boleh digunakan untuk tujuan pembesaran saiz suatu rangkaian. Sesetengah concentrator adalah bersifat pasif. Ia hanya membenarkan signal melaluinya dari suatu komputer ke komputer lain tanpa sebarang perubahan. Namun, kebanyakan concentrator adalah aktif dan dalam kes ini, concentrator akan meningkatkan (amplify) sesuatu signal elektrik yang melaluinya semasa ia bergerak dari satu komputer ke komputer yang lain. Concentrator aktif digunakan seperti Pengulang (repeater) untuk tujuan menambahkan keupayaan jarak suatu rangkaian.

Fakta tambahan mengenai Concentrator:

  • Biasanya mempunyai 8,12, atau 24 liang atau port RJ-45.
  • Kerap digunakan dalam topologi jenis bintang.
  • Dijual bersama perisian khusus untuk tujuan pengurusan port.
  • Kadang-kala dipanggil Hub.
  • Biasanya dipasang dalam suatu rak besi yang piawai bersama dengan netmodems, bridges atau routers.

Rajah 2: Hub


Pengulang (Repeater)

Apabila suatu signal bergerak dalam suatu kabel, ia akan kehilangan keupayaannya sedikit demi sedikit. Oleh yang demikian, satu alat yang dipanggil Pengulang diperlukan untuk meningkatkan kembali keupayaan signal ini dalam suatu sistem rangkaian. Pengulang melakukan tugas ini dengan meningkatkan signal elektrik yang diterima dan menghantarnya keluar semula. Pengulang ini boleh terdiri daripada suatu alat berasingan atau pun dalam sesetengah kes, fungsinya digabungkan bersama dengan suatu concentrator. Ianya mesti digunakan apabila jumlah jarak suatu kabel rangkaian yang dibina melebihi jarak piawaian kabel yang digunakan.
Contoh penggunaan Pengulang ialah dalam suatu LAN yang menggunakan topologi jenis bintang dengan kabel jenis unshielded twisted-pair. Jarak maksimum yang ditampung oleh kabel jenis ini ialah 100 meter sahaja. Suatu Pengulang akan digunakan bagi meningkatkan keupayaan signal sehingga jumlah jarak pada suatu rangkaian itu boleh melebihi 100 meter seperti mana yang asalnya.

Jambatan (Bridges)

Jambatan merupakan suatu alat yang membolehkan pemisahan dilakukan terhadap suatu rangkaian yang besar kepada dua rangkaian yang lebih kecil untuk tujuan meningkatkan keberkesanan rangkaian tersebut. Dengan kata lain, alat ini boleh digunakan untuk menyambung dua rangkaian. Misalnya sekiranya telah wujud suatu rangkaian yang menggunakan sistem kabel lama dan kita ingin memasang suatu rangkaian baru, Jambatan boleh digunakan untuk menghubungkan antara kedua-dua rangkaian ini.
Jambatan akan mengawal lalu lintas maklumat di kedua-dua rangkaian ini supaya ia dapat menghantar paket maklumat ke tempat yang betul. Kebanyakan Jambatan dapat "mendengar" pergerakan dalam suatu rangkaian dan secara automatik mengenali "alamat" setiap komputer yang terdapat di kedua-dua belahnya. Dengan kata lain, Jambatan ini dapat memeriksa setiap mesej (atau paket maklumat) dan jika perlu menghantarnya ke sebarang rangkaian yang diperlukan.
Peranan Jambatan ini juga ialah bagi menguruskan lalu lintas di kedua-dua belah rangkaian untuk memastikan pencapaian pergerakan maklumat atau data yang optimum. Ia mengatur pergerakan maklumat di kedua-dua rangkaian dan tidak akan membenarkan maklumat yang tidak perlu ke rangkaian sebelah untuk menyeberanginya.
Jambatan juga boleh digunakan untuk menghubungkan dua rangkaian yang mempunyai topologi fizikal yang berbeza (sistem kabel yang berbeza). Walau bagaimanapun, kedua-dua rangkaian itu mestilah mempunyai protokol yang sama.

Fungsi Router adalah lebih kurang sama seperti mana bridge. Suatu router memindahkan maklumat dari satu rangkaian ke rangkaian lain secara lebih bijak (Superintelligent bridge). Router berupaya memilih jejak atau laluan terbaik untuk menghantar suatu maklumat bergantung kepada alamat destinasi atau tempat yang ingin dituju. Dengan ini, ia berupaya mengawal lalu lintas untuk mengelakkan berlakunya perlanggaran maklumat dan agak bijak untuk menentukan bila perlunya proses penghantar maklumat mengikut jalan pintas.
Sementara Jambatan mengenali alamat semua komputer yang terdapat di kedua-dua belahnya, Router pula mengenali alamat semua komputer, Jambatan dan Router lain yang terdapat di dalam suatu rangkaian. Router dapat mengesan pergerakan maklumat untuk keseluruhan rangkaian untuk mengetahui laluan dan bahagian yang sibuk, seterusnya mengarahkan data atau maklumat mengelak daripada menggunakan laluan yang sibuk tersebut.
Jika LAN yang terdapat di dalam sesebuah sekolah ingin disambungkan ke Internet misalnya, Router amat diperlukan. Dalam kes ini, Router akan bertindak sebagai penterjemah antara maklumat yang ada dalam LAN dengan apa yang ada di dalam Internet. Ia juga akan menentukan laluan terbaik untuk menghantar maklumat melalui talian Internet. Selain dari itu, Router juga boleh:
  • Mengawal laluan signal secara berkesan.
  • Menetapkan laluan (route) maklumat atau mesej antara dua protokol.
  • Menetapkan laluan (route) maklumat atau mesej antara topologi bas, bintang dan sebagainya.
  • Menetapkan laluan (route) maklumat atau mesej melalui kabel fiber optik, coaxial dan twisted-pair.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan