Halaman

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

BLOG KERANA MANISNYA EPAL

Jumaat, 19 April 2013

amirah dan adam



Assalammualaikum .mira teringin sangat nak ada doraemon macam dalam cerita nobita dekat saluran ntv7 tu . Ye lah bila ada masalah , selup je tangan dekat poket doraemon dah keluar alat bantuan . Tapi itu hanya sekadar mimpi . 

Orang selalu kata mimpi tu hanya mainan tidur . Kadang-kadang Allah beri kita petunjuk melalui mimpi . Di setiap mimpi membawa sesuatu petanda . Namun , adakah mimpi tu jadi kenyataan ? Orang pulak kata biar mimpi sampai ke bintang .

Adam ,mira terlalu rindukan Adam . mira sedar kita hanya sebagai kawan . Tetapi selama 1tahun kita berkawan macam-macam kita tempuhikan awak ? Suka duka semua kita tempuhi bersama . Awak ingat lagi tak janji-janji kita dulu ?

Awak , awak ingat lagi  tak awak pernah bagi saya baju ? Awak suruh saya pakai kan ? Awak nak tengok . Hari tu saya dah pakai tapi saya tak bagitahu awak pun kan yang saya dah pakai baju yang awak bagi tu . Sebap kita dah tak macam dulu . 

mira ingat lagi pesanan Adam. Awak cakap kalau rindukan awak tidur dengan baju yang awk beri tu kan . Awak , saya terlalu rindukan awak ! Malam yang lepas saya tidur dengan baju awak bagi tu . Saya rindu nak dengar suara awak , gelak tawa awak . mira nak telefon Adam , tapi mira takut mira menggangu Adam.

Awak , malam tadi saya mimpikan awak ! Awak datang dalam mimpi saya . Saya mimpi awak mintak maaf dekat saya . Awak sedar akan kesilapan awak serta awak kembali ke pangkuan saya balik . Masa saya mimpikan awak , saya terasa awak dekat sangat dengan saya .

Awak , apakah maksud disebalik mimpi tu ? Adakah akan jadi kenyataan atau sebaliknya ? Kalau sebaliknya subhanaallah . Nenek mira kata kalau kita mimpikan seseorang tu orang tu ingat dekat kita . Adakah Adam ingat mira?

Lepas mira mimpi Adam , miraterus hantar mesej dekat Adam kan . Itu pun kalau Adam sudi baca mesej mira . Adam , mira betul-betul rindukan Adam . Rindu nak dengar Adam nyanyi lagu 'Menatap Matamu' dekat mira . Rindu nak dengar Adam cakap 'I love you' . mira rindukan semuanya . 

adam  tak pernah pernah putus doa mira agar hubunggan kita kembali seperti dulu .adam , mira masih disini . Ditempat yang sama . mira sunyi tanpa Adam . Hati mira tetap untuk Adam . Semoga Adam akan kembali seperti 'Adam' yang mira kenal dulu .


mira  nak sangat hubunggan kita okay seperti dulu . Gelak ketawa kita bersama . Segala masalah kita kongsikan bersama . mira nak adam sentiasa di sisi mira seperti dulu . Semoga hubunggan kita akan seperti dulu . Amin . 


Setiap perhubunggan pasti ada masalah , setiap masalh mengajar kita berfikiran dengan lebih matang . Keimanan dan kesabaran merupakan benteng sebuah cinta yang suci . I miss you superman . Assalammualaikum .

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam