Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Rabu, 7 September 2011

cinta

Cinta pertama telah mengajarku erti sebenar cinta. Perginya cinta pertama itu telah membuat hatiku menjadi batu. Semakin hari semakin aku meninggalkan perasaan cinta di dalam diriku. Perasaan cinta kepada insan bernama kekasih. Perasaan yang mungkin tidak kekal abadi seperti perasaan cinta kepada Allah.


Semakin aku menjauhkan diri kepada cinta aku merasakan jiwaku sunyi tanpa teman bicara. Dulunya jiwaku tidak begitu  sunyi kerana jiwaku ditemani perasaan cinta. Perasaan cinta itu yang selalu menjadi teman bicara jiwaku. Aku merasa sudah tiba masanya aku melupakan kepahitan dan kelukaan yang aku alami sebelum ini.


Tapi… Aku masih tertanya-tanya patutkah aku mencintai? Aku tidak takut untuk mencintai tetapi aku takut bila ada insan yang mencintai diriku ini tanpa aku sedari. Aku pernah merasakan kekecewaan dah kelukaan itu dan aku tidak mahu kelukaan dan kekecewaan itu dialami oleh orang yang aku sayang. Kau bernama sahabat, patutkah aku mencintai dan dicintai oleh insan bernama sahabat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan