Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Isnin, 10 Disember 2012

Lelaki kuat gosip...???opppsss...betul ke?


waaahhh..betul ke seperti apa yang saya cakap kat tajuk entri tu..
kalau dulu asal gosip je orang kaitkan dengan perempuan..
lagi2 kalau duduk berkumpul ramai2, ada je la cerita yang hangat dibualkan..
senang cerita termasuk dalam kategori mengumpat juga la..huhuhu...
biasa nya perempuan ni suka cerita pasal berita panas, gosip terkini dan tak lepas juga topik2 hal peribadi 
tak pun cerita pasal perbuatan orang lain..

itu semua dulu..sekarang dikatakan lelaki lagi hebat dari perempuan bab2 gosip ni..
lelaki pun rajin juga berkumpul kat kedai mamak tu, tak pun kopitiam ke..
ada je la topik diaorang..
lelaki juga dikatakan suka bercakap mengenai orang lain sampai la ke tahap mengumpat orang..
waaahhh...panas dah ni..
ni bukan saya kata..tapi orang lain yang kata..huhu..
tapi mungkin cara bergosip lelaki ni lain kalau nak dibandingkan dengan perempuan ni..

betul ke kalai lelaki ni bergosip, selalunya kata2 yang keluar lebih pedas dan menyakitkan hati..?
mungkin sebab lelaki ni tak kisah pasal sensitiviti orang lain kot..
diaorang ni pun anggap ia macam gurauan je, tak pun tak beri apa2 kesan..
mungkin kalau yang pedas tu mungkin diaorang tak perasaan..
haaa...saya pun tak tau ni..saja nak tanya pendapat..

luarannya, lelaki ni nampak 'cool' je, macam tak hiraukan perkara sekeliling..
tapi jangan sangka mereka ni tidak pernah bergosip ye..
kalau tanya orang lelaki ni mesti diarang akan cakap buang masa je cerita
pasal orang lain ni ataupun lebih suka diam je..
tapi antara percaya atau tak, berdasarkan pakar psikologi,
manusia ni, tak kira la lelaki ataupun perempuan ada sifat nak bergosip dan cerita pasal orang lain..
memang dah lumrah la senang cerita..

mungkin cara lelaki ni bergosip lain dengan perempuan..
kalau perempuan duk cerita pasal artis dan juga orang yang mereka kenal,
bagi lelaki pula mungkin gosip tentang politik, sukan, dan juga perkara2 yang terjadi kat pejabat..
kadang2 perkataan yang keluar dari mulut diaorang tu agak pedas dan sinis juga..
kadang2 kita sendiri tak leh nak terima dan dengar semua tu..
tak kira la lelaki atau perempuan, apa2 pun korang kena la jaga tutur kata tu..
jangan sampai menyakitkan hati orang lain pula..

8 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam