Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Selasa, 4 Oktober 2011

sebuah cinta


 ” Tuhan memberikan kita 2 mata untuk melihat, 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk bekerja, 2 telinga untuk mendengar, tetapi kenapa hati kita cuma satu sahaja? Adakah kita perlu mencari pasangannya?”.
Nasihat Ibnu Qayyim: Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan  Allah swt. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu, dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan terpadam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qada’ dan qadarNya serta sentiasa sabar sehingga menemuiNya. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu. Apa yang hati kata lain dari bicara mulut. Mereka sering tidak bersefahaman. Mulut sering sahaja menagih janji sedangkan hati memendam rasa. Namun akibat dari tindakan diri akan dirasai oleh keduanya.
Cinta adalah anugerah akan menjadi indah jika memanfaatkannya, Cinta sejati hanya sekali dalam hidup ini. Tiada istilah buta bagi yang celik. Ketika ada sedih, susah, rasa sendirian dan gundah di hati, ia datang dari fikiran yang selalu dibelenggu oleh pendustaan pada diri sendiri….. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan