Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Jumaat, 24 Mei 2013

Macam mana nak kembalikan perasaan cinta







Nak tanya korang mcm mana nak kembalikan semula perasaan cinta yg pernah berputik dan mekar dalam hati seseorang?

Aku tanya ex-fiancee aku nak kahwin, dia tanya dgn siapa aku jawab entah... dengan dia mungkin

aku dah berpisah dengan ex-fiancee lebih setahun lepas... dalam tempoh tu masing2 bercouple dgn org lain.... 2-2 xmenjadi. ex-bf dia lepas aku kantoi curang... (mungkin sbb aku xredha dgn dia senang2 lepaskan aku dan cepat pula jumpa pengganti... sebulan lepas break dgn aku katanya)  time tu dia kecewa sgt .. akulah tempat dia lepaskan perasaan (nangis..pukul2 geram kat aku). 

Aku pulak lepas putus tahun lepasdengan dia .. couple dgn 2 org.. 2-2 xjadi.... sorang meninggal (sebelum dia meninggal aku tangkap dia kantoi bersayang2 dgn org lain dalam FB lepastu aku dingin dengan dia sehingga dia meninggal dunia) ... sorang lagi aku xlayan sgt sbb terlalu manja dan gedik sehingga aku rasa mcm ada kepalsuan .... sampai dia blah (aku saja buat mcm tu sbb hati dah xde utk bercinta.)

antara tempoh masa tu jugak mak aku kenalkan dgn sorang calon... aku hanya msg sehari dua lepas tu... kemudian aku xkontek lagi sbb aku xde perasaan nak bercinta.

Sempena bday aku ex fiancee msg wish aku... dia tanya aku nak hadiah apa (dia xpernah miss wish aku walau da lepas break tahun lepas).. aku lepas seketika aku xtahu nak apa utk hadiah bday... kemudian aku msg dia aku kata aku nak kahwin dgn dia. Sebelum ni ex aku ada ajak aku kahwin.. aku ckap kat dia ckap kat mak dia dlu...sb aku xnak hanya kata kata sahaja... benda kena clear dan jelas. Aku xtanya lagi dia dah ckap ke kat mak dia.

kemudian ex fiancee aku jawab dia boleh nak kahwin dengan aku.. tapi dia xtahu mcm mana nak timbulkan semula perasaan dia pada aku mcm sebelum ni. Aku tahu perasaan tu mcm mana sbb aku pun mengalaminya. Kami dah jarang berkomunikasi mcm dulu... sbb aku rasa xfaedahnya aku terhegeh2 mengejar dia. Time dia perlukan aku baru kami berbalas contact seketika.

Kami dah lama xkeluar bersama
tgk movie sama2
kadang2 je jumpa dalam kereta time amik dia blik kerja
beberapa kali je sejak 1 tahun ni kami makan lepak sama2

so xhairanlah satu sama lain dah dingin2
So mcm mana nak timbulkan semula perasaan itu?
atau adakah selepas berkahwin?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan