Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Jumaat, 24 Mei 2013

Tolong..!!! Cikgu ajar saya tak faham, sebab tu saya fail exam...


iasa tak dengar ayat ni? Haha, saya biasa. Ramai pelajar yang cakap macam ni. Cikgu/pensyarah ajar tak faham, sebab tu la tak lulus periksa, atau dapat markah/grade teruk. Tapi boleh pakai ke alasan ni?

Pertama sekali, hentikan la salahkan orang lain atas kegagalan sendiri (Stop blaming others for your own failure). Kamu boleh la salahkan cikgu/pensyarah tu berbakul-bakul, tapi hakikatnya, cikgu/pensyarah tu tak dapat kesan apa-apa pon. Mereka ajar student faham ke, tak faham ke, bulan-bulan dapat gaji juga. Kita juga la sebagai pelajar yang rugi kalau asyik habiskan masa salahkan mereka.

Kedua, bila dah tak faham, apa yang kamu buat? Saya pernah bagi satu ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan di sebuah sekolah di Kluang, satu masa dulu. Salah satu soalan yang diajukan pada saya, pasal ni la "Saya selalu tak faham dengan apa yang diajar cikgu di kelas", lalu saya tanya balik, ok kalau kamu tak faham then kamu buat apa?

"Tak ada apa-apa"... isk.. memang patut ler fail.

Perkara yang sama juga berlaku kepada pelajar saya. Ada yang setiap masa nampak muka kita, asyik cakap tak faham, tak faham. Bila saya tanya part mana yang tak faham.. errr.. dia cakap dia pon tak faham apa yang dia tak faham.. nih memang sah la ada potensi untuk fail.

Ok la pelajar-pelajar, adik-adik akak sekalian.. kita kena terima hakikat yang cikgu/pensyarah ajar kita tak faham dalam kelas tu normal. It happens to everyone! Hatta pelajar yang selalu score A pon, kalau tanya akan ada masa dia pon tak faham apa yang cikgu/pensyarah ajar dalam kelas. Apa yang membezakan pelajar ni (yang dapat A) dengan pelajar lain yang dapat D ialah apa yang dia buat bila dia tak faham.

Lain kali, bila tak faham apa yang cikgu/pensyarah ajar dalam kelas, buat macam ini:

  1. Terus tanya kepada cikgu/pensyarah tentang apa yang kita tak faham tu selepas kelas. Jangan lengah-lengah tak pe la tunggu lusa, tulat, bulan depan tahun depan baru nak tanya, jawabnya kita tak akan tanya, dan perkara yang tak faham tu akan selamanya tak faham.
  2. Tanya dengan kawan-kawan sekelas. Chances are, ada kawan-kawan lain yang faham dengan apa yang cikgu ajar.
  3. Baca buku rujukan tentang perkara yang kita tak faham tu. Kalau kat sekolah ada buku teks, kat universiti ada reference book, so boleh baca. Kalau tak faham juga, cari buku lain, baca dan baca sampai faham.
  4. Kalau dah buat step 1, 2 dan 3 tapi masih tak faham juga, buat appointment dengan cikgu/pensyarah untuk tanya dengan lebih lanjut. Bila seseorang pelajar tu dah buat step 1, 2, dan 3, dan bila dia jumpa cikgu/pensyarah tu later on, saya gerenti dia boleh faham sebab masa tu, pelajar nih dah tahu dah very specific apa perkara/details yang dia tak faham, jadi cikgu/pensyarah tu boleh terus terangkan in details perkara yang specific yang student tu tak faham (err you guys faham kan baca ayat saya nih?).
Tapi hakikatnya masih ramai pelajar yang bila tak faham dalam kelas, the only thing that they do is keep on telling everyone "Eh aku tak faham ler, ko paham tak?', lepas tu masing-masing geleng kepada then ok let's forget about it.

Ada juga pelajar yang take things for granted bila cikgu/pensyarah ajar dalam kelas tak bagi tumpuan, berangan ingat awek, ingat bantal busuk kat rumah, ingat facebook. Lepas tu sibuk cakap tak faham, tak faham, lepas tu tak buat apa, lepas tu bila nak exam baru cari cikgu/lecturer nak minta cikgu/lecturer tu terangkan balik sebijik-sebijik dari A sampai Z tentang topic tu. Masa tu, sorry la ye..

So adik-adik dan pelajar-pelajar, di harap nasihat akak nih dapat membantu la ye.. all the best to you.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan